kembali ke kaca laptop untuk meneruskan kerja aku menulis new entry blog after dah sebulan lebih aku hadap kaca laptop untuk menulis assignment aka case study , yess assignment memang takkan stop selagi kita di alam universiti , selagi kita bergelar pelajar dan selagi kita ingin menyambung pelajaran . ada je tension memanjang tapi takdelah sampai tahap gila gaban babun beruk dan seangkatan . lagi-lagi kalau awal semester , kopem assignment datang bertubi-tubi . tapi kali entry kali ini bukan cerita pasal assignment mahupon pasal pelajaran , tapi cerita pasal tajuk tu , tu yang aku tulis tu , kat tajuk tu , paham tak ?
kepada yang lahir sekitar 1985-1996 , mereka kopem mempunyai pengalaman indah , mereka mempunyai pengalaman yang sukar didapati zaman kanak-kanak yang moden ni , so sesapa yang lahir pada tahun tu , kopem antara korang pernah buat apa yang akan aku katakan sebentar nanti ,
ingat tak zaman dulu dulu , dari tadika , sampai ke darjah satu hinggalah ke UPSR , kita dulu pernah ikut beberapa trend . contohnya , New Boyz dan Spin , siapa yang tak kenal diorang kan ? dulu masa depa kekecik , muka tak matang langsung !. artis cilik katanya , mak jah mak bedah mak kiah semua nya tergila-gila kan diorang sampai kan budak-budak macam kita ni pon terikut minat kat diorang tu . . .lah ni dah ada yang jadik bapak budak , dan ada yang arwah , al-fatihah kepada Achik Spin ,
seterusnya , teringat zaman kekecik aku dulu , ada trend menghabiskan duit syiling kat public phone , yelah dulu masa kekecik mana ada tepon , so kenalah gunakan apa yang ada , public phone ! , masa kekecik dulu kalau nak call kawan ke , girlfriend ke , boyfriend ke , mesti guna public phone , pastu siap sanggup beratur lelama semata-mata nak gunakan public phone , lepas guna boleh buat bangga dengan kengkawan kat situ , lah ni , cuba kau tengok berapa ramai yang pakai public phone ? tak ramai kan ?
yang ni mesti ramai yang buat , termasuk aku . dulu-dulu masa permulaan nak berkenalan jek mesti kena mulakan dengan MY BIODATA . hahahah . kalau teringatkan mesti senyum sorang-sorang , tak kira laki atau perempuan , semuanya buat my biodata then bagi kat bebudak yang diorang nak kenal , bukan tu ajek , masa kekecik tulah , ada yang guna surat untuk berhubung walaupon jarak dekat , surat cinta kononnya , yang paling best dan kelakarnya mesti ada tulis PECAH KACA PECAH GELAS , SUDAH BACA HARAP BALAS . dah la tu budak perempuan terutamanya kalau balas kopem letak bedak banyak bagi surat bau wangi , laki pon ada buat jugak k , keh keh keh keh
ha yang ni masa dalam kelas , especially after exam lah , takpon time cikgu takde je pasti bebudak dulu main monopoli , saidina , tepuk daun trup , ceper , batu seremban dan sebagainya , pastu main ramai ramai , gelak ramai ramai , tulah game yang bebudak main kalau cikgu takde , budak sekarang main apa yer ? lepas pastu pasti ada kita ada beli gula-gula getah and then buat belon kat mulut , siapa buat paling besar dia menang , boleh buat kembang bontot satu sekolah sebab buat belon dengan gula-gula getah , tak cukup dengan tu , ada ytrend makan jagoan neon biar lidah jadi warna warni , kononnya jadi lidah hantu la . dan yang tak boleh bla tu trend membeli tora , dindang yang dalam nya ada mainan dan coklat . k pastu tunjuuk kat kengkawan buat jeles kengkawan , budak macam ni patut kena tikam 48 kali ,
then , kalau beli kasut raya , bebudak dulu ramai yang berlumba-lumba nak beli kasut yang ada lampu (Pro Att) , then buat bahan modal nak bangga dengan kengkawan , tak cukup dengan tu , trend beli jam G-shock yang lampunya ada gambar , kelakar k bila pikir balik apa yang aku pernah nak kan bende tu.
lepas tu ,trend permainan , berubah ikut masa k , bila time cuti sekolah dan petang petang , bebudak dulu main gasing , guli , polis entri , lubang tikus , galah panjang , rondes , main masak masak then suruh anak-anak beli barang pakai duit daun , k memang tergelak sakan k bila teringatkan balik , semuanya indah belaka . HAHA
tu dulu , sekarang ? trend kpop , running man , itu memang tak boleh nak dikatakan lah , pastu bebudak zaman sekarang , kecik-kecik lagi dah pakai BB , android , ipad dan sebagainya , kalau boring , terus main kat gadjet tu , kalau makanan , budak kecik yang berumur 8 bulan pon dah disuuap nya bubur mekdi tu , mana tak besar selera anaknya ! kesimpulannya , pengalaman bebudak dulu adalah paling best , paling indah , paling menawan , paling dan paling seterusnya paling , dan paling , biar kita tahu kelebihan dan keseronokan zaman kita dulu berbanding sekarang
