// sdown && bubbx[i]>0) { if (Math.random()

Umur Blog saya :-)

PitaPata Cat tickers

Wednesday, 17 April 2013

Kisah Sedih Bersama Anjing


hye hye hye hye hye


"marilah mengundi , marilah mengundi " mengundi jadah kau Rafiu oi. Umur pon tak cukup.. ! Ini  semua salah TV tu sapa suruh keluarkan lagu-lagu hot macam tu .. Ini semua poyo kau tau .. ok , kali ni cerita takde mengena dengan politik langsung . takde cerita langsung hijau lawan biru , roket terbang dan sebagai.


sebelum aku kena lempar ke sungai amazon dengan kau, ehem ehem larat ke?. ,. baik cerita aku straight to the point .. macam ni ,. aku tadi punya lah nak tahan mengantuk petang tadi. kau tau tak kalau aku tidur 3 jam mana cukup .. tidur pukul 5 petang pastu bangun pukul 8 !.. tak gampang namanya . dah lah tu otak aku boleh gila tiba tiba kau tau.. lepas tu mula lah aku nak mencarut tiba-tiba dengan menjerit macam ni :


ALAMAK , DAH PUKUL BERAPA NI ?!!! TERTINGGAL BAS NAK PRATIKAL !.. MAMPUS AKU MAMPUS AKU !!


dengan selamba kerbau nya kalau aku boleh menjerit macam tu lepas aku tengok jam . pastu mulalah aku mengelabah  mengalahkan kucing jantan dapat anak pertama kau tau.. tapi lepas tu kan . bila aku tengok jam kat hepon je dia tertulis macam ni :


MON, 07.49 PM


perghh lega gila kot macam badak baru beranak anak nombor 10 kau tau.. lepas tu apa lagi aku pon sambung tidur balek lah.. masa tu aku rasa diri aku macam tak guna je kau tau padahal aku ni terlalu kacak macam justin bieber.. oleh sebab itu lah, aku decide petang tadi tak nak tidur.


untuk memenuhi kehendak aku tak nak tidur *ayat skema mula keluar..., aku pon search lah gambar-gambar  artis macam justin bieber , rosnah mat aris , azwan ali dan rafiu johar .. kau pehal nak gelak-gelak ? kau aku saja je sepak kau lelaju baru tau ! kau ingat gambar aku takde ke .. kalau tak caya kau pergi search *ceh gaya cakap macam Lan Todak.. sebelum aku mencarut , sebelum kau aku bagi cium kambing baik scroll lagi ..  takkan nak suruh pontianak sebelah kau pulak nak scroll kan, Kan? takut lah tu ..


oleh dek kerana aku tertengok gambar Kak Ton ,,.. aku dah start bosan tahap lembu kau tau .. masa tu nak je aku hentak kepala aku dengan kayu sebab terkejut Kak Ton tunjuk gambar gigi ala-ala iklan pencuci jamban.. so, tangan aku pon mula lah cari gambar-gambar yang comel .. mula-mula aku search gambar kucing ,.. yes memang tak dinafikan makhluk Allah tu memang comel gila dah macam aku *terus kena baling dengan selipar jamban dengan readers!.. tapi entah macam mana aku pon taktau tangan aku gerak sendir seolah-olah dikawal oleh pontianak disebelah kau  untuk menaip this word a-n-j-i-n-g-c-o-m-e-l .. anjing comel kau tau aku search gambar mereka .. again, aku rasa masa tu tak berguna je aku taip gambar binatang tu .. tapi bukan aku nak cerita pasal anjing tu comel ke aku yang terlalu kacak ke atau kau yang tengah baca blog aku semasa berak ke atau sebagai nya.. tapi aku nak cerita masa tahun 2003 yang pernah melibatkan aku dengan anjing yang tak guna tu selepas aku menghanjing dia lalu kau akan rasa nak baling aku dengan anjing. k, memang tak lawak .. jom sekarang ikut aku pada masa 2003 .. vrooommmm jeng jeng jeng

2013

2012

2011

2010

2009

2008

2007

2006

2005

2004

2003


kau tak payah nak kira sangat berapa tahun bende binatang kejadian mengarut ni berlaku kat aku.. terus je baca ..  once upon a time , ayat tak nak kalah !.. macam nak kena baling durian 4 biji je kan kat aku??.. masa tu aku darjah tiga.. masa tu aku tinggal kat rengit . masa tu aku kena pergi sekolah agama.. dah masa ini jugalah aku rasa BM aku teruk tiba-tiba .. masa tu kau tau aku kena jalan kaki 1km dari rumah ke sekolah agama .. sepanjang perjalanan tu aku terpaksa tempuh ranjau duri pokok kau tau .. menyeksakan !..


di takdirkan masa tu aku dah terlambat nak pergi sekolah .. masa mula lah aku nak mengelabah bagai dah macam unta hilang anak tau .. tapi apa kan daya aku buat buat relax je padahal Mommy Kamariah dah bebel kat aku sebakul baju kau tau.. oleh dek kerana itu lah,, aku terpaksa jalan ikut short cut .. tapi kena lalu belakang rumah orang , sambil tu boleh lah aku cuci cuci mata tengok bende bende bukan bukan kat ampaian .. masa tu kecik lagi , masih taktau mana tau baik mana tau jahat,, mandi wajib pon belum tau lagi .. so apa salah nya kan. *mohon Mommy Kamariah dan Daddy Johar tak baca. kang tak pasal-pasal kena bash..


masa tu kau tau aku punyalah smart dengan pakaian baju melayu nya berserta samping hitam dan songkok .. comel je aku rasa macam tu.. ditakdirkan masa tu juga lah , aku boleh pegang air botol yang di isi air sirap yang menyala kau.. so aku pon jalan lah terkedek kedek ikut belakang rumah sambil tengok pemandangan yang indah belaka..


masa aku tengah jalan kau tiba-tiba bunyi anjing kat belakang aku,, kurang ajar punya anjing .. boleh mati terkena heart attack masa tu .. aku pon apa lagi toleh lah ke belakang sambil tengok anjing tu ala-ala gangster tapi masih mengekalkan muka aku memamg sedia comel ni.. *kau kalau cakap menyampah aku baling kau dengan sampah .. tapi belum sempat aku nak cakap 'hi' kat dia kan, kau tau tak dia boleh buka langkah silat dengan aku ... dia lari ke arah aku sambil menjerit .. aku rasa masa tu perang dunia ketiga nak meletus .. sebelum aku kena gigit cinta dengan anjing , aku pon pecut lari dah macam lumba lari dah aku rasa masa tu.. dalam fikiran aku masa tu aku tertanya tanya siapakah yang akan menjuarai lumba pecut 400x1000 meter. kau nampak tak betapa hebat nya imaginasi aku padahal anjing tak guna tu tengah kejar aku.. dalam 100 meter macam tu aku lari ,.. tiba-tiba kau tau kasut sekolah aku boleh pulak tertanggal , nak menangis terguling-guling je aku rasa masa tu sebab mungkin akan kalah lumba pecut tu .. tapi dengan semangat yang ada kat anjing tu lah aku meneruskan larian aku sampai aku rasa semput .. bila aku behenti je kan , aku pon toleh belakang ,, sekali kau tau anjing tu boleh gigit kasut aku yang bau hapak tu yang setahun tak basuh .. tapi aku heran anjing tak guna tu tak mati pulak gigit kasut sekolah . aku ingatkan anjing tu dah penat nak lumba lari dengan aku , tapi rupa-rupanya dia masih bertenaga beb .. naik hangin satu badan aku masa tu . dengan sisa tenaga yang masih tinggal , aku pon baling air botol yang berisi air sirap tu tepat kena kepala dia .. gila hebat aku rasa masa tu. aku pon apa lagi , larilah lagi sikit . tapi buat lecak ketiak aku je masa tu, aku toleh tengok anjing keparat tu kau tau dia buat apa ,.. dia boleh gigit botol air aku tu dan bawak pergi . kau tau tak aku rasa tak guna je diri aku padahal masatu muka aku macam Zizan Razak versi budak- budak.. nak je aku jerit macam ni kat anjing tu :


ALA TOMEY TOMEY , KENAPA TAK CAKAP DENGAN AKU KAU NAK MINUM AIR SIRAP AKU , ANJING TAK GUNA 


lepas anjing tu bla je, aku pon cari balik kasut aku . sekali aku tengok kasut , kau tau bertakung air liur anjing tu dah macam nak ternak jentik-jentik kat kasut aku ! dengan muka hampanya tapi still maintain kecomelan aku, aku pon balik kerumah . dan tiba-tiba












































































































sampai disitu saja cerita aku kali ni .. kbai

# kau rasa anjing tu hidup lagi tak?
bye bye bye bye


No comments:

Post a Comment