teringat masa aku kekecik dulu , suka sangat tengok artis-artis pakai baju cantik-cantik . kekadang , teringin juga nak rasa macam mana susahnya buat baju tu . manatau , kena tonggeng 40 hari 39 malam masa nak buat baju yang cantik tu . kalau di iikutkan kan aku ni , aku tak lah pandai jahit pon , pandai pon jahit main-main , nasib baik sempat belajar masa darjah enam . kalau nak diikutkan pereka fesyen yang banyak menempa nama pon sekarang ni lelaki contoh rizman , hatta dolmat , dan rafiu johar . eak ? HAHA
tersebutlah kisah , subjek Universiti yang aku ambik ni telah memaksa aku untuk membuat projek kreativiti dan inovasi . disebabkan buat dalam satu group , perbincangan demi perbincangan telah diadakan , ada yang cakap nak buat makanan la , ada yang nak buat speaker la , dan bla bla bla , kalau ikut aku la , nak jek aku mengkreatif kan barang apa yang ada , contohnya , boxer jadi seluar dalam . kan senang ? tak payah susah nak kuarkan bajet , just curi jek boxer student lain . habes ceter . oleh kerana , kebuntuan idea , akhirnya azri pon mencadangkan buat baju . ok fine sempat kah kami membuat baju dalam masa 3 hari ? sempat ka ?
rekaan demi rekaan aku dan farah cuba buat . kalau kau tengok rekaan aku mula-mula , kopem kau takkan nak tempah baju tu dengan aku . dah macam pape jek aku rasa , sekali imbas , macam sotong , dua kali imbas , macam langsir , tiga kali imbas macam dah macam baju pontianak . k memang akui susah k . akhirnya aku pon berserah nak buat rekaan yang terakhir , nak menangis menonggeng ke , terguling-guling kat jalan berbatu ke , aku akan terus rekaan terakhir , . dengan bantuan Nysa , dia telah melukis baju yang aku inginkan ., kalau kau bandingkan rekaan baju yang aku buat sebelum dia edit , memang jauh berbeza . dah macam semut dengan badak air .
petang tu jugak , aku dengan geng-geng Nurse in Black , jangan tanya nama group aku macam tu , kami telah menjelajahi Kaula Terengganu untuk mencari bahan , fisrt kami pergi kedai kain Nagoya , actually , bila kau masuk dalam Nagoya , kau pasti akan rasa terloncat-loncat sebab tengok harga kain-kain kat situ , memang murah . lagi-lagi tengah nak raya ni kan , masuk-masuk jek , mata aku terus jadi rambang , terbeliak jek tengok harga kain kat situ , aku ambik kain yang diperlukan jek , lagipon nak save budget , kang kalau aku belii mahal-mahal , susah jahit payah jugak . after that , kitowg terus ke butik pengantin . ceh tak bole bla cari barang sampai ke butik pengantin . aku rasa memang macam nak buat baju pengantin jek . padahal pereka tak diiktiraf pon. HAHA
maka malam tu bermula misi aku and the geng buat baju . k memang macam gampang . aku ambik kawan aku buat model , first first , aku ambik kain lilit kat dia sampai jadi baju yang aku nak kan , aku just guna jarum peniti je kot , terus jadi , aku rasa artis pon macam tu jugak kot , tu yang baju diorang lawa-lawa . tapi sekali tarik , memang berbogel la kat situ kalau baju tu cuma pakai jarum jek . bagaikan dah tau tugas masing-masing , semuanya telah buat kerja masing-masing , yang gunting lain , yang jahit lain , yang mereka nya lain . yang membakar nya pon lain naseb baik tak terbakar baju tu . kang sia-sia jek kena halau dengan pok guard sebab buat pembakaran terbuka .
3 malam berturut-turut kami buat baju tu , and hampir 5 kali bibir aku tercucuk jarum , makin menebal bibir aku k . memang melampau jarum tu , aku just nak gigit jek , tapi dia yang gigit aku balik , nasib baik jarum , kalau manusia , dah lama aku pukul bontot dia lelaju .malam akhir tu , Aishah cuba baju tu , memang cantik k . aku pon tak caya , yang aku dengan fara boleh menjahit baju secantik itu , aku rasa kalau Neelofa tengok pon , kopem Neelofa nak beli dengan harga RM 4 juta . wah kelas kau jah . and luckily , presentation besok berjalan dengan lancar .
jom tengok gambar-gambar kami buat baju tu , tolong jangan menguap , kang aku sumbat dengan selipar
cuba teka aku mana satu ? hint : kalau aku bawak kereta , alamatnya kat hospital la pengakhirannya
NAGOYA , lepas ni bayar kat aku RM 1000 k , penat aku promote ni , HAHA
tekun aku menjahit , sampai tak perasan bulu kaki dah terkeluar dari seluarnya ,
abaikan tong sampah tu .
selamat datang ke butik kami .
jeng jeng jeng , dah nak siap .
kau ingat lelaki tak reti jahit ?
yang ni aku memang tak paham .
model aku , siapa nak nombor dia ,, HAHA
manusia itu perlu mengambil risiko jika ingin berjaya , lakukan sesuatu yang boleh diluar kotak pemikiran kita
tatkala memalam yang busy ni , sempat lagi aku menyibukkan diri untuk menghupdate blog aku yang usang lagi tak meriah ni , kekadang , ada rasa nak deactive , tapi bila tenggok views semakin meningkat even kau akan sakit hati nanti , maka aku still gigihkan diri untuk menaip apa yang ada dalam otak aku yang dah tak seberapa otak ni even aku. bila sebut pasal gaya , macam-macam gaya kita boleh buat , termasuk aku , bila aku buka fail gambar-gambar lama , mak oit , terserlah kegedikkan aku semasa bergambar , ada yang buat mulut biawak , ada gaya orang utan , ada gaya ala-ala supermen , and ada jugak gaya Azwan Ali . bila , semakin meningkat dewasa ni , aku rasa Mommy Kamariah mungkin rasa sejuk perut macam kena letak 8 packet ais ketul dalam perut tiap kali tengok gambar aku . mungkin kalau kau tengok pon , kau boleh hilangkan stress , mungkinlah .
ni gambar aku masa usia 2 bulan
masa ni aku masih kacak , umur 3 tahun
gambar tadika ni bersama arwah opah
saat paling manis dalam gambar ni apabila kawan aku terkencing dalam seluar selepas ambik gambar
duduk paling hadapan no dua tu aku , makin bertambah handsome even memang dah handsome
masa aku darjah 6 , bangga aku dapat bergambar dengan awek pertama aku
masa zaman kegemilang form one , cikgu sejarah yang mantap !
gambar aku ketika form 3 , ketampanan aku semakin terserlah
gambar aku masa form 5 , gambar aku dengan awek terkini . jeng jeng jeng
kini .......................
bila aku semakin dewasa ni , fikiran aku semakin matang , matang dalam kenakan kau , agak-agak berapa banyak kali kau dah refresh .. sakit hati tak? hehehe . kbai
semalam hujan punya lah lebat . and malam tu ada meeting my group for presentation besok paginya . so sebelum aku terpanah dengan anak panah oleh group members aku , terpaksalah aku menjejak kan kaki ke tempat perjumpaan kami . di sebabkan hujan malam tu lebat , jantan tak jantan aku kena ambik payung jugak sebelum laptop aku basah . selalu orang kata , ala anak jantan tak payah pakai payung . for ITU SALAH ! , kang kalau aku tak pakai payung , tak ke basah melencun aku ? pastu nampak keseksian aku ? k sekarang ubah pandangan kau . JANTAN TAK JANTAN , still kena pakai PAYUNG . get it ?
tengah aku jalan-jalan kat atas jalan raya , takkan aku jalan kat atas papan kan , air punya lah melimpa ruah , dah lah masa kat bawak blok aku tuh , air taik maybe terkeluar dari tempat takungan nya . k memang menghengat bau hidung !. was-was jek aku nak lalu , kang tak pasal-pasal terpijak taik sendiri . k memang tak kelakar . masa aku duk jalan-jalan tu disamping menyanyi ala-ala Rihana lagu Umbrella disamping pegang payung warna kelabu tu , aku terpijak something . dalam hati kau jangan tanya lah , berdebarlah jugak . aku rasa lebih berdebar dari menunggu mak cik bersalin anak tujuh . lepas tu something tu macam terselit kat selipar aku . k dalam hati aku terpikir nak jerit . tapi kang kalau aku jerit , tiba-tiba terpanah petir kang , tak kahwen pulak aku . memang tak dapat menikmati malam pertama lah gamaknya . dengan tenang nya disamping perasaan takut , aku pon tengok bawah . k memang gampang ! . ranting jek kot yang tersangkut kat selipar aku . dalam hati mula-mula terpikir , ular ke sangkut , takpon anak biawak kan . manatau . and the , masa fefeling jalan tuh , aku teringat pasal ular masa banjir melanda U aku ni . undur masa sekarang .
10
9
8
7
6
5
4
3
2
1
biasa lah , kalau masuk musim tengkujuh kopem lah hujan kan , takkan turun salji tiba-tiba . disebabkan masatu aku banyak assignment , maka aku decide dengan Nysa nak buat assignment kat library . k bajet rajin masatu . boleh la buat modal nak berlagak bajet bagus kat kengkawan , padahal masatu nak facebook jek , sebab kat bilik tak dapat line . macam gebang jek . then , masa fefeling dengan facebook dengan Nysa , hujan kat luar still tak stop ,even masatu dah nak dekat pukul 6 . then , tiba-tiba masa aku tengah senyum sorang-sorang sebab baca status entah pape , ada yang post yang cakap U dah banjir . macam nak percaya , macam tak percaya . aku biarkan je dulu , sebab nak kasi hujan reda , even dalam hati dah melompat-lompat nak main banjir .
hujan still tak reda , then we decide nak rempuh jek , ada dua jalan . masatu ada yang pesan jalan pertama dah bahaya , air dah paras pinggang . siap boleh buat aktiviti berkayak ! . diorang ingat ni Universiti terapung ke apa . kalau aku rempuh jalan tu kang , memang aku tak balik lah , memang aku nak berenang jek kat situ , even aku tau air banjir tu dah tercampur dengan air taik , air kencing , air sirap , air limau , air teh dan pelbagai air . then , kitaowg jalan ke jalan lagi satu . masa otw , ternampak pensyarah masih tak balik lagi . kete diowg tak boleh lalu dah sebab banjir. malah terpaksa bawak kete ke tempat tinggi lagi . ha kau nampak tak betapa teruknya . aku rasa dah macam tasik jek .
then , masa nak jalan ke hostel tu , air dah paras sampai ke lutut . fuyoo , tengok macam best jek , padahal .. paham-paham lah , k dalam hati excited gila kot , kalau ada bot kat situ dah lama aku naik . nak call 999 , kang dia kata aku biadap pulak , so terpaksalh rempuh dengan relanya , masa tengah-tengah jalan tu , siap ambik gambar bagai . nak upload kat facebook katanya , nak minta simpati kat satu malaysia yang aku pon salah seorang mangsa banjir . manatau ada yang hulurkan bantuan , tak gitu? then masa jalan-jalan tu jumpa lah Iefa and the geng .
kami jalan slow-slow jek , manatau bahaya menanti masa jalan , tiba-tiba ombak ke , manatau biawak ke , anaconda ke , babi hutan ke kat depan kitaowg kan . masa jalan-jalan tu , masing-masing siap bergurau bagai . kang aku lepuk masing-masing kang sebab nak sedarkan kitowg ni mangsa banjir kang baru tau . and then , one of them cakap :
EA , ULAR !
dalam hati aku masa tu :
ea budak ni kang aku tembak kau sia-sia jek . dah lah dalam banjir ......
belum sempat aku nak habiskan ayat , ular tu memang dah sampai antara aku dengan Nysa . Ular k Ular . bukan ulat , bukan kayu . tapi Ular . aku toleh belakang , semua dah lari lintang pungkang macam tengah dalam perang , padahal aku dengan Nysa boleh selamba badak je tengok ular tu sebelum kitaowg lari . kalau kau tengok muka aku dengan Nysa pon masa tu , aku kopem kau takkan berhenti ketawa 40 hari 40 malam . k memang macam gampang , ular dah dekat baru terperasan , yang ular ni pon satu , bagila signal dulu ke apa ke . takpon bagi salam pon dah ok dah . kalau masatu ular tu patuk aku ke atau Nysa , memang aku buat sup ular dah . lepas ular tu hilang kemana , kitowg berhati-hati , siap berlari-lari nak balik hostel , tak sempat aku nak menunjukkan kehebatan aku berenang .
bye bye bye bye
#notakaki:so lepas baca ni boleh lah kau buat modal buat karangan dalam spm kan , HAHA
Tatkala malam tadi , sebelum aku tidur baru aku dapat tahu
yang harini UPU for degree keluar . k aku jeles orang yang sebaya dengan aku
dah ambik degree . aci tak kalau aku humban mereka dengan baldi , ke aku yang
kena humban balik . kecane ? oleh kerana
result upu degree dah kuar , maka aku telah memenatkan diri menunggu jawapan
dari seseorang . k malam semalam , aku memang ugut dia supaya bagitau aku awal
before berbuka , memang saja aku nak
kena kan dia , k memang psycho sikit aku ni . maka sementara tunggu-menunggu
berita gembira ni ,a ku tanya kawan aku .
biochem um...
alhamdulillah
weeeee
tahniah
budak kimia kan,,
hahaha...insyallah
eh,,xpyh cerciter sgt
kat org lain
muehehe
sorry yek ya ukhti ,
wa terpaksa bagitau kat orang yang baca ni . patutnya lu rasa bangga dapat masuk kat blog wa , k hi five sikit . haha papepon tahniah dari wa , belajar
rajin-rajin deh. And then , si Dia tu
still tak balas , dalam hati kang aku tepon mak dia baru tau , tapi berani ka
aku buat macam tu . aku tanya kawan aku lagi sorang , budak ni memang gampang .
kalau kau baca conversation aku dengan dia , kopem kau akan rasa nak humban dia
dalam gaung
kau dapat mana?
dpt U
u mana?
course apa?
tak check lg
bila nak check dr haikal?
mnggu dpan kot
k aku benci kau,
lol
thanks
hahha
ckp lah cepat.
tak check lg lah
mei aku check kan,
xnk
k double benci kau,
kbai
k memang boleh batal puasa aku kalau
aku tetiba memaki dia kan . naseb baik kawan
, kalau musuh dah lama aku baling kau jauh-jauh kat afrika sana , ha tak
gituu? And then , masa tengah berchat , si Dia membalas mesej .
Dah tau?
Dah , elektronik . Alhamdulilah
Tahniah , kat kampus mana ?
Rahsia
***** (aku jerit nama dia kuat-kuat)
Ape?
Dapat kat negeri mana? Terengganu ke
Kelantan?
Taktau
Mohon dapat jauh .
Jangan r . tak nak .
K , nanti jaga mata .
Awat?
Takot awak tu jumpa kim jong kok .
Lau jumpe pon nape?
Kalau jumpa buat der jek .
Mane boleh , kim jong kok bukan
senang nak jumpa .
K memang gampang , awak kalau awak
jumpa kim jong kok sekalipon , bukan dia kenal awak pon , silap-silap dia pon
tak paham awak cakap pa K , papepon tahniah ye dari saya , setahun awak
bersusah payah di matrikulasi , malam-malam saya ganggu anda , kekadang sampai
jam 4 pagi , lepas ni masuk universiti , lagilah saya kacau anda setiap masa k , jangan risau , aha and tahniah jugak , sebab dapat course yang awak minat , nanti
kelak , boleh lah tolong betulkan TV kat umah ka , takpon lampu ka , mesin
basuh boleh jugak kan? Ha saya kan bakal nurse , I will be MR mama. Ha tak
gituu , yang awak tu jadi MR papa pulak , tapi saya still tak nak pregnant k , ha sweet tak ? sweet tak ? even masa saya
tulis ni pon saya dah boleh rasa kena diabetes disebabkan kesweetan kita . k
memang ayat mintak kaki dari dia , haha .
Haha , btw congrats kat Farah
Farhana and budak-budak lain yang dapat futher study kat university , yang dapat Unisza tu , welcome to the Unisza
,
hello elibadi , uhukk , terasa berhabuk blog
aku ni . dah lama tak update kan . yelah aku busy sikit sejak akhir-akhir ni ,
banyak pulak tawaran modeling datang tiba-tiba masa nak dekat puasa . ha
, tak gituu jah ? so , how ur fasting today? semua ok kan? ke dah ada yang cuba curi-curi makanan pada waktu pagi , then buat-buat lupa. k , orang macam ni patut kena baling baldi milik Azwan Ali , untuk permulaan , maybe kau akan buat perkara yang boleh membatalkan puasakan? contohnya , macam aku , pagi tadi , pukul7 tu aku bangun , usually , after wake up ni , aku akan korek hidung dengan muka stimnya , memang lega k aktiviti harian aku aku , pastu taik hidung aku akan digetel-getel sehingga menjadi bebola , pastu lekat kat dinding, pergh memang kau layan drama tipu aku kan siap buat geli-geli kan . macam tak pernah buatkan jek . kau ingat aku selekeh sangat macam kau tu ke ha? a
setiap kali Ramadan coming , I am sure all
the Muslim excited gila-gila , tak kira lah orang tua , muda , dewasa , remaja
, especially kanak-kanak dan baby . Baby ? Baby tu excited time raya jek ,
yolarh , baby kan selalu dapat duit raya bebanyak . aku jealous k dengan baby .
paling kurang dalam tangan masa raya boleh dapat RM 1000 .00 banyak k . aci tak
kalau aku jadi baby balik? . bukan semua orang berpeluang menikmati Ramadan ,
yang berpeluang , bersyukur . ada yang nak sangat menikmati Ramadan , but Allah
more sayang mereka lagi . Bila sebut bulan Ramadan jek , mesti ramai nya excited
gila-gila nak pergi bazaar kan . bila dah sampai bazaar , nafsu jin makan 7
ekor mula-mula menjalankan tugas , nak beli tu nk beli ni , aku rasa kalau
bawak trolley Mydin pon tak muat nak letak makanan yang dibeli . and aku rasa
kalau boleh di beli anak dara atau anak teruna mak cik bazaar tu , maybe dengan
mereka sekali diangkutnya untuk dibawa pulang buat berlagak masa raya . k
memang tak kelakar .
bila difikirkan balik , ini merupakan Ramadan
kedua aku berjuahan dengan family , dulu
masa dekat dengan mereka , detik-detik manis tak dihargai . hari-hari gaduh ,
ada yang baling periuk la , pasu bunga la , kereta la , biawak lah dan
seangkatan nya . aku rasa kalau kau tengok aku gaduh dengan diorang , maybe kau
boleh pengsan kot sebab tengok aksi kami yang ganas malah lebi hebat dari ceter
War Z tuu , k memang mengerunkan . bila , dah ada kat U ni , kena bangun sahur sendiri , kenalah beli
makanan kat bazaar sendiri , tapi Alhamdullilah masih ada kawan-kawan yang
menjadi peneman berbuka dan bersahur . masa first Ramadan kat siini ,
housemates suka makan kat luar , but for this Ramadan , aku sambut dengan
senior and classmates , and maybe it will unforgettable memories at here ,
Insya Allah .
Masa kat rumah , selalu nya kitaowg akan
bentang tikar ala-ala kampong gituu , and then selalunya aku and akak aku akan
tunggu our parents balik dari bazaar . biasanya sebelum Mommy Kamariah pergi
bazaar , dia akan tanya anak dia nak makan apa ? and when my turn , mulalah aku
ambik kertas and list kan apa yang aku nak . kekadang penuh satu A4 paper . k
memang bohong . biasanya kalau Mommy Kamariah and Daddy Johar pergi bazaar
maupon pasar , memang lama k , diorang bukan duk beli barang , tapi yang
lamanya mereka banyak jumpa orang and berbual , maybe because my dad ketua
balai polis kat situ kot . that’s why sometime I don’t like go pasar , it will
take my time ,and pasar its so so crowded . kau ingat aku suka ka berlaga bontot ? bini aku pon tak
buat lagi k .
Bila , our parents balik jek , masing-masing
bagai sudah tau tugas memasing , yang buat air lain , yang angkat pinggan lain
, yang siapkan air ayahnya lain , yang halau kucing join berbuka dengan kitaowg
pon lain . sometimes tu , bila kitaowg tengah siap-siapkan buka , mula la
suara-suara nakal nak cari gaduh , kekadang cawan pon boleh gaduh , bukan tu
jek , semut yang cari makanan kitaowg pon boleh dijadikkan gaduh . memang aku
tak paham k . tapi tula hubungan kami adik-beradik , selalu gaduh , kekadang
boleh pening our parents tengok kitaowg .
Kedudukan kami masa makan pula memang dah
tetap , usually tempat aku kat air , sebab aku ni suka minum air , kekadang
satu jug air jek untuk aku , Najwa pulak , duduk sebelah aku , senang aku nak
buli dia suruh ambik lauk kat aku , next Fuad , dia akan sit antara Najwa dan
Daddy Johar , reason nya ? aku taktau , suka hati dia la nak duduk mana-mana
pon , sebelah Daddy Johar pulak kopem-kopem lah bini dia yang tersayang , Mommy
Kamariah , see , nak berbuka pon masih bersama . and then antara Mommy Kamariah
dan aku , akak aku duduk , kat dia mesti ada mangkuk nasi , jangan tanya kenapa
kat dia ada mangkuk nasi , sebab aku pon taktau , yang penting bila aku nak
tambah nasi , aku akan cakap :
Along , nak nasi ?
Ada tangan , ada kaki ambik sendiri .
K , memang tak guna .
Rafi , nak air .
Ambik sendiri .
#@$%^&^%$#
Tapi sejak dua tahun kebelakangan ni ,
situasi tu semua berubah , dengan akak aku kat KL , aku pulak kat Terengganu ,
yang tinggal kat umah pon hanya our parents , Fuad and Najwa . but , sehari
before raya , kitaowg still amalkan apa yang diamalkan oleh kitaowg sejak dulu
lagi . takkan terputus air pon , kalau kitowg cincang dengan parang , begitulah
hubungan kami semua , yang penting aku nak kau tau , aku merindui mereka . tu
jek tu entry aku . kbai ,