hye hye hye hye hye
Dear Bakal Isteri,
Walaupon saya tak tau jodoh saya dengan siapa. Mungkin bakal isteri hadir tiba besok, lusa, tulat, minggu depan, bulan depan ataupon tahun depan atau ketika saya berusia 35 tahun. Tapi saya
dapat rasakan jodoh saya dengan awak. Ye awak. Awak lah tu.
Ha awaklah yang Berjaya jumpa surat dalam almari baju janda anak 10 laki
tujuh yang meletup mengalahkan Rozita Che Wan. atau Ha yang tengah baca ni?!..
Mungkinn kot. HAHA Sejauh mana awak laripon,. Ea jap kalau lari
nanti awak penat, sejauh mana awak berjalan pon kalau awak tu dah tertulis di
atas sana yang awak tu jodoh saya, awak akan pasti akan bersama saya even awak
kat Matrikulasi Johor ke, atau awak menyorok kat peti ais rumah Najib sekalipon
atau bonet kereta Rosmah, awak tetap milik saya. Dan Walaupon saya tau terlalu awal saya
menulis surat untuk bakal isteri, tapi saya tetap nak awak baca surat ni even
awak baca kat tepi jamban kan?.. Tak bau ke baca kat tepi jamban. HAHA.. sekarang ni tangan saya laju je nak taip surat kat awak tau. Awak
scroll lah lagi. Bacalah sampai habis surat ni, Takkan nak suruh Aaron Aziz
pulak yang nak scroll kan pulak kan.
#Wajah dan Aurat
Actually, tujuan saya tulis surat ini untuk awak ialah sebab saya rasa
saya perlu bagitau sesuatu kat awak. Sesuatu yang sesuatu. Actually saya jarang mimpi kan wajah bakal
isteri. Wajah awak cantik bak bidadari putih tulus macam Shila Amzah. Dan yang
paling penting awak lebih Comel dari KAK TON. Awak kenal KAK TON? Kalau tak kenal baik
awak duduk bawah tempurung bersama ular katak lipan cipanzi monyet beruk dan
seangkatannya. Kak Ton tu idola semua artis tau. Kalau tak percaya awak tanya
lah Tasha Shila. Dan yang paling penting awak Berjaya menutup aurat dengan
sopan nya. Saya tengok penampilan awak yang bertudung tu membuat hati saya cair
bak ais yang cair dalam Three Layer Tea.
Wajah awak pon tampak manis dan lebih manis dari gula pasir yang
berharga RM 2.50 tu. Tak seperti GF pembuli berhati taman yang tengah HOT tu
#ijatsyafiq. Awak, walau bagaimanapon saya tidak kisah wajah awak cantik ke, ataupon tidak. Bagi saya cantik itu dalaman.. Dan yang paling penting aurat awak. Kalau boleh biar saya seorang saja yang dapat rasa dan lihat aurat awak tu
#Makanan
Seterusnya, saya nak
awak tau saya seorang yang suka bende bende yang simple termasuklah megenai
makanan. Saya tak kesah kalau awak tak nak masak, sebab mungkin skandal saya
masa tu boleh tolong masakkan untuk kita. Dan saya rasa awak pon mesti tau
siapa skandal saya ketika itu. Dah kopem kopem lah bibik kita yang muka dia
macam Rita Rudaini tu kan? Saya tau awak mungkin akan cemburu buta. Tapi saya
nak ingatkan awak, awak tetap pilihan no dua di hati saya setelah ibu bapa
saya. Pasal makanan, saya dah cakap simple je kan tadi, tapi paling kurang pon
awak kena masak kat saya DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API tapi kurang pedas
sebab saya tak tahan pedas. Sayakan lidah omputih. Kalau boleh seminggu sekali masak
bende tu tak pa.
Ha lupa Mommy Kamariah pernah cakap siapa yang nak jadi menantu perempuan yang paling disayangi dan paling di kawtim, menantu dia kenalah tau masak makanan kegemaran anak dia. HAHA
Tapi takpe awak kalau awak tak boleh masak selalu pon takpe, saya paham awak pon nak bekerjaya jugak kan. Oleh kerana dek itu, terpaksalah saya mengumpah mamak untuk masak untuk kita selepas awak cincang dan kerat 45 mayat bibik dan campakkan tulang-tulang bibik kat anjing-anjing jiran kita kerana cemburu buta awak tu. Baik awak bagi anjing-anjing tu makan. Itu yang sayang saya akan bertambah dekat awak. Tapi saya harap awak tidak menyalaikan daging bibik untuk masak lemak cili api untuk saya ye.. Apa? Awak nak saya masak? Boleh je. Nanti pagi-pagi sebelum pergi kerja saya akan buat nasi goreng untuk awak. Untuk lunch saya dah tempah kat mamak tu. Untuk Dinner, saya akan pastikan setiap hari kita dinner dengan romantik. Pasang lilin kat meja, makan sambil bersuap-suap.. Pegjimatan elektrik boleh berlaku semasa itu. Dan yang paling penting setiap pengakhiran waktu makan kita, saya akan cium dahi awak sebagai tanda saya sayang dan cintakan awak.
#Anak
amboi belum jumpa lagi bakal isteri dah sebut pasal anak. Tampar Kang?!.. Kan dah namanya surat untuk bakal isteri kopem-kopem lah bakal isteri-isteri saya kena tau kan. Ok., cop!.. isteri-isteri?! macam nak banyak bini je. Laki islam kan boleh nikah empat.. HIHI.. *baling tembikai kang , nak kahwen ramai pulak. Yang satu pon tak terjaga.. HAHA. Tapi awak jangan risau, awak akan tetap menjadi isteri saya satu-satunya walaupon saya ada hubungan sulit dengan Rosnah Mat Aris, Kak Ton ataupon Stacy. Jauh pula saya mencarutkan?!.. *baling ampaian baju. ok, berbalik semula pasal anak, Daddy Johar pernah cakap beliau nak setiap anaknya bagi dia 4 cucu setiap anak tapi saya cuma just nak cakap saya nak anak dua orang je kalau boleh lelaki dan perempuan. Nampak permainanya di situ. Sepasang. Nampak comel. Apa? awak nak anak ramai sebab genetik awak memang anak ramai? opss,, sori genetik saya anak sikit, So pehal?! Awak nak rasa jadi kilang pembuatan ke? Saya cuma rasa kasihan kat awak je. Lagipon anak-anak skandal saya pon dah ramailah awak. Dengar cakap bakal suami awak ni. Ingat, syurga seorang isteri itu terletak di bawah kaki suami.. Wah wah wah, sedapnya saya menaip macam itu.
# I love U
Awak? ye awak lah.. Awak yang masih membaca surat ini. Jangalah menguap lagi. Fokuskan apa yang saya tulis untuk awak. Awakkan bakal isteri saya. Kang saya kahwen dengan Rozita Che Wan kang baru tahu. Even dia dah tua tapi dia masih macam pokok getah.. Kalau saya kahwen dengan Rozita Che Wan, alamatnya awak jadi andartu lah.. Nak ke?? HA lagi satu bukan mudah tau nak tulis surat ini. Untuk pengetahuan awak, kali ini dah masuk 9 kali saya pergi ketandas sebab sakit perot sebab kena perah otak untuk tulis surat ini sebab saya nak bagi bakal isteri baca surat ini.. See?. ha dalam tandas pulak. Ea takkan nak cerita pulak kan?!.. paham-paham sendiri lah..
I LOVE YOU, ABANG
berbalik kepada perkataan tu saya nak awak selalu ucapkan kat saya. Kalau boleh sehari tu 150 juta kali pon takpe. dah ala-ala lagu Ainan Tasnem. Kalau boleh awak ucapkan masa awak :
1. kejutkan saya bangun untuk subuh sama-sama
2. semasa awak menyikat rambut saya
3. semasa kita breakfast together gether
4. semasa saya cium dahi awak ketika nak pergi kerje
5 . semasa saya ambik awak nak lunch sama-sama
6. semasa saya lepas bayar lunch kita kat mamak tu
7. semasa awak nak turun kereta selepas lunch and nak pergi kerje kembali
8. semasa jemput awak kembali dari kerje
9. Semasa kita sampai dalam rumah
10. semasa kita lepas solat asar maghrib dan isyak bersama-sama
11. selepas dinner romantik kita
12. dan akhir sekali sebelum kita berdua melelapkan mata
Sweet tak?? Ha tak sweet? pergi telan gula melaka satu tan. Biar kena kencing manis terus.. HAHA
dan saya pula ucap I LOVE YOU bila?? Ha yang tu awak tak perlu rasa risau. saya cakap bende tu tak menentu.. tapi yang penting saya akan selalu ucapkan macam Mommy Kamariah dan Daddy Johar selalu buat kat rumah
#Selalu Bersama
awak, saya nak cakap sikit lagi ni. sikit je,, Baca tau, kang saya kahwen dengan Kilafairy baru tahu.. Saya tahu setiap pasangan pasti ada masalahnya. Kadang kala ada golakkanya. But awak dengar sini. Kali ini saya serius. Sebelum saya baling selipar jepun kat muka awak baik awak tolong jangan senyum ye. Even satu hari nanti kita akan gaduh bende remeh temeh mahupon bende yang besar yang boleh menjejaskan rumah tangga banglo kita 4 tingkat, kita mesti lah kena selesaikan dengan cara baik dan profesional. walaupon saya dah tahu atau belum tahu awak siapa sebenarnya dan berada kat mana, saya mungkin akan terlalu mencintai awak satu hari nanti kerana awak akan bakal jadi Mommy zuriat saya yang comel macam saya. Pada masa itu, awak akan menjadi kepentingan saya segala-galanya. Walaupon kita gaduh dengan baling mangkuk tandas, mesin basuh, meja makan, tong gas, almari mahupon anak, saya akan cuba mengalah. Dan ketika itu, saya akan berdiri teguh di depan awak sambil memegang erat tangan awak. Masa itu juga saya mahu awak tenung mata saya, dalamilah selamilah cinta hati saya kat awak. Biar awak dapat rasanya cinta kita. Sejujurnya, ketika itu saya telah terlalu mencintai awak dan saya tak bisa hidup tanpa awak masa tu. Seandai masa itu awak still berdegil dan mahu melangkah pergi meninggalkan saya, saya akan ketuk kepala awak dengan lesung batu agar kepala awak berdarah. Bila kepala awak berdarah, awak mungkin akan jatuh rebah di dada saya. Saya pasti akan sambut kamu sayang. Dan ketika itu juga lah saya harap awak akan sedar saya akan tetap bersama awak walaupon awak susah ketika itu. Walau bagaimanapon saya akan hantar awak ke hospital. Dan saya juga berharap semasa dalam perjalanan ke hospital, awak akan sedar akan cinta saya begitu mendalam kepada awak.
Begitu juga ketika awak berasa sedih, saya akan berdiri teguh di sisi awak. Dan ketika itu saya akan pegang erat tangan awak, badan kita saling merapati dan kepala awak akan saya sandarkan di dada saya sambil berkata
"Sayang, jangan bersedih.. Abang berada disini akan bersama sayang sehingga akhir hayat kita."
Amboi amboi amboi gelak nampak?? ni baru hanya tulisan dan bukannya realiti. Kalau realiti saya lebih romantik ok!.
Dear bakal Isteriku,
saya tahu one day kita akan bertemu dan ketika itu kita saja hanya akan mengerudi kapal terbang kita sayang
Saya akan pastikan yang saya akan
MEMBAHAGIAKAN AWAK DENGAN CARA SAYA TERSENDIRI
selepas saya lafazkan ayat ini kat tok kadi atau bapak awak
AKU TERIMA NIKAHNYA,
Saya nak kita sentiasa bahagia. Bahagia seperti ibu bapa kita. Saya akan belajar ilmu perkahwinan lagi dengan Mommy Kamariah dan Daddy Johar. Saya tahu mereka guru yang baik kerana sepanjang mereka melayari bahtera kehidupan kami sungguh bahagia. Begitu jugak saya akan lakukan kepada awak , sayang..
Saya akan pastikan layanan saya pada awak first class gitu :)
#nota kaki: seronok tengok kebahagian perkahwinan Mommy Kamariah dan Daddy Johar :D
bye bye bye bye
No comments:
Post a Comment