Saturday, 6 April 2013
Keizinan
hye hye hye hye hye
" Nak buat macam mana nak. Bende nak jadi. Ummi pon trauma bila teringat kembali masa kejadian".. Ujar Ummi kepada aku.
"Ummi, sakit sakit. Abang tolong panggil doktor.. dah tak tahan ni" merengek adik tu.
Kesian pulak aku tengok adik tu. Dengan muka blurr nye aku mintak adik tu bertenang. Tapi dia masih jerit lagi. Kang aku kentut kat muka dia baru tahu dan jangan tanya kenapa kalau dia terus tidur lena. HAHA. Yelah, Aku tak pernah rasa macam mana nya patah kaki tu. Mungkin sakit sangat macam nak mati. Dan mungkin sikit je rasa sakitnya itu selepas di beri ubat. Hurmm entahlah. Tapi masa tu memang rasa kesian gila-gila kat dia. Korang dapat rasa tak seperti aku rasa?? Tolong lah rasa. Aku sedih ni.
"Macam mana boleh jadi macam ni, Ummi?" ujarku kepada seorang wanita yang kuat yang aku panggil Ummi.
Sebelum tu silalah ambik kotak tisu. kang nanges baca kena lap. nanti air mata jatuh kat keyboard terus keluar METRO tajuk utama "Gara-gara membaca Blog Rafiu Johar ramai laptop rosak" HAHA
" Macam ni. petang tu dalam pukul 6 lebih tu, Ummi dengan dia ni duduk berbual dengan dia kat luar. Dia lap motor dia. Mungkin itu dah tanda awal kot. Lepas tu maghrib pon masuk waktu. Dia solat awal dari Ummi." kata Ummi dengan semangat.
Adik tu pula dah start tidur lepas diberi ubat oleh doktor.
"oh yeke, teruskan Ummi. Saya sudi mendengar" kataku dalam nada ingin tahu. Padahal masa tu aku nak ngelat dari buat kerja,, HAHA. Yelah masa tu baru lepas buat dressing. Panas beb. Berlecak ketiak aku masa tu. Sebab tu aku pergi kat second class punya ward, Sejuk sikit ada air-cond
sory. ketiak aku tak la basah macam ni -_-
Ummi meneruskan ceritanya.."Lepas tu, dia ada cakap dengan Ummi dia lapar. Katanya nak beli burger kat depan. Tapi Ummi cakap dengan dia, tunggu Ummi dulu nak solat. Masa tu pon silap Ummi solat lewat sikit lepas buat kerja. Tapi dia nak pergi jugak. Lapar sangat katanya. Ummi kata tunggu sekejap je sebab masa tu hati Ummi dah tak sedap. Lepastu, dia cakap lambat sangat. So. dia pon terus pergi. Ummi pon balik semula dan solat.". Kelopak mata Ummi mula dipenuhi air mata.
Aku ambik tisu lalu hulurkan pada dia.
" Masa Ummi dalam rakaat kedua tu, hepon Ummi bunyi banyak kali. tapi Ummi tetap masih ingin khusyuk dalam solat. Lepas doa, Ummi ambil hepon. Nombor tak dikenali.. Ummi call. Tapi tak dapat. selang beberapa minit. Nombor tu hantar mesej 'Please Call Me Back'. Ummi pon jadi pelik lah,, takut pon ada. Yelah nombor baru masuk. Lepas tu, Ummi pon call balek. Lepas tu.. tiba-tiba".. Suara Ummi mula tersekat sekat..
"Tiba-tiba, orang tu cakap. 'Ummi anak ummi kena langgar dengan lori'.. ujarnya
Dengan gaya ala-ala pelakon Ummi buat reaksi sambil berkata
" Ya Allah anak aku." katanya sambil tergelak
Heran aku masa tu dari dia sedih tiba-tiba gembira pulak.. HAHA.. Menurut dia, dia tak boleh lupakan ketika dia dalam keadaan dalam kelam kabut memikirkan pasal anaknya. Aku pon terbahak-bahak dengar cerita Ummi dalam saat dia dalam getir.. Nampak tak kesopanan aku masa tu. HAHA..
Ummi cakap masa dia tengah kelam kabut tu, dia masih pakai kain telekung, dengan tak sempatya dia masuk dalam kereta. Sampai kat sana baru dia sedar, yang dia tengah bawak kereta, dan pada masa yang sama dia kata dia lupa tutup pintu kereta beb!. Kau berani tak tutup pintu masa drive?? HAHA.. Habis cerita disitu.
Apa yang aku nak katakan ialah anak Ummi meminta izin dengan Ummi nak beli burger tetapi dia tak dengar kata Ummi untuk tunggu beliau. Tapi Alhamdulillah adik tu masih selamat.
Kalau korang tanya Mommy Kamariah dan Daddy Johar, Anak dia yang paling comel ni sentiasa minta izin dengan mereka kalau nak keluar even nak pergi sekolah pon. Masuk Universiti pon aku masih bgtau kat Mommy Kamariah dan Daddy Johar. yelah mati tu boleh bila-bila. Lagi satu, aku buat camtu pon sebab biar mereka tau aku ada kat mana dan dengan siapa. Nampak tak kesolehan aku di situ. Akak aku pon sama buat camtu. Kalau akak aku yang tua tu boleh buat, kenapa aku tak kan.
Moral of the story, Keizinan dari ibu bapa tu penting.. Jadikanlah cerita ini pengajaran ye..
#nota kaki: Happy Bufday Anisa Al-fateh :D.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment