alhamdulillah masih diberi nafas untuk aku hirup udara di dunia yang penuh pancaroba ni , actually entry ni aku nak tulis pada 28 ogos yang lalu , tapi disebab kan aku ni perdana menteri somalia yang sentiasa busy sana sini , terpaksalah aku menangguhkan dulu , so , kau kena lah baca ala-ala sekarang berada pada dua hari yang lalu ,
28 OGOS 2013
prank tu perkara biasa kalau tibanya hari jadi , malam 27 , aku , yati , azimah dan wawa keluar ke bandar semata-mata nak beli barang untuk gimik raya NSC , macam-macam binatang diorang beli . bukan senang k nak buat gimik , kang tak jadi tiba-tiba masa perasmian , tak ke malu nanti ? so after , beli semua bende yang diperlukan , balik terus ke unisza . dah sampai unisza yang tercinta ni , aku dengan yati terus ke kafe . hasrat nak beli air jek , beli air jek , ha kau dua kali aku ulang , beli air jek , tapi kedai burger kat situ telah memanggil aku untuk beli burger dia . k melampau , baru nak diet , burger tu goda aku bagai , lepas order semua , aku jumpa suhana , dibah dengan ija , they also waiting for the burger , see , how the sexy the burger to attract other students to buy it , so damn , kitorang berborak sambil tunggu burger . apa yang diborak tu aku lupa , aku ni cepat lupa , banyak makan gajah katakan , and suddenly , aishahtun came to us , she said only wants to take a tutorial from azri , but unlucky , azri already gone to student hall , so , she lepaking with us . ija , suhana dan diba back home after burger diorang siap , and aku pon sebenarnya nak balik rumah , but i cannot leave aishahtun alone , so not gentlemen . she waiting the paper all the night , im not suspek apa-apa kat dia pon , so borak lah panjang panjang dengan dia until tibanya pukul 12.00 malam . kau nak tau apa jadi , aishahtun sapu muka aku dengan sos . SOS , repeat again SOS , kau tau rasa apabila muka kau kena sapu dengan SOS cili ? pedih kan ? , tapi itu tak cukup pedih bagi aku , sebenarnya lagi pedih kena rambut ! . nanti rambut aku rosak lah aishahtun . aku sepak kau kang jauh-jauh baru tau ,
tak cukup dengan tu , besok harinya , masa aku balik dari kelas dengan budak-budak ni , aku jalan jek seperti biasa ala -ala prince gitu . yelah birthday boy katakan !. tengah aku duk gurau-gurau dengan didi , azri datang dari belakang simbah aku dengan air SIRAP , repeat again SIRAP . memang nak kena bebudak macam ni , abes baju aku basah dengan sirap , melekit k , aku fikirkan satu bungkus plastik , datang ida dari belakang dia siram lagi dgn sirap masa aku lintas jalan . cuba kau bayangkan masa dia siram tu , ada lori taik nak melintas ? tak ke naya tu , kau tak masa aku jalan sikit nak sampai ke hostel , ada pak cik tu siap perli aku , basah kena hujan ka ? perghhh malu beb , rasa diri ni nak guling-guling jek kat atas pak cik tu . biar dia kena lenyek secukup cukupnya .
papepon terima kasih sesape yang sudi mengeWISH , birthday aku ritu , k laporan tuk koko dah menunggu , * tembak diri
bila sebut pasal raya jek , pasti semua setuju dengan aku zaman raya kekanak lah paling best. even sekarang ni kau berusia 50 tahun pon , kau still akan cakap raya waktu jadi bebudak hingusan la paling best . pengalaman waktulah berharga , waktu kekecik dulu , mana ada kisah dengan masalah , time raya , nak pakai baju apa , bukannya orang lain kisah , kau nak pakai baju terbalik ke , pakai seluar dalam kat luar ke , orang mana kisah , lagipon masatu pon , kau takde nya nak bebajet bagai sambil ikat perut semata-mata nak bagi duit raya kat orang lain . and masa raya ni la , waktu kekecik , kita menjadi aktif dalam mengumpul duit sebanyak duit , bohonglah siapa yang tak pernah merasai zaman bertandang dari satu rumah ke rumah semata-mata nak dapat duit raya walaupon kau tak kenal makcik-makcik dan pakcik-pakcik tu , yang penting dapat duit raya ?
imbas kembali masa aku kekecik .
maseh teringat dulu zaman kekecik aku yang paling berharga , bila time raya je , dah set kan otak nak raya kat umah siapa dan siapa , aku dan adik aku , Fuad memang siap buat list nak datang rumah siapa sebelum raya . siap berbajet ,. rumah mana yang akan bagi duit raya lebih , kekadang kalau kau pergi rumah besar pon , duit raya yang tuan empunya rumah tu bagi bukan nya banyak , cuma 50 sen , tu pon aku and the gang tak reti bersyukur , mesti kitorang akan merungut bagai , silap-silap aku maki bagai kat tuan empunya rumah tu , kedekut k kedekut .
menjadi tradisi aku dan keluarga pada hari pertama akan beraya di kampung belah Mommy Kamariah . pagi tu lepas bersalam-salam semua , kitorang akan raya rumah semua tok-tok belah Mommy , maaf aku tak mampu nak sebut satu-satu , bukan tak ingat sedara , tapi sedara yang tak ingat aku . k memang gampang .
bila dah dapat duit raya semua dari rumah sedara and dalam tangan pon dah cecah hampir rm 100 , masatu punyalah bangga , jalan goyang bontot , dalam fikiran cuma fikir akulah orang yang paling kaya didunia and boleh buat modal berlagak dengan kengkawan masa sekolah nanti . bila dah besar , terpikir balik , terasa tak guana je buat semua tu dolu-dolu , dush .
bila dah balik berek polis , kengkawan aku kat situ pulak ajak ikut raya kat rumah-rumah sape-sape entah , ada yang aku kenal , ada yang tak , yang tak boleh diterima sampai sekarang ni , setiap kali aku datang rumah sape-sape ni , mesti diorang kenal Daddy Johar . dah macam artis jek bapak gua ni . macam mana diorang ni boleh kenal bapak gua pon taktau , mentang-mentanglah bapak gua keje kat balai polis kat situ . ha , masatu , kitorang rancang nak raya satu rengit bagai , siap pasang niat nak kalahkan budak kuala yang berasal dari kuala tu . aku dengan adik aku dulu selalu menganjing budak kuala , aku tak tau kenapa ,. ni kalau ada budak kuala baca blog aku ni , kopem aku kena lastik bebanyak ni .
biasa lah , masa kekecik kalau raya , mesti ramai-ramai , naik basikal buat konvoi dari satu rumah ke satu rumah , bila dah sampai kat rumah nak dituju , memasing tolak sama sendiri suruh bagi salam , tau tau la masatu kemaluan semua mula nak membesar , so kena lah memain tolak bagai , yang ni tolak aku , aku tolak yang tu , tu tolak balik ni , last-last , orang dalam rumah yang jemput kitorang masuk , kan macam gampang tu , kalau bagi salam terus kan bagus , taklah basah ketiak nak menunggu tuan punya rumah nak jemput bagai . bila dah ada kat dalam rumah , muka masing-masing macam nak minta penampar . tuan punya rumah punya lah bagi banyak soalan sampai aku dan kengkawan pon malas nak jawab . bila cukup masa 15 minit , masing-masing dah buat muka nak balik , ni muka kalau gua baling taik kerbau baru tau . dapat jek duit raya terus bla pergi ke rumah lain ,
kekadang nakalnya gua and the gang , kitorang masuk ke rumah yang sama dua kali , melampau k melampau . biasanya kitorang akan stop raya time waktu lunch . lepas tu , kitorang akan kira balik berapa duit raya yang kitorang dapat . lepas kira , kitorang gerak ke satu restoran yang agak popular jugaklah kat rengit tu . rsetoran papa dan mama kalau tak silap la , kat situ kebanyakakan menu nya berasaskan ayam , harga pon boleh tahan , orang-orang kaya jek selalu makan kat situ , tapi dengan kenakalan kitorang ni , kitorang sanggup menggunakan duit raya tu disebabkan nak makan kat situ . bukan sekali kitorang buat macam tu , hampir setiap hari k kitowg buat macam tu , sampai akak cashier tu pon dah kenal kitorang , bila balik Mommy tanya dapat berapa . kitowg cakap dapat sikit je padahal duit tu melabur nak beli makanan yang akhirnya jadik taik jugak .
Hello elibadi , rasanya belum terlambat lagi gua nak wish
selamat hari raya kat lu semua especially peminat gua dan peminat Justin bieber
. mula-mula jek gua dah buat lu rasa nak muntah hijau bagai kan . dalam
kesibukan masa bulan puasa ritu , gua tak berkesempatan untuk menulis dalam
blog yang semakin bersarang ni . dengan assignment lagi , dengan kawan gua kasi
tengok video yang buat gua muntah tiga hari tiga malam. Tu kuang hajor tu wey ,
tapi setelah hari raya yang keberapa nip on gua taktau , baru gua ada masa free
.
For this year , parents aku decide nak raya kat Shah Alam ,
Canada dulu sebelum balik raya ke Batu Pahat , Perancis . actually , bila
dikenangkan semula , sepanjang aku 19 tahun hidup kat dunia ni , hari raya tahun ke 19 , baru parents aku ubah
tradisi . ni semua sebab akak aku yang terpaksa kerje pada hari raya . biasalah
nurse kan . ha lupa nak bagitau , 28 ogos ni hari jadi aku . saja bagitau
awal-awal , kalau boleh aku nak adiah yang besar besar dari kau sebenar nya . hew
hew hew hew .
Bila dah lama tak balik ke rumah sedara ayah ni , maka makin
ramai lah aku tak kenal , aku bukannya lupa sedara , tapi sedara yang lupa aku
. aku ni Cuma mampu ingat diorang arini , lusa terus lupa . sesungguhnya baka
sebelah ayah ni memang mantap , ramai k , tak mampu aku nak ingat semua , bila
ayah aku cakap , “ha , ni sepupu ayah” ,
“ ni anak saudara ayah” . “ ni wan uteh” , dan , “ni bla bla bla” . kalau
boleh, ayah aku nak tunjuk semua saudara mara , sepupu sepapat , dua pupu ,
tiga pupu , kupu-kupu , atuk , wan , dan bla-bla lagi . bukan senang k nak
ingat semuanya sekali pada satu-satu masa . kalau boleh aku nak photostate muka
sorang-sorang and tampal dalam satu buah buku yang bertajuk “salasilah keluarga”
. emak pesan , jangan sesekali lupa sedara , kelak kang kalau susah-susah nanti
boleh minta tolong diorang .
Apa yang aku kerap kali dengar kalau balik kampong ayah kat
nogori Sembilan ni ialah :
Wah , makin besar anak-anak kau yek? * ada kah orang makin mengecik
Dah boleh menantu dah kau ni , * kalau boleh arini jugak aku
nak kahwen
Umur bape ni , dolu-dolu
cik tengok engkau kocik je dulu *dah kopem lah kecik lagi , baru nak
hidup kan.
Belajar kat mana? Tingkatan berapa? * soalan common kan?
Tapi kalau taun ni , soalan semakin bertambah , contohnya:
Oh kat unisza , unisza kat mana? *kat London makcik.
Dah pergi rumah mentua? * k aku nak tersembur dengar soalan
ni . kelakar k
Dah habes belajar ? * saja buat lawakkan?
Dah ada makwek? Boleh menantu la mak kau ni . * dah ada bini
pong , saja malas nak tunjuk .
Kalau nak noted memang
banyak , tapi sesungguh nya aku nak cakap , Malaysia makin hari makin
panas , tolonglah jaga alam sekitar , jangan meninggikan suhu bumi ni lagi ,
kau tau tak, berlecak k ketiak aku . kekadang dari satu rumah ke satu rumah ,
aku rasa berapa banyak kalori lemak aku dah terbakar. Berpeluh-peluh . dah alah aku paling benci
kalau berpeluh .