untuk minggu ni saya berpratikal di hospital hulu terengganu .. HAHA dah macam ayat permulaan aku buat buku log pulak . skema . kau nak tau tak aku paling tak suka hari rabu . ini semua salah buku log !. aku kalau buat buku log merangkang -rangkang beb . tak cukup merangkang , aku terguling guling atas katil . kadang kadang tu boleh kena sawan kau tau . see? betapa pemalas dan sukar nya nak jawab soalan yang kena jawab di buku log ! . aku rasa periksa SPM pon tak susah macam tu . bukan pe aku ni malas tahap dewa nak buat ayat ayat skema . kalau boleh aku nak tulis macam apa yang kau tengah baca ni !.
untuk entry kali ni aku nak cerita pasal yang apa yang aku hadapi this week kat hospital tu. Btw, staff nurse kat situ baik-baik belaka !.. siap lepak dengan dia beb *kantoi kantoi . mohon senior tak baca . HAHA . bukan lepak saja-saja ok !., tapi lepak tanya pasal diri masing-masing . takpon cakap pasal resipi makanan !. ha kau ada ? at the same time, aku ada juga bincang pasal ubat-ubat dengan diorang . kau tau aku rasa boleh pecah atau maybe retak seribu bila asyik kena hafal . sampai kekadang lidah aku berbelit nak sebut kau tau!. mesyuarat tingkap wa beb dengan diorang . walaubagaimana kami still buat kerja yang masih di amanah . and thank you to the sister yang bagi bekalkan makanan untuk aku bawa balik . ee sedap .. tolong jealous HAHA
ok . next next !. ea kau ni suka sangat kalau aku menlalut kan ?! . cuba tegur sikit.. *sia sia je kena baling tahi kucing kang .. HAHA
minggu ni aku terjumpa pak cik yang comel !. pak cik ni aku tak tau lah siapa nama nya . aku mula-mula ingat dia ni tak ok . suka meracau-racau dah macam kena histeria je aku tengok . bulu roma aku naik je bila lalu sebelah dia , siap rambut aku terpacak je *k , ni memang bohong . tengok muka dia memang comel . tapi aku rasa aku lagi comel kot. HAHA . siyesly . kalau dia senyum dengan tak de gigi nya , aku rasa comel gila kot , sampai aku kadang-kadang nak gelak terguling-guling kat atas lantai hospital tu . untuk hari pertama dia masuk ke dalam wad , aku akui susah nak jaga dia !. dia ni bergerak -gerak . kalah baby yang baru lahir . kang aku hempuk dengan bantal saja je kang tapi disebabkan kecomelan nya aku terpaksa lah menjaga dia . lagi-lagi masa tu aku kena buat blood transfusion kat pak cik tu . so memang hari tu memang aku akan bersama dia lah :D setiap satu jam tu aku akan bersama dia lah .
for the first day , aku mula mula takut juga . kau tau bila aku usik tangan dia sebab nak betulkan position , dia tenung aku macam nak makan orang je . aku rasa kalau dia tenung singa pon . singa pon boleh tukar jadi semut ! . tajam beb tenungan dia . tapi aku relax je sambil mengekalkan kekacakkan aku . buut after 3 hour , tu dia dah nak start cakap dengan aku . and ayat pertama dia cakap kat aku ialah :
ADIK KUAT BOLEH ANGKAT PAK CIK * sambil tersenyum dan pegang tangan aku !
HUH? *malu tiba-tiba
HOHOHO . kau nampak tak betapa kuat nya aku boleh angkat pak cik *aku izinkan kau baling aku popcorn . lupa nak cakap , pagi tu aku mandikan dia atas katil bersama NIK dengan anak perempuan dia , tapi masa aku mandikan dia tu kan , aku rasa dia tidur tak sedar kan diri , aku siap golek golek kan dia atas katil ala guling gulingkan popia kau tau . tapi yang aku dengar masa tu ialah :
KROOK KROOK KROKK
masa tu aku rasa nak tergelak dah . boleh pecah perut aku kalau gelak masa tu . aku rasa dia sedap sangat kot aku mandi kan dia , aku urut dia , aku picit-picit kepala dia . macam spa je kan !.. k , for the second day pulak , dia dah boleh bangun and dia dah boleh sedar dengan persekitaran . and masa tu lah dia nak bangun and nak mandi kat toilet ! gila kau , even dia boleh sedar pon , aku still tengok dia masih tak kuat lagi . memang gampak aku kena bawak dia pergi bilik air !. yang aku takut kalau dia jatuh je , even senakal-nakal aku , aku ada rasa empati and rasa takut pape terjadi kat pak cik dia . kang takde pulak harta dia nak uruskan . dah terpaksa aku jugak !.k , memang tak lawak . di sebabkan aku dapat arahan , aku kuat kan jugakkan semangat aku nak bawak pak cik tu . HAHA yang best nya aku dan anak perempuan nya mandikannya kat bilik air berdua , ea kau jangan nak fikir bukan-bukan maksud aku , aku mandikan pak cik tu dengan anak dia . get it ?
aku sebenar pemalu jugak . even aku dah selalu berbual dengan budak tu , tapi bila buat kerje berdua macam ganjil je . aku sabun kan pak cik tu , dan dia siram pak cik tu . HOHO sweet tak ? wa mandi kan my future father in law * k, memang macam mintak sepak dengan Intan , HAHA at the same time tu , aku pon main-mainlah air dengan pak cik tu . siap aku geletek ketiak dia . HAHA dia punya ketawa jangan cakap lah , sampai nak pecah lubang jamban . HAHA anak dia pon terjoin sekali dengan aku . kau nampak tak kenakalan aku mainkan pak cik tu ,.
lepas mandi tu , macam biasa lah aku dan anak dia pakaikan baju untuk dia . takkan nak kasi dia bogel pulak macam kau yang tengah baca ni . k , memang tak lawak . then , bawak lah dia ke tempat katil dia . kemas-kemas sikit . selesa kan dia . and then masa pukul 12.15 a.m . dia kena blood transfusion lagi .
aku juga yang buat . kau nampak tak kegedikan aku kat situ !.. HAHA
masa tengah tengah aku buat procedure tu . tiba-tiba pak cik tu cakap :
PAK CIK SUKA TENGOK AWAK . COMEL . TERIMA KASIH TOLONG PAK CIK . PAK CIK HARGAI . AWAK KUAT ANGKAT PAK CIK .
OH TAKDE PAPE PAK CIK , DAH MEMANG KERJA SAYA , SAYA IKHLAS , BTW TENKYU CAKAP SAYA COMEL . PAK CIK ORANG YANG KE 269 YAG CAKAP SAYA COMEL *sambil bontot lebar kau tau aku cakap . HAHA
HAHA .
k, lepas masa aku nak balik tu , anak perempuan yang berusia 18 tahun tu pon cakap terima kasih kat aku , tapi dia tak sempat nak cakap aku comel . aku rasa dia malu kot . tak pon dia nak cakap aku kacak *mohon intan tak baca ,
so , apa yang aku nak cakap kan kat sini ialah bila kau buat sesuatu kena lah ikhlas , even bende tu kotor ke , berat ke , kena marah ke atau sebagainya , In sya Allah mereka yang kita bantu tu akan cakap terima kasih kat kita . senang je kau nak buat baik kan , even kau tolong orang buta jatuh longkang pon,. diorang akan cakap terima kasih kat kau . kalau kau nasib untung orang buta tu boleh bagi saguhati RM8975 juta kat kau.. HAHA
#aku rasa macam takde motif je aku tulis

No comments:
Post a Comment