// sdown && bubbx[i]>0) { if (Math.random()

Umur Blog saya :-)

PitaPata Cat tickers

Friday, 28 December 2012

Nabila.... Along ku :-)

hye hye hye hye hye

untuk entry kali ini, rafi ingin bercerita mengenai Along, Nama sebenar dia Nabila Syazwanee bt Johari,, sedapkan nama dia?? hehehe tengaok lah mak ayah siapa yang bagi nama! ha umur dia dah nak masuk 22 tahun,, oittt,, dah tua kau along rupanya!,, hahaha, dia ini lepasan student nurse di INSTEDT,, hahah,, tengok!,, keluarga kami ada dua orang misi.. along dan rafi,,, thank you mak dan ayah kerana berjaya membentuk kami sehingga menjadi manusia,,, Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana mengurniakan mak dan ayah anak-anak seperti kami!.. mudah-mudahan rafi dan along dapat berbakti kepada mak dan ayah kami...dan tak lupa juga atuk, ucu, mak ngah, pak ngah, cik man dan suadara dan saudari! amin amin

Nabila Syazwanee Bt Johari

Alhamdulillah lagi sekali rafi ucapkan diatas kejayaan along yang lulus peperiksaan LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA baru-baru ini.. oit,, bukan senang wey exam tu,, agak-agak nya rafi boleh jawab exam tu nanti masa sem 6??  insya Allah boleh! yakin!,, kalau nak tahu, rafi dulu suka sangat pandang rendah dengan along, tapi kini tidak boleh lagi, sebab along dah ada segulung diploma kejururawatan.. tapi rafi still terkapai-kapai dekat unisza.. oh stress nya

apa yang rafi perasan tentang along sejak dulu lagi, dia ini ada sifat kasih sayang tapi cara dia tunjuk kan macam tak kena je. rafi akui semasa kecil-kecil dulu, rafi selalu pandang rendah pada dia, yolarh tengok result exam dia sebelah mata je berbanding tengok result exam rafi.. (jahat kan rafi), bukan itu saja, rafi pun selalu angkuh dengan dia sebab rafi selalu berada di kelas hadapan berbanding dia,, 

Tapi itu DULU,, KINI tidak lagi, rafi respect dia gila-gila.. sebab along dah berjaya menamatkan diploma dia,,, sebelum ni rafi anggap kursus nursing nie hanya untuk budak-budak low macam dia.. tapi rafi memang silap besar! dan rasa bersalah sungguh selepas rafi ditawarkan diploma sains kejururawatan,, along i'm so sorry!

apabila rafi berjaya menceburkan diri dalam bidang nursing ini jugak,, yang rafi perasan, rafi semakin rapat dengan along,, kami selalu berhubungi,, dan yang paling rafi tak boleh lupa,, rafi call dia pernah hampir sejam lebih,, i miss the moment!kami share cerita.. kadang-kadang kami bercerita mengenai pelajaran, dan yang paling best mengenai ragam pesakit!,,, seronok nya,, kan best kalau dari dulu rafi dengan dia macam ini. Mungkin Allah telah menetapkan takdir supaya kami bekerja sebagai staff nurse dan dengan cara itu kami adik beradik boleh rapat., dan untuk adik rafi,, fuad dan najwa, abang harap korang jadik doktor supaya lebih lengkap family kita,, tahniah fuad atas kejayaan PMR kau!.. to najwa belajar rajin2 dah nak UPSR kan.. rindu najwa!

rafi dan adik (Muhammad Fuad Bin Johari)


adik bongsu (Norish @ Najwa Syazwanee Bt Johari)



sampai sini jelah rafi cerita,,,,,

bye bye bye bye



Thursday, 27 December 2012

hye hye hye hye hye

untuk entry kali ini kesinambungan dari yang lepas.. kali ini rafi ingin menceritakan pengalaman pratikal di hospital untuk tahun 2012. seperti sedia maklum rafi mengikuti kursus diploma sains kejururawatan, jadi rafi perlu menjalani latihan pratikal di hospital, dan ianya menjadi antara moment yang terindah pada tahun 2012.

Hospital pertama yang perlu rafi jalani pratikal di Hospital Sultanah Nur Zahirah (wad 7CD). Hari tersebut masuk petang dari jam 2pm hingga 9pm, boleh dikatakan sepanjang malam tersebut rafi tidak boleh lelapkan mata sebab takut tak tahu nak buat apa semasa di hospital. 

pengalaman hari pertama rafi di hospital merupakan pengalaman yang pahit, masin, masam dan seangkatan nya,, nak tahu kenapa?? ha, mula-mula masuk wad, rafi rasa excited tahap dewa, takut tahap gaban dan macam-macam lagi. tapi rafi dapat atasi dengan kehadiran tiga orang kakak senior,, control cool kot masa tu,, hahaha, dahlah tu, rafi dan rakan-rakan lain pula kena dengar pass report dari staff nurse di wad itu. yang paling tak boleh blah,, satu patah haram kejadah nya rafi tak tahu apa yang staff nurse tu ckp. nampak sangat muka rafi blurr masa tu. selepas kami dengar report dari staff nurse yang berjam-jam tu,, ada seorang pesakit Y(bukan nama sebenar) memanggil kawan rafi, s(bukan nama sebenar) untuk membasuh dan menukarkan pampers dia , mula-mula si S nie memanggil si kwn laki rafi untuk bantu dia,, tapi entahlah masa tu si S nie geli-geli dan kwan laki rafi pon sama. akhirnya rafi jugak kena tolong kawan laki rafi cuci sementara si S pergi ambil barang. masa duk siap ambik barang, rafi pun pakai lah apron, gloves and mask, dah siap pakai semua tu,, rafi pun tunggu lah kawan laki rafi tu,, duk tunggu-tunggu dia, rupa-rupanya dia dan yang lain tengah dengar briefing dr sister.. Wahhhh geram nye masa tu,, jadi rafi lah kena buat sorang2!! ok masa tu rafi tak tau nak ckp apa sebab bau feces dia BUSUK!!... rafi pun pergilah kat Y nie,, dia nie banyak cakap pastu nak membebel,, panas hati wooo,, dahlah rafi nak tolong basuh kan tahi dia,, pastu nak bising2 pulak,, kang lempang makan nya,, dahlah rafi baru first time basuh berak orang and sorang2! yang tak boleh blah lagi nie,, dia siap kotor kan cadar dia,, dah terpaksa rafi kena tukar cadar dia,, masatu tuhan je tahu isi hati rafi,, dah habis rafi cuci dan tukarkan pampers sorang2 akak senior dan kawan rafi pun datang,, masa tu rafi rasa dah macam tak cukup oksigen dek bau nya yang kuat.

 sepanjang minggu pertama rafi pratikal disitu, Y ni tak habis2 menyusah kan orang. dia nak KFC lah, mee goreng lah dan sebagainya.. tetapi semasa rafi masuk minggu kedua keadaan dia semakin nazak, masa sebelum beberapa jam dia meninggal, kami menyuruh dia pergi mandi, rafi bantu dia pakai baju dan juga memakai pampers, Y pun sempat berterima kasih dan memuji rafi memakaikan Y pampers! ok fine masa tu pun dah rasa lain.  selepas itu kami menolak Y ke bilik rawatan, hari itu, detik itu, jam itu,  minit itu, saat itu rafi dapat saksikan keadaan yang cemas antara doktor dan staff nurse untuk menyelamatkan Y apabila keadaan begitu genting, dan di depan mata rafi dan beberapa student dari KTB, Y telah kembali ke rahmatullah,, dan Y merupakan patient pertama yang rafi lihat saat-saat kematiannya, saat itu terdetik macam2 perasaan dalam diri.. apa apa pun mari kita sedekah kan AL Fatihah pada Y. moga roh nya dicucuri rahmat..

sampai sini jelah rafi bercerita,,

bye bye bye bye

Monday, 24 December 2012

2012..... siri 1

hai hai hai hai hai

tajuk untuk entry kali ini rafi akan cerita kejadian pahit manis masam masin payau pahit and so on..
hahahahaahhahahahah

KFC KLUANG 1

rafi pernah bekerja di KFC di KLUANG 1, semasa kerja rafi banyak dapat pengalaman dari segi kerja, cara memasak ayam KFC, buat POTA (yang mcm kentang putar tu), buat zinger, dan macam2 lagi,, yang paling best nya rafi dapat kenal dengan pelbagai ragam manusia yang pernah kerja disitu,, yelah orang yang kerja kat situ pulak tak tahan lama sebab tekanan dari manager dan kerja,, bayangkanlah masuk pukul 4 ptg habis pukul 1 pagi (itupun kalau customer tak ramai, kalau ramai pukul 3 pagi pun tak habis lagi).. dan paling best lagi apabila melayan karenah customer yg gila-gila,, dan yang paling memalukan apabila melayan customer yg OVER (benda sikit pun nak kecoh,, kahkahkah).. sepanjang rafi bekerja di kfc, rafi pernah kehilangan kawan, nama dia asyraff (meninggal dunia akibat excident dengan lori semasa pergi ke ledang),, best kawan dengan dia...dalam tempoh rafi bekerja tu, kawan yang rapat dengan rafi ramai yg resign,, oh myyy,, masa tu je tuhan tahu,, nice meet you all azam, dayah, aina. si pengkid, kak hajar, lina, zai, nokx, boy, yaya, nadiah, ika, shakir, zafril n ramai lagi.. 

RESULT SPM DAN MATRIK /UNISZA

ok,, seriusly malam sebelum result spm keluar,, rafi tak da perasaan langsung,,, rafi buat2 biasa je.. sampai sekolah, barulah terasa nak dapat result,, hati rafi semakin gundah apabila mendengar nama kawan-kawan dipanggil untuk mendapat result,, ada yang dapat bagus dan ada yang kurang bagus,, result rafi?? oh,, tak pa biar menjadi rahsia.. hahahah.. yang penting Ok!! ha, yang paling mengembirakan hati rafi masa mendapat result spm ialah semua kawan yg rafi didik dalam matapelajaran sejarah dan maths mereka lulus!!
OK. lepas dapat result spm,, keputusan kemasukan matrikulasi pun keluar. rafi ditawarkan di KOLEJ MATRIKULASI JOHOR. mula excited gila babeng,,, siap kan borang semua bagai.. tapi beberapa hari sebelum mendaftarkan di KMJ, parents rafi decide untuk menghantar rafi jauh nun disana di UNISZA, KUALA TERENGGANU. ok rafi terima dengan seadanya demi keberkatan Allah dan parents

5 APRIL 2012

malam haritu hari paling bahagia,, walaupon hanya seketika,, mungik takdir telah memisahkan kita untuk belajar di tempat jarak yang jauh,, mungkin ada hikmah nya.. DEMI MASA DEPAN KITA

UNISZA

kalau cerita pasal unisza,, sampi 4 jam pun tak habis tulis, dari hari pendaftaran sampailah hari ini memang banyak cerita,, so, rafi pecahkan kepada beberapa cerita...

1. Roomate
sepanjang rafi disini rafi dah ada lima roomate,, yang first dr perak,, tak kenal sangat pon,, dia kat unisza pun seminggu, n then dia berhenti dan masuk matrikulasi,, nama dia rafi xtau hahah
yang second and third budak IT.. wah budak2 nie menyebabkan bilik aku penuh dengan PC.. n then diorg suka main game!!. hahah.. yg fourth pulak budak ijazah TESL,, wah hari2 speaking bi dengan dia,,, kahkahkah.. ok yang terakhir, rafi tau nama dia,, nama dia atiq,, dh lama tinggal sebilik dengan dia,, dia ok,, pendiam sikit,, dan pembersih!!!

2. study
mula2 study agar rasa janggal sikt. mungkin sebab jumpa classmate semasa from 3 (amin sa'adon).. ramai sgt pmpn, belajar sesuatu yg baru, kwn2 baru, pengalaman yang baru, dan macam2 lagi... dan yang palig best bila final keluar kita dapat result yang bagus!!!! hahahaah



sampai sini dulu lah rafi tulis,, kalau ada masa rafi cerita lagi,,, penat nak taip dan tiba2 hilang mood!!!

bye bye bye bye




\

Friday, 14 December 2012

TIPS cemerlang RAFI


hai hai hai hai hai hai


salam semua, 
hari ini rafi ingin share sikit tips belajar rafi yang rafi sudah amalkan dari sekolah..
walaupun rafi bukan pelajar cemerlang sangat, tetapi keputusan rafi sangat memberansang kan

************************************************

1. sebulan sebelum peperiksaan, rafi akan beritahu kepada emak dan ayah yang rafi akan menduduki peperiksaan. kenapa awal sangat rafi beritahu?? sebab apa eak?? ha, sebab bila kita beritahu mereka awal, mereka kan doakan kejayaan kita dalam pelajaran :-).. cuba bandingkan doa yang kita dapat apabila kita beritahu mereka seminggu sebelum menduduki peperiksaan dengan sebelum sebulan sebelum menduduki peperiksaan, sudah tentu tempoh sebulan kita peroleh doa yang banyak daripada ibu bapa kita, tambah-tambah lagi doa mereka makbul 

2. jagalah hubungan sesama manusia dan juga Allah..

3. mengajarlah pada kawan-kawan,,

4. sentiasa siap kan tugasan mengikut waktu yang ditetapkan

5. berikan tumpuan dalam kelas semasa pensyarah atau guru mengajar

6. sentiasa menghormati buku

8. bawa bekalan air masak kedalam kelas

9. bersabar apabila dikenakan musibah,,, setiap yang berlaku pasti ada hikmah nye,,

10. sentiasa ingin mencapai target yang tinggi..

11. sentiasa cemburu dengan rakan yang lebih pandai

12. mengambil makanan tambahan untuk otak

12 tips yang rafi amalkan untuk cemerlang, mesti ramai yang akan pelik sebab dalam senarai tips yang diberikan,, rafi langsung tidak menyebut mengenai membaca buku kan?? kan?? kan?? kan??

hal ini kerana rafi sangat tidak suka membaca buku,, bagi rafi membaca buku mudah mengantuk,, jangan tidak percaya pula rafi memang tidak baca buku langsung setiap kali peperiksaan,,

 TETAPI rafi gemar membaca nota-nota pada waktu yang singkat seperti sebelum mandi, selepas solat subuh (sementara hendak pergi kelas), sebelum makan, sebelum kelas bermula, semasa berdiri sebelah meja,, rafi menggunakan tempoh selama 5-10 minit untuk membaca buku,, walaupun tempoh masa yang singkat,, tapi otak rafi dapat menerima semua info yang rafi baca.. selain itu juga rafi lebih gemar membaca tajuk-tajuk yang menjadi pilihan,, :-)


setiap manusia mempunyai cara sendiri untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup masing-masing,, tips ini boleh diamalkan jika berkesan,,,

majulah diri untuk negara, masyarakat, keluarga!!

bye bye bye bye bye



Wednesday, 12 December 2012

ANIS ADILA,,,,,, kenangan


hai hai hai hai hai hai

Anis Adila?? siapa itu?? anak siapa iTU??
Kenapa rafi cerita pasal dia pulak??  best ke dia nie??

jawapan nyer ialah,,,
Anis Adila ia lah kawan, sahabat, teman assgment, teman belajar, teman makan, teman bermain, teman ke library, teman ke kedai, teman piknik dan teman segala-galanya..

dia merupakan kawan rafi, anisa al-fateh, norafifa, nur rasyida, fatihin,asimah, kiera, zawani, dan semua manusia di dunia,,

kenapa entry kali ini menceritakan pasal dia??
sebabbbbb dia akan meninggalkan rafi dan kawan-kawan,,
dia akan melaporkan diri di KKM tanjung rambutan,,
ala tempat orang gila tue,, kahkahkahkah


mengenali beliau selama 6 bulan membuatkan kami tidak kering gusi apabila mendengar beliau berbicara dalam slang KEDAH,, yolarh mentang-mentang wani dan anisa al-fateh berasal dari kedah!!
orang kampung katakan,, mencikk,, hihiihhi
jom saksikan kenangan yang tercipta oleh kami bersama dia,,
memori kami sungguh indah,,,

anis adila bersama norafifa dan fatihin


tengok tu posing dia,, kalah Erra Fazira

kami pasti akan merindui kamu,,,, :-)


anis adila bersama kiera dan asimah


anis adila bersama wani dan anisa alfateh

pemergian beliau ke KKM pasti kami rasai,, iye2 lah budak kedah dah nk balik,,
dia ni banyak membantu kami terutamanya dalam pelajaran dan assgment,,
papepon kami harap dia berbahagia bersama pesakit ORANG GILA disana..

pesanan untuk mu
1. kami dah kira senior sebab kamu tu baru nk masuk sem 1
2. jangan kamu sesekali melupakan kami SETELAH berjumpa rakan baru
3. buat lah yang terbaik untuk setiap exam
4. dapat elaun tu share2 lah sikit dengan kami,, hikhikhik
5. ada masa carilah kami di terengganu
6. sambunglah belajar sehingga menjadi pensyarah
7. dpt kawan doktor laki/perempuan jangan lupa perkenalkan pada kami
8. jangan tinggal solat dan jagalah nama baik keluarga mu
9. yang penting diet~~ dan kekalkan kecomelan anda...
10. good luck~~~~~~

ok ANIS ADILA,, kami semua minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki sepanjang perkenalan kita selama 6 bulan,,
hilang mu tiada pengganti,,

kami pasti akan merindui kamu~~~~~~~~

bubye bubye bubye bubye bubye

Monday, 10 December 2012

SAYA TIDAK RIAK :-)


Yesterday

10:37pm
rafi : kau
dh tgok result??

hamba Allah: dah

rafi: ko msty byk a kan??

hamba Allah: emm..bapa pon xpa..aku tima ja..mau semua fail pon aku tima ja

rafi: yelah,,
org pndai,,
hamba Allah: x..semua pndai..
cuma yg mmbezakan tu
jangan RIAK ja..Allah blh trik bila2 masa


di atas merupakan perbualan rafi bersama seorang hamba Allah,, beliau bolah dikatakan pencabar pelajaran yang terdekat dalam kelas.. tapi sayang nya pertanyaan yang rafi kepada beliau telah dia salah ertikan.. malah dia berkata kat rafi jangan riak,, dan word riak tu dia buat caps lock.. agak2 apa perasaan anda bila kita tanya dia baik-baik,, tetapi di jawab begitu pula.. bagi rafi kalau beliau ingin menganggap rafi sebagai pencabar dan motivasi untuk dia berjaya dalam pelajaran adalah lebih elok..

dari sekolah rendah lagi,, parents rafi sangat tegas dalam pelajaran.. al maklum lah anak polis katakan.. rafi sendiri pernah kena pukul dangan rotan gara-gara gagal dalam subjek ENGLISH.. malah rafi juga pernah melihat kakak rafi kena hukuman dengan parents gara-gara tidak hafal sifir.. Lihat?? betapa tegasnya parents kami.. malah setiap pagi emak rafi akan membuat spotcheck beg setiap anak anak nya agar anaknya siap kerja sekolah.. jadi setiap peperiksaan,, kami adik-beradik akan sentiasa mendapatkan keputusan yang terbaik agar kami tidak dikenakan hukuman.. alhamdulillah saya dan kakak berjaya masuk ke universiti dan kolej.. malah kami juga mengambil kursus yang sama iaitu NURSE..

sifat rafi yang jarang orang tahu dalam pelajaran kecuali ahli keluarga ialah rafi akan menjadi cemburu buta kepada orang yang lebih pandai dari rafi..melihat rakan sekolah yang berjaya mendapat tempat di ASASI dan MATRIKULASI,, membuat rafi sangat takut dan semakin cemburu dengan mereka.. tetapi,, cemburu buta inilah yang menjadi pendorong untuk berjaya di universiti.. bagi mereka yang mendapat kolej pula, rafi lebih suka memberi kata-kata semangat kepada mereka,,

berbalik kepada perbualan dia atas,, rafi merasakan beliau tidak patut menganggap rafi RIAK!!,,, kenapa?? salahkah seorang kawan tanya kepada kawan tentang result exam?? dan salah kah rafi beritahu result rafi kepada orang lain apabila mereka yang tanya?? tujuan rafi beritahu pulak bukan untuk RIAK tapi lebih kepada menjadi pencabar mereka dalam pelajaran.. sedih apabila ada orang yang tidak puas hati dengan result kita.. bukan kah beliau sepatutnya tumpang gembira dengan result kita??

ingatlah wahai manusia,, setiap yang berlaku pasti ada hikmah nya.. Dan bagi rafi kita ini merupakan cermin kepada ibu bapa kita.. bagaimana sifat ibu bapa,, begitulah sifat anak mereka :)

salam

Friday, 7 December 2012

FOKUS STUDY!! AND KURANG FIKIRKAN DIA


Kesakitan cinta yang melanda ku
Menghentikan degupan rindu
Yang hampir bernyawa
Kecewa yang tiada terhingga
Bila mendengar berita kau tak cintaiku
Kini ku fahami erti cintamu
Kau hanya bernyawakan patung dalam dirimu
Kecewa melanda di hati
Mengapa begini yang aku hadapi

WAH lirik lagu apa nie?? ha nie lah lirik lagu cinta yang ku duga nyanyian stacy,, mesti lirik lagu nie sesuai untuk orang yang frust menonggeng tertonggeng and so on,, memang lah saket ,derita and so on kalau orang yang kita suka, minat tahap gaban, sentiasa teringat kat dia, setia dan bagai lagi,.... rafi pon rasa begitu,,tapi apakan daya kalau dia cakap DUN CARE BOUT ME,, simple sentence tapi mendalam maksud nyer,, tapi takpe rafi akan terus kan hidup walaupon dia cakap                                                                                                                                 cam tue,, rafi juga akan fokus dgn study rafi yang semakin mencabar!!!

oleh kerana rafi rasa sebak semasa tulis idea tiba-tiba hilang,,, hmm salammm

TEKANAN SEM 2

TEKANAN SEMESTER 2

hai hai hai hai hai hai,,
hmmm,,, hari ini rafi dpat berita kureng menarik dan sedey..
apa yang kureng menarik nye ialah RAFI TAK DAPAT SPA!!
oh tuhan jer tahu macam mana perasaan bila tengok resultnyer..
manakala berita yang sedey nyer ialah KAWAN RAFI AKAN PERGI SPA!!!!
selamat tinggal ERNA, ANIS ADILA, dan NINI dan SEMUA YANG DAPAT..
ERNA nanti saya dah x dapat belajar bahasa SARAWAK lagi..
ANIS ADILA nanti saya akan rndu dengan cara hang ckp kedah,,,
ohhhhhh,,
sepanjang perkenalan dan berkawan dengan korg,, korg mmg AWESOME,,,

ok, pasal SPA lupa kan sekejap,,
yang rafi nak cerita nie mengenai TEKANAN SEM 2 sebagai student NURSING yang semakin terasa,,
yelah kan rafi tak dapat SPA,,
so  msestilah kena continue my study kat UNISZA,,
ok berbalik kepada tekanan..
setakat ini rafi dapat 4 assgment...
ohhh 4 jer??
4 tu baru untuk 2 subjek tau..
mggu depan kopem msty dapat lagi,,
antara tajuk yang pensyarah kasi ialah
hemolytic anemia
fluid and electrolytes
tahu ker??
hahaha rafi pon kureng paham walaupon dh baca byk kali,,,
stresssssss gilaaaa dgn assgment bila kita tau apa apa pon tau,,
tapi xpe,,
rafi ada kwn2 yang saling membantu seperti wani,nysa, epa, kiera,asimah,anis adila,tyhin n syidah,,,
diorg memang awesome gilarrrr

k r arafi dh xda idea dh,, salam

Monday, 19 November 2012

Assalamualaikum....

 Alhamdulillah kesihatan rafi semakin sembuh,,, 
terima kasih kepada kawan-kawan rafi yang begitu merisaukan smpai ada seseorg yg jelez,, hahhaha
terima kasih Wani, Ifah dan Anisa serta lain-lain,,
pucat giler kot muka rafi semasa exam oscee tadi
sampaikan pensyarah dan clinical instructor risau kan rafi yang teramat..
dahlah nie merupakan exam oscee rafi yang pertama and at the same time rafi kena alergi yg begitu teruk gara-gara makan udang...
dan Alhamdulillah rafi lulus exam oscee jugak,,,

untuk entry kali nie rafi bukan nk cerita mengenai kesihatan rafi mahupun si dia
tapi 
kali ini rafi nak cerita mengenai masalah remaja sekarang yang menyedihkan...

cuba tengok gambar nie


agak-agak apa yang emak dan ayah dia rasa bila dia buat benda bodoh yang boleh mencederakan diri dia sendiri... apa yang kurang nya emak dan ayah dia ajar sampaikan dia sanggup melakukan perkara tersebut,,,
kerana cinta budak ini sanggup mencederakan diri nya...
yang lebih menghairankan 
budak sekolah rendah pun sanggup melakukan perkara yang sama,,,
sedih hati bila melihat remaja yang membesar dengan melakukan tindakan yang bodoh,...

wahai adik-adik,,
sedarlah,, jangan kerana cinta kau merana,,,
biar orang kata kita kuno,,xtau apa itu cinta,,,,
tapi ingatlah jodoh kita dh tertulis oleh Nya..
sayang adik-adik oi jangan membazir masa dengan dunia percintaan sehingga sanggup melukakan diri sendiri
belajar lah demi masa depan
masa depan kita nanti
tiada emak dan ayah untuk sara hidup kita lagikan??? kan??
masa itu rasa nak menyesal pun dh tak berguna dik,,,
kalau adik-adik dh tak tahan sangat gatal nye,,,
kahwen je terus dik oi,,,
tapi fikir lah masa depan korg macam mana nanti,,,,

belajar lah daripada pengalaman ayah dan emak dlm usaha mereka yang mahu membesarkan kita
mereka mencari duit untuk kita untuk memastikan kita selesa dan sempurna...
dan tidak akan kita mahu hidup lebih susah dari mereka,,,,
fikirlahhh






Friday, 16 November 2012

TENTANG DIA PART II

assalamualaikum...

lalalala,,, tiba-tiba excited nk cerita pasal tentang dia lagi..

ok lah,, rafi terus direct jew cerita pasal dia k,,

korang pernah jumpa tak budak perempuan yang umurnye 16 dan 17 tahun sanggup menyediakan sarapan pagi untuk adik2 dia???

mesti pernah kan??? kan?? kan???

tapi mesti jarang kan?? kan??  kan??

ha,, dia nie setiap hari selalu menyediakan sarapan untuk adik2 dia,, dia bangun awal2 pagi,

mesti sedap kan dia  masak,,,, hahhaahahaha

ok, seterus nye,, dia nie kan seorang yg pemalu tahap gaban..

cuba kalau suruh dia presentation kat depan,, habis muka dia merah then tangan dia sikit2 sentuh hidung dia 

yang comel tu,,, lalalalalal

Agak-agak macam mana lah nanti dia nie nk jumpa dgn bakal emak n ayah  mentua dia???

tak pasal-pasal boleh pengsan dalam rumah,,,

harap-harap pasangan dia tu kerja dalam dunia perubatan,,,

hahahahah

haishh rafi nie awal lagi lah nk pikir pasaL kahwen,,,

hhahah,,, tapi apa salah nye kan?? kan?? kan???

kan sekarang dah trend kahwen muda tak gitu???

hahahah,,, BTW,, rafi nk ucapkan Selamat PeNgantin Baru pada kwn rafi yang bakal di nikah kan pada 

12.12.12 (wau!!! lawa siot tarikh dia)

kawan rafi tue kahwen muda tau!!! bercinta selepas bernikah katakan,,,,

huahuahuahua nk juga kahwen muda,,, tapi dengan siapa???

dengan dia??? 

ouchhhh belom sampai lagi masa dia lah rafi,,, kukuh kan ekonomi dulu,,,

hahahah

ok,, apalagi nak cerita pasal dia eak???

ooooooohhhhhhhhhhhhhaaaaaa 

hhahah,,, perkara yang paling menarik pasal dia yang menjadikan dirinye seorang idaman wanita seluruh

jejaka Malaya ialahhhhhhhh

dia tak ramai kawan lelaki!!!

susah kan nk jumpa perempuan mcm nie??? kan?? kan??

tapi rafi dh jumpa dua org termasuk dia,,,

yang sorang lagi kawan baik rafi,,

gelaran dia Anisa Al-fateh,, 

cehh,,, glamour gitu nama dia,,,

hahahah,,, orang penting dalam negara katakan ~tangan didada,, mata keatas~

gmbr hiasan,,,, lalallala


mesti korang pelik an kenapa rafi langsung x mention nama dia kan?? Kan??

hahaha,, sebab rafi xnk dia rasa malu,,

hihihihihi

oklah,, rafi dah tiada idea lagi nak tulis sebab rafi kena pyrexia dari semalam..

apa tu?? hahah,,, demam lah,,, hihihi

nie rafi tinggal kan video untuk korg dan si dia untuk tengok,,,

ada gmbar dia,,, hihihihi





Thursday, 15 November 2012

Tentang Dia                              

  Assalamualaikum,,,,,,,,,,,,,,,,,,

                                hari nie nk tulis apa ea???

ok lah rafi nk tulis mengenai seorang wanita yg rafi kenal dari sekolah semasa rafi form 4.
apa yang rafi nk cerita mengenai dia nie an,, 

  1. dia baik
  2. selalu bantu rafi buat keje sekolah
  3. wanita pertama yang rafi lihat semasa baru pindah sekolah
  4. pandai fizik
  5. pandai masak
  6. dia comel
  7. pandai main bola
  8. agar ganas tp dalam hati ada taman..
  9. selalu support rafi
  10. dan byk lagi......
ha,, boleh dikatakan dia nie ada ciri-ciri isteri mithali kan?? kan?? Kan??? kan??

Alhamdulillah sampai sekarang kami masih contact dan yang paling penting kami sentiasa tet tet tet tet (nothing to display).....hahahaha

nie gambar hiasan je... hahah nie kwn baik rafi nama dia wani,,,

rafi still ingat lagi tiga ayat yang agak penting yang dia kasi bagi rafi...

nk tau ke?? x pelah mana boleh share2 sangat kan,, hihi

walaupon dia jauh,, nun hujung disana,, rafi harap dia sentiasa sehat dengan buku2 matrik dia

note to her: belajar rajin2 tau demi masa depan kita.....

Monday, 12 November 2012



RAGAM KAWAN2 KU,,,,,,,,,
 Nie lah Suasana dalam kelas rafi yg padat cm milo 3 in 1,, dalam kelas nie ada 56 students,, mana x padat kan?? mereka ni kebanyakan nya datang dari negeri Kelantan dan Terengganu,, dalam kelas nie pon ada budak sarawak n budak sabah,, and paling best nye budak Batu Pahat, Johor ada 5 org dlm kelas nie,,
boleh dikatakan budak dalam kelas nie dtg dr seleruh Malaysia!!!
ha,, nie lah antara kawan yang paling rapat ngn rafi,,
                                  dari kiri Azimah, Anis, Nysa Al-fateh dan Norafifah



 hahha,,, nie hobi kteowg,,, pensyarah xda,
                  , apalagi ambik gmbar lerrr,,, sori puann...
                              memang budak kelas rafi kepala giler2,,,
                                          ada je something yg kitaorg buat diluar jangkaan,, lalallaalal





                          hahah... kecian kat presiden kelas kitaowg kena hempap,... ngek...










                yang nie memang suka termenung,,,, nama dia yaty,, ala pemilik blogger: all about yaty,,,hahahah


                             smpai sini dulu lah rafi tulis,, akan datang bila waktu free,, rafi tulis lagi k pasal diorg                                      

                                            assalammualaikum........................................
Bushairy,, Kawan Rafi,,,


kawan sangat penting dlm kehidupan kita,,, mereka byk bantu kita semasa kita dlm kesusahan,, tanpa mreka kita seprti rasa kosong,,, ha,, rafi nk share skit pengalaman rafi smasa brkawan di zaman persekolahan dan juga di zaman universiti,,,

 masa rafi sekolah di SMK Bandar T6,, rafi berkawan rapat ngn bushairy,,, kteowg akan berjumpa start dari 7 pagi smpi 5 ptg (waktu SEkolah),, kitaowg byk melakukan aktiviti bersama x kira malam atau siang,, berkawan ngn dia sungguh seronok bab masa tu rafi bru pindah sekolah,,  so xdalah kawan masa,, dia jek,, lagi pon pgg status ank ketua balai polis dan juga students pure sc mnyebabkan ramai mngatakan rafi sombong.. tapi lama kelamaan,, student kat situ boleh terima rafi,, berbalik ngn kwn sekolah rafi,, kitaowg x bnyak melakukan aktiviti yg fun sebab masa tu kitaowg focus on study and begitu stress,,,boleh dikatakan tiada life lh,, kteowg juga plan nk futher our study together,, but masa dpt tawarn,, rafi dapat KOLEJ MATRIKULASI JOHOR tp dia dpt FORM6,, then kteowg decide xnk pegi sbb kteowg mngharap mndapat ipta di tmpat yg sama,,, tap akhirnya rafi dapat di UNISZA di kuala terengganu dan dia pulak dapat di UPM di bintulu,,, huahuahuah kteowg terpisah jaug beribu batu,,, hah~nk wat cm ne,,,

untuk di unisza,,, rafi cerita len kali k,, sbb byak pngalaman bau yg rafi dpt kat sni tau,