Hello readers *sambil melambai-lambai tangan ala-ala Ratu!. tiba-tiba.. Praaaaannnnngggg.. *kena baling dengan lori taik 12 biji kat aku!.. Ha? Kau baling lori taik kat aku. K fine, aku merajuk dengan korang 3 saat.. 3 saat..
ok. Sekarang lupakan pasal lori taik atau jerawat mak jemah atau bulu ketiak yang busuk masai pahit hitam ligam orang bangla depan rumah Didie Alias atau sebagainya., Sekarang korang kena fokus dengan apa yang aku nak tulis ni. Kalau korang tak fokus aku campak korang kat lorong haji Taib. Ha, aku ugut ni. Baek korang scroll lagi sebelum aku suruh Azwan Ali yang scroll kan menggunakan kuasa gedik dia tu.. Takut kan sekarang? Apa? tak takut!.. Ok aku juzt nak cakap je yang sebelah kau tu ada hantu pontianak versi Azwan Ali.. Ha hambik kau..
Ha ni aku nak story story sikit dengan anda-anda semua. Ini semua terjadi sebab kejadian pagi tadi. Kerana kejadian itulah aku teringat sesuatu. di sebabkan sesuatu lah kejadian itu berlaku. Oleh kerana itu lah kejadian itu mengingatkan kejadian yang lama. Sesungguh kejadian yang baru berlaku boleh dikaitan dengan kejadian yang lalu. Dan oleh kerana korang dah baca banyak sangat word kejadian korang mesti ada rasa nak baling aku dengan peti ais kan? takpon Azwan Ali kat aku kan? Ha kan asyik Azwan Ali je kena.. Tersedak sedak dia tengah minum air paip kat sekolah. k tak lawak. Untuk pengetahuan anda, aku kalau pergi pratikal mesti kena naik bas yang disediakan. Untuk dijadikan cerita pagi tadi semua rakyat di bawah Jabatan Sains Kejururawatan kena pratikal pagi. Ok memang macam gampang!.. Dah lah semua kena naik pratikal waktu pagi, lepas tu bas yang disediakan pulak satu je yang mempunyai 44 seat semuanya ok!.. Tak tau dah macam sardin dah aku tengok bas.. Dengan bukti kukuh nya, bas yang berwarna merah dah macam tin penyimpan sardin tu telah memuatkan mungkin lebih 50 orang. Jumlah nya aku tak kira. kau ingat keje aku ke nak kira bagai..! kang aku bagi bibir Kilafairy kat telinga kau jangan tanya kenapa!.. Ok bukan aku nak merungut ke apa tapi very padat dah macam milo padat je aku rasakan, bila difikirkan balik, agak bahaya kalau naik bas melebihi muatan, kang masa tiba-tiba jalan terdengar tet tet tet sebab melebihi muatan, ha ke cane?? Berpeluh ketiak aku kau tau. Baru berpeluh belum berlecak lagi ok.. Sila paham konsep. tapi kalau nak tau, aku kalau cuci luka orang, kalau tak berlecak ketiak aku tak sah aku cuci luka orang tu. Kalau cuci luka yang besar pulak, boleh banjir ketiak aku,. Siap boleh perah peluh kat baju tu. Satu baldi boleh penuh beb. Kau ada? takde kan?!. HAHAHA cerita nak gampang je kan? *baling telur ayam..
ha kan aku dah mencarut.. sebenar masa aku dok tengah diri-diri kat dalam bas ala-ala tin sardin tu, tiba-tiba aku teringkat kat kisah 5 tahun dahulu yang masih buat aku geli hati beb. `ok jom ikut aku masuk mesin masa.. jeng jeng jeng.. Vrooomm
2013
2012
2011
2010
2009
2008..
Tiba-tiba bayangan jadi warna klasik. Ok ini cerita berlaku masa aku Form 2. Masa tu aku masih nerd tapi aku tetap comel sebab kebanyakan orangg cakap!.. Apasal kau? nak muntah sambil julur lidah pehal?!.. Kau jangan nanti aku suruh Kak Kiah jual roti telur rempah ratus dari india selatan kentutkan kat lubang hidung mu bak bontot gajah tu baru tau..
Masa aku Form 2, aku pergi sekolah naik Van Mak Yam.. again. Mak Yam not Mak Ayam yang ada kat lorong Haji Taib tu,, Tolong la baca betul-betul, Kang aku suruh Mak Ayam tu cium kau kang baru tahu.. Nak dijadikan cerita, masa tu aku terpilih masuk koir. Masa tu aku akui suara aku dah macam Justin Bieber. Kau Ada?! So bila aku dah melibatkan diri dalam bidang nyanyian maknanya jadual balik aku terus berubah.. Ceh, ayat kalah Rosyam Nor menang anugerah *now aku izinkan kau baling aku dengan duit RM50,, So, oleh kerana itulah.., Mommy Kamariah paksa aku menggunakan kemudahan yang ada untuk balik rumah dengan menumpang bas.. Not menumpang but menaiki bas *Bm dah start kelaut, I know it!.. Ha? Daddy Johar kat mana? Oh Daddy Johar Outstation kat Afrika Timur Barat Daya.. Jangan tanya aku kat mana kang aku simbah asid kat muka kau baru tahu. Oleh dek aku selalu naik bas untuk balik kerumah, terjadilah satu kejadian yang dimana berlakunya ketika itu pada hari Jumaat.. Bas kalau hari Jumaat memang penuh gila tahap gaban cipan cipanzi!..
Once upon a time,
*bapak ayat nak skema gila,. Masa hari jumaat tersebut, langkah aku selalu laju dari kawan-kawan sebab aku taknak kena tinggal bas.. Kau kalau tengok aku jalan masatu, kau sendiri tak dapat beza aku ni tengah berlari pecut 4x800m, atau jogging padang 100 kali dengan berjalan kaki biasa. Bas kalau dah tinggal aku, dengan hati takde kat perutnya, sanggup driver bas tinggal kan budak-budak comel disitu. Biasalah kalau hari jumaat, tengah hari pulak tu,. Panas nya boleh membakar kulit aku yang ala-ala bayi berusia 2 hari. Dan peritnya kalau hari Jumaat ni bas selalu penuh dengan mat-mat bangla!.. Mat Bangla oi.. Kau sendiri tahukan diorang ni baunya `Ya Allah boleh tercabut semua bulu hidung aku tau.. Lagi-lagi time tu diorang baru balik kerje.. Memang kaw kaw lah baunya. Kalah bau loji kumbahan kat sebelah rumah Wawa Zainal beb.. Korang kalau ada kat tempat aku pon aku rasa boleh tercabut hidung kau yang kemek tu tau.. Diorang ni kalau naik berkumpulan.. selalunya suku bas itu dipenuhi dengan makhluk yang berbulu tu..
Dan malang nya masa hari tersebut, aku pon di takdirkan duduk dengan satu mamat ni kat bahagian tengah tengah. Nasib baik melayu.. Dia ni pon duduk kat taman dekat dengan aku. Bas ni selalunye lepas lalu kat stadium Batu Pahat, dia ni akan bergerak tergedek gedek ke Chinese High School dengan tergedik yang amat!.. Kalau dah lalu kat sekolah tu, memang akan full lah dengan student student Cina yang pakai skirt bagai yang tunggu dimasukkan dalam tin sardin tu..
Masa dalam perjalanan untuk sampai kerumah, bas yang dibawa oleh driver tu seolah-oleh menghidap asthma korang tau!.. Tersemput-semput aku rasa nafas aku tengok bas yang tak habis-habis semput. Kalau ada tong oksigen, dah lama aku suruh enjin dia sedut banyak-banyak. Dahlah pak cik yang bawa bas tu dah macam orang gila aku rasa.. Macam naik roller coaster beb naik bas tu.. Boleh jatuh peranakkan aku!.. Ea bukan boleh jatuh bladder aku.. HAHA.. Sehinggalah sampai satu masa kat kawasan kubur Cina, tiba-tiba bas boleh brek tiba-tiba..! Naseb baik bas tu tak buat drift sekali, kalau tak dah arwah budak budak tu tak termasuk aku, Arwah baek orang nya..
Tiba-tiba:
GEDEBUK !
ada bende jatuh tepat kat riba aku masa tu. Sekali aku toleh kat riba aku, aku boleh tercakap macam ni tiba-tiba:
TOLOOONGGG ADA ORANG MAHU RABA SAYA.. DIA NAK CIUM SAYA PUNYA!
kau tau tak dengan selamba badak je aku cakap macam tu. Buka cakap tapi jerit. Satu bas tengok kitaorang. Dahlah tu boleh buat muka innocent pulak tu.. Batal air semayang aku tu.. Tapi aku tak seteruk mamat yang sebelah aku tu. Kau tau tak dia cakap..
REZEKI KAU, BEB !!
Abah dia!.. Kesialan apakah dia cakap macam tu selepas student cina jatuh kat atas riba aku .. Masa tu dengan rasa simpatinya aku kat dia, aku biar dia bangun sendiri.. Nampak tak kebaikan aku kat dia!.. Kau tau pada masa yang sama, mat-mat bangla yang ada kat situ semua tengok dia.. Walaupon student tu yang jatuh kat atas aku punya, tapi aku pulak rasa malu publisti murahan pulak aku rasa.. Lepas dia jatuh kat aku kan, dia boleh buat muka selamba badak air dia macam takde pape berlaku sehinggalah sampai masa aku nak turun barulah dia cakap sorry. Kau dapat rasa tak kemaluan yang besar ketika itu yang perlu student tu rasa.. Dengan kemaluan yang besar yang menimpa naseb budak tulah aku rasa budak tu dah tak naik bas lagi.. Ea kau pehal fikir bukan-bukan.. Bukan kemaluan tu!.. this blog takde lucah-lucah ok..! Lepas kejadian tu, aku memang dah tak nampak dia lagi
Sebab tulah sampai sekarang aku kalau naik bas, aku tak suka berdiri.. Sebelum aku tercium siapa-siapa punya, better aku rebut tempat dengan diorang. Kalau boleh yang perempuan-perempuan tu duduklah bertiga-tiga agak yang lain juga dapat kerusi.. Dont selfish ma.. Nanti terjadi kat korang baru tau..
Moral of the story, cubalah cari tempat duduk even duduk sebelah orang gila sekali pon!
#pagi pagi selalu kena rebut tempat dengan budak-budak purple lain !..

No comments:
Post a Comment