tatkala malam menjelma , dengan suasana sunyi ditambah pulak angin yang sempoi-sempoi bahasa menyebabkan bulu roma aku boleh naik tiba tiba , rambut aku pon boleh kejang malam ni . diteruskan lagi dengan aku duduk bilik sesorang , maka muncul rasa bosan . bila dah bosan mula aku buat bende pelik-pelik , entah hormone mana entah yang menyebabkan aku nak search gambar hantu , kekadang ada juga aku nak jadi hantu , senang aku nak rasuk orang yang aku suka . macam justin bieber ,, haha . tapi cuma nak cakap aku lagi comel dari mereka k. kau kalau berani jom tengok ,!
Thursday, 27 June 2013
kalau berani jom !
hye hye hye hye hye
tatkala malam menjelma , dengan suasana sunyi ditambah pulak angin yang sempoi-sempoi bahasa menyebabkan bulu roma aku boleh naik tiba tiba , rambut aku pon boleh kejang malam ni . diteruskan lagi dengan aku duduk bilik sesorang , maka muncul rasa bosan . bila dah bosan mula aku buat bende pelik-pelik , entah hormone mana entah yang menyebabkan aku nak search gambar hantu , kekadang ada juga aku nak jadi hantu , senang aku nak rasuk orang yang aku suka . macam justin bieber ,, haha . tapi cuma nak cakap aku lagi comel dari mereka k. kau kalau berani jom tengok ,!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
--
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
--
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
--
no bad lah hantu ni . hantu apa ni eak?
ini kalau aku jumpa dia , kopem aku boleh kurus tiba tiba? HAHA
amacam kalau malam nanti kau nak ke toilet and terjumpa dia . haha
see , hantu pon paka baju labuh k.
kalau dia tidur dengan kau malam nanti acane beb?
comey ni . nak jadik adik angkat?
hantu sape terlepas ni . hehe
bukan setakat aku je terkejut kalau jumpa dia , beruk pon boleh terkejut k .
and hantu paling cantek ialah ...
KAK LIMAH,,
ni kau baca sesorang ni tak takut ke ? tak tengok kat kaki kau ada siapa . haha . sila mimpikan mereka ok !
bye bye bye bye
Tuesday, 25 June 2013
masa mendewasakan aku
hye hye hye hye hye
mata aku tiba-tiba berair bila melihat wajah Mommy Kamariah and Daddy Johar , maybe aku rasa agak sedih malam ni sebab tahun ni tahun kedua aku menjalani bulan ramadan seorang diri tanpa mereka . mungkin ni ayat manja , tapi ini lah aku . aku yang tak pernah mau berpisah dengan mereka . if dulu Daddy Johar pernah menyuruh aku stay asrama masa di High School Batu Pahat , aku masih mampu menolak lagi even masa tu sekolah itu terbaik bagi aku , tapi takkan dah masuk universiti ni aku masih kena ngelak lagi nak masuk asrama , lain lah rumah aku ni sebelah universiti aku ni . k memang ianya satu harapan palsu .
dulu pernah aku mencorak karangan impian aku dalam buku karangan aku masa form 3 dulu-dulu , masa tu impian aku nak jadi cikgu . cikgu sejarah katanya , dengan result sentiasa agak cemerlang , aku meneruskan cita-cita tu sampai akhir tahun form 3 . tu pon sebab masa aku form 4 aku ditawarkan masuk jurusan sains tulen , padahal masa tu aku berminat dengan jurusan sains kejuruteraan even tangan aku ni langsung tak reti lukis , kalau kau suruh aku lukis pon , aku hanya mampu lukis orang lidi je , bila cakap dengan parents nak ambik jurusan sains kejuruteraan , mereka cakap teruskan dulu manatau nanti minat kan ? then aku teruskan ambik jurusan sains tulen yang sememangnya mencabar tahap gaban , awal peperiksaan , memang hancus result aku , and aku masih ingat lagi markah add math aku masa tu hanya 16% . itu pon antara yang tertinggi k .
bila aku dah ambik sains tulen , maka bertukar lah cita-cita aku , tapi kali ni aku berminat dengan Bahasa Melayu , even bila kau baca blog aku ni bahasa nya tunggang langgang , tapi bila kau baca karangan spm , aku confirm yang kau boleh menangis terguling-guling sebab tak percaya karangan tu aku yang tulis , karangan jelah , tapi kalau pemahaman , memang teruk gila , im not used speak malay actually , k memang mintak penampar . tak cukup dengan tu , cita-cita aku sekali lagi berubah , tiba-tiba je aku rasa nak jadi lawyer even orang lain tengok aku boleh loya . tu pon sebab masa tu aku telah melibatkan diri dengan debat , masa dalam persidangan , cewaah ayat , aku rasa aku pon boleh jadi lawyer ni , tambahan pulak dengan markah sejarah aku masa tu sentiasa A+ katanya , sampai habes spm cita-cita aku masatu tak berubah .
tapi tu ceter dulu , ceter zaman purba aku , tapi bila aku dapat tawaran masuk ke Universiti and course nya ialah nursing , aku tergamam sekejap dan akhirnya aku terima , aku akur dengan keputusan mereka , aku cuba yang terbaik even aku tak minat . tapi sementelah aku memlalui dua sem sebagai student nursing , and boleh la terima sikit sikit . dan masa pon telah mendewasakan aku untuk terima course ini dengan seadanya . and bagi aku even kau tak minat pon , tapi kalau kau belajar insya Allah boleh punya . tu je aku nak ceter , mesti kau rasa nak lempang aku lelaju kan?
bye bye bye bye
# result rasmi keluar , aku nak mintak akak aku hadiah !..
Sunday, 16 June 2013
Selamat Hari Bapa
hye hye hye hye hye
Harini macam free sikit , tapi malam nanti aku ada meeting
dengan mak cik kat kafe , ada hal , tapi sebelum aku pergi bermeeting dengan
mak cik tu , aku cuba jugaklah bukak blog aku ni . aku nak kena capai target
aku dalam blog ni . aku ni seorang yang bermatlamat . ecewah puji diri sendiri
kau . HAHA . actually aku baru perasan harini hari bapa . tu pon sebab akak aku
yang sengal tu tulis status dia kat fb dia . kalau dia tak tulis memang aku tak
tau pon pasal hari bapa ni . aku bukan tak nak ingat pon tapi bagi aku
hari-hari merupakan hari bapa . mithali kan aku ? kali ni aku akan tulis pasal hari bapa dengan harapan nanti anak-anak aku pon akan update blog diorang jugak and cerita pasal papa diorang yang sememang nya comel kelak . k memang panampau .

Dear ayah ,
Sebelum ayah baca surat ni , rafi nak mintak ayah ambik tisu
dulu sebelum membaca surat ni , *tu pon kalau ayah baca lah . maybe ayah akan
rasa sedih sikit bila baca surat ni , sebab masa rafi tulis ayat ni pon air
mata rafi dah jatuh keguguran bak mutiara . kalau lah mutiara ni boleh jual ,
takdelah lah ayah susah susah tanggung pelajaran rafi di university . mungkin ayah akan rasa kembang kot sebab cerita ayah terpilih dalm entry rafi kali ni . k memang derhaka kau , dan ayah kalau nak baca , ajaklah mak sekali , biar sejuk jek perut mak baca entry kali , macam letak ais empat guni dalam perut mak tu . mesti mak bangga kan dapat anak yang semestinya bijak dalam penulisan even bahasa kadang-kadang terabur semacam jek . kadang-kadang ada rasa juga nak bermanja
dengan ayah , tapi misai ayah tu menyebabkan rafi takut , maybe along , fuad
dan najwa pon takut . kami tau ayah penat bekerja di pejabat , and then bila
ayah balik , kami bantai gaduh , kami baling cerek antara satu sama lain , kami
lempar mangkuk ayun , kami pecahkan cermin rumah dan sebagainya . bagi kami tu
cara kami bergurau , tapi malangnya kami dah menganggu ayah untuk berehat di
rumah . kami minta maaf ayah .
Dulu pernah juga rasa kesal kenapa ayah hantar rafi
jauh-jauh ke Terengganu untuk belajar . padahal peluang yang lebih ada di depan mata , and dekat jek dengan rumah . masatu ada juga rasa nak lari dan
panjat bangunan KLCC dan terus terjun .
masatu masih kecil lagi . otak pon maseh tak berkembang dengan dunia luar ,
asyik nak bermanja dengan bawah ketiak mak je masa tu . tapi mungkin ada hikmah
nya jugak ayah hantar rafi ke sini , kalau dulu , masa kat rumah , mak sedia
kan semua bende , makan , pakaian dan sebagainya , tapi kini , rafi dah kena
buat sendiri , kalau nak makan kena tatih sendiri beli kat kafe , kalau malas
nak turun kafe , kena masak maggi , kalau malas jugak , memang tak makan
langsung lah jawabnya . basuh baju pon gituu jugak . kena basuh sendiri , kalau
sikit kena basuh pakai tangan . dah lah tangan rafi tak boleh kena sikit sabun
, kalau kena habes pedih . kulit halus macam baby kan . so terpaksalah
menggunakan duit ayah untuk basuh baju di mesin basuh yang berbayar tu .
Ayah masih ingat tak ? dulu ayah pernah cakap macam ni . “kau
ni asyik call mak je , dengan ayah kau tak nak cakap pon “ let me explain ayah
. bukannya rafi tak nak call ayah , tapi rafi tak aktifkan nombor ayah pon , so
kalau call mahal , kalau nombor mak memang rafi aktifkan dari dulu . so , bila
call tak lah mahal sangat . boleh jimat . Nampak tak kat situ ? bila ayah
hantar belajar rafi jauh jauh ni , rafi dah mula control belanja , kalau dulu
kalau Nampak apa jek , mesti minta mak belikan ni belikan tu . padahal bende tu cuma seluar dalam ada gambar ultraman dan akhirnya bende duduk kat tempat pembuangan sampah takpon along buat batu seremban . rafi dah pandai jimat dah
sekarang . kalau along masih belum tau ayah , masih boros . campak jek along
kat sungai . biar dia kena baham dengan buaya . sehinggalah suatu hari tu ,
ayah ada call pada malam tu . rafi agak terkejut jugak , bila rafi tanya kenapa
call , ayah Cuma cakap rindu nak dengar suara anak ayah yang comel ni . hampir
nak gugur jantung ni ayah cakap macam tu . malam tu , rafi terus tanya along ,
rupanya ayah pon ada call along jugak malam tu . terus mengalir air mata ni ,
sebutir demi sebutir air mata ni jatuh bagai berlian yang jatuh dari langit .
mesti ayah rindu kami kan ? along di KL dan rafi di Terengganu . siapa yang tak
rindu kan kat anak-anak yang dah mula berjauhan ? maybe ayah rindu nak dengar
kami bertengkar pasal tv , basuh kain , sapu rumah , masak dan sebagainya . takpon ayah nak dengar bunyi kentut dan sendawa kami . if
ayah tau kami pon sentiasa merindui ayah . bila berjauhan , kami baru tau
betapa rindu nya kami pada ayah . rindu nak dengar omelan ayah , ceramah ayah
dan bebelan ayah .
Kami tau pergorbanan ayah terlalu besar , ayah dah menjadi
bank gerak kami , kalau tulis dalam blog ni pon tak cukup ruang rasanya . kang ayah lebih popular daripada rafi pon susah jugaknya . k memang derhaka .daripada along belajar sehinggalah rafi sambung belajar dalam
bidang yang sama , ayah terpaksa tanggung kami . kami tau ayah penat kerja dari
pagi sampai petang , kangg malam keluar ronda pulak . tapi itulah ayah , ayah
yang sentiasa tidak pernah penat untuk bekerja even di cemuh sekalipon .
walaupon kami tidak mewarisi pekerjaan ayah pon , tapi kami berjanji untuk
menjadi anak-anak yang bakal menjaga ayah dan mak bila tua kelak . tapi ayah
nanti tinggal kat rumah along dulu , maybe masa tu along dah kahwen dengan duda
kaya mana entah and mampu bawa ayah ke makkah . tapi jangan risau bila ayah dan
mak puas duduk dengan along , ayah dan mak boleh stay dekat rumah rafi . masatu
pon boleh la ayah dan emak tengok-tengok cucu-cucu ayah dan emak yang semamangnya
comel seperti papa mereka ni .
Dear ayah ,
Terima kasih kerana berkahwin dengan mak , kalau ayah dan
mak tak kahwen tak mungkin kami dapat rasa jejak kat bumi ni . kiranya kami
antara sperma ayah yang Berjaya berenang di tiun fallopian sehingga berjumpa dengan
ovum . kehebatan kami yang Berjaya mencari ovum menwarisi kehebatan ayah dalam
menjalankan tugas . bukan mudah ayah nak jaga kami yang nakal dan manja ni .
bila rafi dah besar dan bakal jadi papa ni *tiba-tiba , baru rafi tau susahnya
jadi bapa . terima kasih menjaga mak , terima kasih jaga kami . and lastly kami mengucapkan : ..
SELAMAT HARI BAPA !
Dari
Nabila Syazwanee Binti Johari
Mohd Rafiuddin Bin Johari
Mohamad Fuad Bin Johari
Norish @ Najwa Syazwanee Binti Johari
bye bye bye bye
#rindu itu boleh datang tiba-tiba sebenarnya . hanya kau saja boleh apa itu rindu.
Wednesday, 12 June 2013
petua menguatkan daya ingatan
hye hye hye hye hye
Suasana memang sepi malam ni . di tambah-tambah lagi dengan
bunyi nyamuk yang saja nak minta dipenyek oleh aku . angin pulak seolah-olah
membelai lembut tubuh aku lalu menyebabkan aku berasa ghairah untuk menulis
malam ni . tapi lupa kan sekejap mengenai suasana malam ni yang sememangnya
sesuai untuk malam pertama . malam ni aku nak berkongsi sedikit petua
menguatkan daya ingatan , mungkin kau akan rasa nak tumbuk je dengan petua yang
aku nak bagi ni . tapi ni hakikatnya macam mana kau nak tajamkan otak kau
setajam pisau mak kau kat dapur . kalau tak setajam pisau mak kau , mungkin
pisau mak kau tu tumpul kot . kot la kan .
Untuk petua pertama , kau perlu lantik personal assistance
a.k.a pambantu peribadi untuk mengingat kesemua mengenai diri korang
termasuklah masa korang nak berak , kencing berdiri , mandi dan makan . apa ?
takde duit? Ha kau boleh bayar guna pembantu peribadi dengan duit jutaria jek .
kalau dia tak mau terima , kau terpaksalah mintak bapak korang untuk bayar gaji
dial ah . ha lagi satu , nak cari pembantu peribadi , kau kenalah cari yang
pandai dan bukankannya seorang kaki pelupa macam korang . besides that , if kau
ada personal assistance , masa exam kau
boleh mintak dia jawabkan paper kau . yelah kau kan dah bayar , kalau dia tak
nak buat , kau jadikan dia terus hamba kau . takpon terus jek bunuh dia . ok?
Next , petua yang aku rasa paling bagus ialah kau perlu main
game yang mampu menajamkan daya ingatan kau macam menghafal nama-nama jalan kat
Zimbabwe ataupon nama-nama ikan kat kutub utara . tak pon kau main dota sampai
lembam . tapi aku rasa kau pon boleh main soduku . ala yang banyak
nombor-nombor tu yang sometimes aku rasa nak bakar je buku soduku kat dunia ni
. bila kau dah main soduku , sometimes kau boleh tilik nombor ekor yang akan
menang untuk minggu depan . kalau boleh la . tapi aku tak pernah pon nak tilik
bagai .
Seterusnya , petua yang aku rasa paling perlu kau buat ialah
amalkan tidur yang mencukupi . bagi kaki online macam aku , aku rasa kau tido 5
jam pon dah cukup sebenarnya untuk malam la . tapi kalau petang lepas kelas ,
kau kenalah bantai tido berjam-jam . pastu tak payah senam . pergh memang buruk
seyh tabiat aku ni . siapa selalu buat gesel bontot sikit !. aumm. Bila kau dapat tido mencukupi , otak kau
dapat menjalankan tugas yang baik tetapi kalau kau tido terus dan tak
bangun-bangun pon ok jugak sebenarnya , tak payah susah susah kau nak ingat
apa-apa . lepas tu senang mak abah kau nak tanam kau.
Yang keempat ni kau
perlu peka . kau kena peka dengan makanan . penting ni . kau kena teliti dulu
dengan makanan yang kau amik , jangan asyik tibai and duk makan sebarang jek .
entah dalam makanan tu lalat berak ke , tak ke naya kau makan tahi lalat ? .
lain lah kalau lembu berak kat makanan kau , dah tentu tentulah kau Nampak kan?
Tapi kalau kau makan makanan yang ada tahi lembut pon ok jugak . ada rasa
kelainan sikit . sikit la and tak effect sangat pon . paling kurang pon kau
kena hantar ke pusat orang gila . tapi , kau kena jaga-jaga dengan makanan yang
ada semut . orang tua-tua kata kalau makan semut cepat lupa . tapi entah bila
orang tua-tua cakap pon aku tak tau . untuk mengelakkan kau makan makanan yang
ada semut dan tahi semut serta telur semut , aku ada caranya . ha kau kena lah
menjauhi diri terus dari semut . kau kena anggap semut tu seperti hulk . Nampak
semut je kau kena lari . paham?
yang kelima , kalau kau dah buat semua petua yang macam vanggang ni and
masih tak tajam jugak , aku rasa kau kena keluar kan otak kau dan letak kat
papan pemotong . pastu ambik tempat asah pisau dan asah otak kau sampai kau
rasa puas gila-gila . kalau tak tajam jugak , aku rasa kau kena bunuh diri jek
. tapi sebelum kau bunuh diri , aku mintak kau buat wasiat untuk aku , bagi
semua harta kau tak termasuk boxer busuk kau . HAHA .
bye bye bye bye
# petah nya bicara seseorang tidak menunjukkan pon IQ yang tinggi . acane tu ?
Sunday, 9 June 2013
ANAK AYAH VS ANAK EMAK
hye hye hye hye hye
Malam yang hening ni menambahkan lagi kesunyian di bilik aku
ni , kadang-kadang aku dengar jugak bunyi sana sini tapi aku diam kan je . aku
malas nak layankan sebenarnya . tapi dalam fikiran aku mungkin bunyi kentut
dari Pontianak di hutan belakang bilik aku ni . aku sebenarnya debar dan saling
tertunggu result semester yang bakal keluar keluar tak lama lagi . so , I decide
nak membusy kan diri dengan membuat bende-bende pelik . tapi tak lah pelik sangat
, ala setakat sangkut leher kat kipas then pusingkan sampai tahap 5 . aku da
biasa buat bende tu . aku pandang kanan , aku Nampak pocong korek hidung , aku
pandang kiri , aku Nampak toyol hijau perut buncit tengah korek bontot . k
memang selekeh .
Tapi sebenarnya bukan itu nak aku cerita . daripada tajuk
pon kau dah tau kan ? . ha , aku kalau serabut dan menyerabut , aku akan kacau
someone yang most important in my life , but not my mommy or daddy . they also
important in my life . lagi-lagi my dad , he is my bank bergerak . my mom and
dad maybe on the way back to johor from kedah this tonight . actually not fair
k , aku rasa bila my sibling dapat travel in kedah with my uncle , aunty and
cousin . this is not fair . if lah aku dapat cuti lama-lama , kopem dah aku
dapat goyang bontot kat sana . by the way , I introduced she as the Cik I
. orang-orang yang rapat dengan aku
maybe kenal dia kot . again kot . dia ni always gives me semangat if aku jatuh
or kecewa . but , she dia hanya aku anggap as the friend . my best friends
actually . but I don’t know maybe one day from the tittle bestfriends change to ehem-ehem . ea apasai pa ayat aku ni
macam rojak ni ??
Aku pon capai lah hepon aku yang buruk . tapi sebelum tu ,
aku mula-mula nak campak je hepon ni dari tingkat 4 dari bilik aku , yela
selalu hang , but im still love it even sometimes hepon ni macam nak mintak
kaki aku untuk disepak , di teranjang dan sebagainya . gilak kau kalau aku buat
macam tu , dah lah dalam tu aku keep all mesej yang penting dari Cik I . kau
kalau baca conversation kami pon , kau akan rasa boleh buat novel yang panjang-panjang
dan boleh cecah 1001 muka surat . dasyat tak ? malam ni aku hantar mesej kat
dia dulu :
Hye
Hye
Hye again
Nak apa ha?
Hye
Nak apa? Nak apa? Nak apa?
Hye hye hye hye hye
Tak betui pa?
Ha kan , kau kalau dapat mesej aku macam tu pon , mesti kau
akan rasa nak bunuh aku dengan pisau dapur mak kau kan . tak pon kau akan
tembak kat perut aku . tak pon kau heret aku ke mahkamah dan membuat rayuan
untuk mengantungkan aku kan ? HAHA . aku sebenarnya suka benau kacau dia . for
me , she is different from other girls . kau kalau kenal dia mesti kau akan
tertarik dengan dia . but I only izinkan wanita saja , male is not allowed !.
ececece .. HAHA . mesti masa dia tengah marah muka dia comel . tapi aku rasa
aku lagi comel .. aumm . over kau rafiu !. ok , but bukan tu nak aku ceterkan ,
ada ceter lain . after mesej terakhir kau baca kat atas tu , aku hantar mesej
lagi . but mesej seterusnya aku tak boleh cerita , maybe ianya agak sensitivity
, but kau jangan fikir aku mesej bukan-bukan kat dia , kami masih pegang pada
batas-batas . ha see ? baik tak aku ? baik kan ? punya-punya lah mesej , and then she told me
that , dia orang kanan ayah dia . k memang tak lawak , aku ni orang kanan mak .
pastu :
Ok , tadi cakap anda orang kanan ayahkan ? tak kesah kawan
dengan orang kanan mak ? * ha kau tiba-tiba aku tanya gituuu
Biasanya orang kanan ayah ngn orang kanan mak pale lain-lain
. kang sorang cite dapur , sorang cite bengkel ,
Bagus tu !. sorang buat kek sorang cat rumah.
Pastikan chees kek . sedapnya :P
Ek eleh , ha pastikan cat rumah hitam dan kelabu.
Rumah , warna macam kedai oreo .
Ok , sampai hati dia cakap nak cat rumah macam kedai oreo .
itu baru cat , kang tak pasai-pasai rumah pon dia tukar bentu jadi kedai oreo .
k memang menjadi tempat bertandang budak-budak bawah umah lah
gamaknya . kalau
bertandang je takpe , kanga da juga yang makan rumah tu sebab diorang fikir
rumah tu oreo . memang naya lah aku nanti . haha . actually bila kau fikirkan
balik kan , zaman sekrang ni perempuan semakin hebat tau . lelaki apa kurang
nya kan . memang sejak dulu . tak herang lah aku kalau perempuan ni jadi anak
ayah . maybe sifat-sifat ganas , penyayang dan sebagainya , and tak mustahil
jugak kalau dia meneruskan legasi ayahnya untuk mengambil elektrik ke
elektronik ke tak pon betulkan kereta .
Kau jangan terkejut pulak , kalau perempuan boleh betulkan
kereta . lah ni , kalau kau perhatikan lelaki luar sana , berapa ramai yang tak
tau mengenai kereta , even nak tukar tayar pon tak tau . macam aku . aku ni
bukan tak nak ambik tau pasai kereta , but , aku tak boleh ingat part2 yang ada
kat kereta tu even aku pernah belajar kemahiran hidup masa form 3 . ni kalau
cikgu kemahiran hidup aku tu baca , kopem dia nanges guling-guling menyesal
ajar aku . haha . sometimes , perempuan ni lebih creative compare dengan laki .
kang kalau betul-betul dia cat rumah , pergghh memang naya aku , malu beb ! aku
nak buat bancuhan cat pon tak reti !.. kahkahkah
Pasai laki jadi anak mak ? ade apahal , aku rasa ok pa
. ok rasa jadi anak mak ni lagi best ,
dapat luangkan masa dengan mak dengan lebih banyak , and most important things
, kita dapat belajar masak dengan mak kita sendiri . masakan warisan namanya tu
, contoh , if mak kau pergi menghadap
Illahi , and kau rindu dengan mak kau tiba-tiba , kau boleh masak masakan
kegemaran dia , at least dapat mengubat sedikit rindu . tapi la ni , aku tengok
, memang ramai laki jadi anak mak , contoh paling dekat , aku , ha ? malu .?
sorry aku sikit pon tak malu jadi anak mak beb . lagipon , bila rapat dengan
mak ni , kau boleh ikut dia shopping , and bende paling best time paw minta tu
minta ini . k memang nampak manja kat situ . and yang paling penting, after anak mak
ni kahwen , diorang kena pandai-pandai lah jaga hati mak dia dan bini dia .
maybe dilemma tu akan muncul . tapi kalau bijak , insya allah tak ..
hehe and one more things , aku juzt nak tanya je , siapa ada kat sebelah kau sambil belai rambut kau tu ?
malam ni mimpikan dia k ? cun , sayang dia ketat-ketat ..
#agak-agak kalau jumpa pontianak apa nak buat ? kalau aku , tampar je.
bye bye bye bye
Friday, 7 June 2013
kau tak reti bahasa ka pa . cari orang lain !
hye hye hye hye hye
hai !.. wink wink . actually aku nak cerita kat kau tentang kejadian yang menimpa aku dua minggu lalu . ianya sangat geram . bagi aku agak geram la , tapi takdelah sampai rasa nak mati bagai , ianya tak melibatkan parang . pistol , pisau , dan seangkatan nya . masa aku tengah tulis ni pon aku ada rasa sisa-sisa geram aku terhadap kejadian terbabit . aku rasa kalau kejadian ni terjadi kat mak cik jual karipap pon , dia pon boleh mati tetiba . pontinak pon boleh terkejut bila menghadapi situasi ini . saspen tak ? saspen tak ?
ha , kau kan tau , 2 minggu lepas aku cuti sem . kalau cuti sem , ini bermakna aku kena naik bas untuk pulang ke rumah . untuk naik bas , ini bermakna aku kena pergi ke station bas , untuk pergi ke station bas ini bermakna aku kena naik kereta sewa . k , memang cam harem je bahasa aku . tapi lagi macam tahi je aku rasa , bila pak cik kereta tu caj mahal-mahal kat aku , rm 25 k . menyesal aku naik kereta pak cik tu , lain kali aku sewa basikal je nak pergi bus stand even station bas tu 100 km dari universiti aku . k , memang macam tahi . aku baru nak meloncat-loncat kat station bas tu masa sampai , then tiba-tiba pak cik tu minta rm 25 , k memang kurang ajar , lepas je aku bayar kat dia , dia pon bawa keluar bagasi aku dari bonet . maka , tinggal la aku keseorang kat bus stand tu macam pelarian . lepas tu je , aku terus ambik hepon , delete terus nama and nombor dia , baru puas hati aku . k memang rasa kejam .
tapi sebenarnya bukan tu aku nak cerita kat kau , yang kau baca tu , cerita kejam , ha , sekarang ni cerita agak mengeramkan . dah ready ? jom baca , kalau kau menguap aku sumbat mulut kau dengan selipar aku saiz 10 .
bas aku malam tu pukul 9.30 p.m , and then kawan aku , syikin , bas dia 8.30 p.m . tepat jam 8.30 , bas dia pon mula bergerak , aku rasa agak kejam je bas tu yang memisahkan aku dengan syikin , aku bom kang bas tu baru tau . tak boleh ka dia tunggu bas aku dulu . memang tak lawak , imaginasi aku punya lah tinggi sehingga aku rasa nak baling tahi banyak-banyak kat bas syikin then , bas tu benti and pergi car wash dulu even bende tu bas ! aku rasa tak guna je masa tu bila aku melambai-lembai tangan ala-ala ratu kat bas , sepatutnya aku buat kat syikin tapi bas tu yang menghalang !.
lepas je aku melambai-lembai tangan ala-ala ratu kat bas , aku pon membawa diri ke tempat duduk sambil mengheret bagasi . masa tu aku dah rasa aura nak jadi pramugara gituu !. hambik kau , kuat gila aku berangan ! sampai je aku kat tempat duduk , aku pon keluarkan kit kat , and terus makan dan tengok-tengok keadaan sekeliling . tiba-tiba :
abang , boleh tolong saya tak ? saya nak pinjam rm 20 , saya nak balik johor .
aku toleh sebelah tengok ada lelaki duduk sebelah aku , gaya seperti sebaya macam aku . serta merta aku peluk beg yang ada bedak , cermin , contact lens , eyemo , fair and lovely . panadol , pen , kad matrik , kunci hostel , cermin mata , dan hepon . sementara ebelah tangan aku lagi , aku raba punggung aku . aku raba pon untuk memastikan wallet aku masih ada ke tak ..
apa , ? awak ni siapa ? mak saya takde lahirkan adik macam awak ? *yang ni aku baru tambah .
saya nak pinjam rm 20 , saya ada rm 30 je bang ..
sori , saya pon tengah pokai ni , cari orang lain .
boleh lah bang , saya nak pinjam je . saya sanggup buat apa saja untuk abang .
dalam hati * kang aku suruh kau menari bogel kat tengah jalan baru tau ,
kau tak reti bahasa ka pa . cari orang lain !
lepas je aku cakap , aku terus heret beg aku pergi ke tempat lain . orang macam tu bahaya , kang tak pasal-pasal dia rogol aku kang , habis aku ada anak dengan dia , tapi dia lah yang hamil .. hehe . pastu , aku tengok dia ke hulur ke hilir meminta duit kat orang lain . aku pon mula ada rasa simpati kat budak ni , aku pon keluar kan wallet , nak tengok jumlah duit aku , aku pon 2 3 kali nak kasi ke tak nak kasi ke tak . and then , aku pon toleh lah kedai kecil kat bus stand tu , aku nampak budak lelaki tu lagi , kau tau , aku punya nak hangin kat budak lelaki tu sebab dia pergi beli rokok kat situ , perghh menyesal sejuta kali aku simpati kat dia . rasa tak guna je diri aku ni sebab simpati kat dia . masa tu nak je aku angkat kerusi batu bermozek and hentak kuat kuat kat dia sambiil menjerit cakap dengan dia :
bodoh , rokok memberbahayakan kesihatan ! , tadi kau kata takde duit , lepas tu boleh pulak kau beli rokok . ! memang kau nak kena dengan aku ni ,
kan aku dah cakap , punyalah imaginasi tinggi aku membayang macam mana nak hentak dia sampaikan bas aku sampai pon aku tak perasan , fuhh . naseb baik aku tak tertinggal bas malam tu , kalau tak memang menangis tergolek golek aku kat station bas tu . tak pon aku simbah asid kat budak tu . memang kejam imaginasi aku . lepas je aku tengok budak lelaki tu macam nak makan dia , aku pon tergedek-gedek naik bas , dan akhirnya aku pon naik bas dengan perasaan geram kat budak lelaki tu . kata takde duit , tapi rokok boleh pulak dia beli .naseb baik aku pegang kata-kata Mommy Kamariah , jangan mudah percaya kat orang luar !

#jangan mudah percaya pada orang luar
bye bye bye bye
Thursday, 6 June 2013
TABIAT JEJAKA RAFIU
hye hye hye hye hye
hello elibadi , sihat tak ? aumm , HAHA , apa kes entah aku tanya khabar kau kan ?! padahal kau kalau tanya khabar aku memang aku akan cakap aku ni tengah demam , demam k , tak cukup demam aku selsema , selsema k . memang tak lawak , menyesal pon aku ada sebab terlepas cakap semasa entry lepas . apa ? kau tau entry lepas ? better kau pergi baca entry lepas aku sebelum aku bakar rambut kau sampai hangus . aku bagi kau masa lima minit . lima minit je ea . lebih aku lempang lelaju . cepat .
lima minit kemudian...
terima kasih kerana membaca entry lepas saya . wah skema gila ayat aku . HAHA . sepak kang .
amacam tajuk aku hari ini .. "TABIAT JEJAKA RAFIU" . gempak tak ? gempak tak ? cakap lah gempak ! kang aku suruh Kak Ton cium kau kang baru tau . memandangkan otak aku tak berapa betul semenjak beberapa hari ini ,aku nak cerita tabiat aku yang tak boleh aku tinggal kan sampai sekarang !.
kadang-kadang aku rasa tak guna je diri aku . mungkin tabiat aku salah satu nya ni kot . kau bayang kan aku kadang-kadang lepas beli makanan , terus je aku makan sambil berjalan . even masa tu aku beli nasi lemak , chicken chop , sosej , nugget , burger . even kau lalu sebelah aku , memang aku takkan tegur selepas dapat mengunyah makanan aku , semua aku balun semasa jalan . sehinggakan tak sempat sampai bilik , makanan kat tangan aku dah habes , kau nampak tak betapa gelojohnya dan rakus nya aku kalau bab makanan . tabiat memang dari sekolah lagi . mungkin kekangan masa semasa waktu sekolah dulu kot menyebabkan aku tak cukup masa makan . then , bila masuk Universiti , aku still carry on my old habit . macam vanggang je tabiat aku ni . sampai kan akak aku pon dulu pernah marah kat aku , siap pakej berleter dari pagi hingga malam , malam hingga besoknya , pastu lusa , dan tulat . *ni memang bohong .
ini cerita semalam , aku beli sosej , burger daging kat kafe sebelum aku berjalan pulang ke bilik . seperti biasa , aku teruskan tabiat aku ni , kau kalau nak ikut pon boleh , harap kau tak terkejut macam aku terkejut masa tulis entry ni . kau kena tabahkan hati . mungkin susah untuk kau terima ceita aku ni , suasana sekitar malam tu punya lah seram , angin nya sejuknya seperti menusuk tulang kalbu , suara mengilai dari pontianak dimana-mana saja , dan juga kanak-kanak kecil yang di gelar toyol pon berada di mana-mana , kalau kau pandang kanan atau pandang kiri , kau boleh nampak pokok-pokok seolah-olah ingin menghempap kau ! wah , seram tak ? seram kan ceter aku . sebenarnya tu saja aku nak cerita ,, sorry anda dah terkena ! daaaa~

motif aku masuk gambar ni ? fikirkan sendiri , dia antara insan teristimewa .
#thanks to the senior , awesome gilak event diorang buat !
bye bye bye bye
Saturday, 1 June 2013
heret beg balik ke Unisza
hye hye hye hye hye
BALIK KE TERENGGANU
BALIK KE UNISZA !
kukuh tak alasan aku tu ! entry aku kali ni gratis betul . kalau kau nak tau , masa aku buat entry kali ni , aku tergolek-golek menangis dengan Mommy Kamariah untuk beliau tidak menghantar aku ke terengganu semula . kalau boleh aku nak stay je kat rumah dan jadi anak bujang pingitan yang menunggu pinangan anak dara orang-orang kaya . ha , gituu kau ? kau ingat aku tak boleh jadi anak bujang pingitan ?! wey aku ni pakej lah . dah lah pandai masak , buat air , sopan santun , lemah lembut and pandai mengambil ambik mentua , ha dasyat tak ? dasyat tak ? but after this kalau ada yang mesej aku and nak melamar aku , aku akan terima seandai nya bapak kau tu ada banglo 10 tingkat , 100 bilik air , dan 1000 bilion dalam bank . lepas tu hantaran untuk aku pulak , aku nak 7 pasang seluar jeans Justin Bieber , 7 jenis boxer Justin Bieber , 7 jenis singlet Justin Bieber , 7 helai rambut Justin Bieber dan 7 pasang Kasut Justin Bieber . but untuk my old classmate aku , aku akan bagi discount .. HAHA
semakin jauh aku nerapu wey !. patotnya kau nanges baca entry kali ni ,but kau still gelak kan ?! aku lempang kau lelaju kang baru tau . bagi aku , sejak bergelak menjadi student nursing , cuti itu sangat berharga . kau tau gratis tau nak dapat cuti lama-lama , cerita aku ni kalau lawan dengan cerita setia hujung nyawa tu , aku rasa cerita aku lebih banyak episod air mata berbanding cerita itu . sadis kau tau . dah lah aku ni balik rumah punya lah payah . jauh . sampai 8 jam perjalanan . kekadang aku rasa macam belajar kat luar negara jek , padahal kat dalam malaysia je . k memang tak lawak
kau tau , kekadangg malam-malam aku akan selalu berharap ibu peri hadir dalam bilik aku kat unisza , ala macam cerita indon tu la . dengan ibu peri pakai baju pinky pinky gitu , aku nak dia tunai kan hajat aku yang ingin memindah kan unisza ke sebelah rumah aku . ha aci dop ? ke guana? kalau lah hajat aku tercapai , kopem bagi aku hari-hari adalah cuti bagi aku . memang goyang bontot la aku masa pensyarah ajar kat depan !
secara rasminya 2hb bersamaan 9 p.m , di bus stand batu pahat , aku akan naik bas , so kepada peminat fanatik aku kalau nak signature aku boleh la datang . ceh macam ada peminat je kau ye rafiu . !.. HAHA 10 hari aku dapat merehatkan minda , otak badan , mulutt tangan peha kaki kuku daripada nursing . bahagia gila biila cuti dan melupakan pasal nursing . haha jahat kau rafiu. 10 hari tu sekejap je wey , tolak kenduri Ucu aku , pergi shopping cari barang aku dah sehari , then cari baju seluar, seluar dalam semua pon dah sehari ,and then memenuhi undangan sebagai tetamu vvvvvvip pon dah sehari . pergh memang rasa sekejap je wey . memang tak cukup . even nak jumpa kekasih pon aku rasa memang tak sempat . ehehe .. dan malam ni , aku kena kemas barang .. huahuahuahuahuah . dan besok malam aku kena heret beg! aku tak mau lei . tolong la pahammmm
IBU PERI TOLONG LAH PINDAH KAN UNISZA KE SEBELAH RUMAH AKU.. HAHA
puan , boleh tambah cuti seminggu lagi tak?
#ibu peri hanya khayalan semata-mata
bye bye bye bye
Subscribe to:
Posts (Atom)

