Terpaksa aku senyap dan selesa kan pesakit cepat-cepat demi untuk menutup kemaluan aku yang besar tu. Ok besar ok.. Terasa besarnya kemaluan aku masa tu. Maksud aku, kemaluan kerana tidak berbahasa melayu dengan betul! Get It?? No lucah lucah in this blog before i kick you into the lubang jamban!..!
Friday, 29 March 2013
BM.. GASTRIC
hye hye hye hye hye
PANAS!!
Teriak aku dalam hati. Tak tau teriak dalam hati pergi search Google. Muka aku dah start berpeluh-peluh. Bila berpeluh, muncul lah minyak zaiton, minyak masak cap kelapa sawit, minyak motor dan pelbagai minyak di atas muka aku!. k, tak lawak. Jam baru pukul 5 lebih. Hati aku dah mula merengek mahu balik ke hostel. Terasa lama pulak nak menunggu habis nya masa shift petang. Aku mulakan langkah ku. Toilet tempat tujuan aku hendak buang pelbagai minyak.
Tiba-tiba (dalam nada suspen)
Relatives: Adik, adik. mari sekejap!
Aku: Siapa pulak adik kau (dalam hati).. Ye mak cik ada apa?
Others relatives: Dik, doktor takde ke? pakcik ni dah menderita.. sakit sangat katanya
Aku: huh? ingat aku ni buat jadual kerja doktor ke? (dalam hati ) hmm,, pak cik, sekejap saya tanya Staff Nurse dulu..
Nampak tak kesopanan aku di situ ketika menjawab pertanyaan relatives. Aku berlalu pergi. Sampai ke kaunter staff nurse.
Aku: Staff Nurse, patient tu mengadu sakit perut.
Staff Nurse: Patient mana??
Aku: Bed 7, yang diagnose nya AGE with hypotension. Dia mintak tolong panggilkan doktor
Staff Nurse: Oh kau suruh makan je comel!.. takpon suruh dia minum susu..
Staff Nurse panggil aku comel ok. Kau ada?? Nampak tak kecomelan aku di situ :D. Sila tolong jealous 100%.. HAHA Ok, aku lupa orang yang kena AGE tu sebab dia tak makan. Macam mana tak saket kalau tak makan. Ha, sebelum tu, AGE tu bukan umur je tapi AGE itu ialah Acute GastroEnteritis. Kalau nak tau lebih lanjut. sila mintak tolong dengan Mr Google!..
Aku: Pakcik, saya dah cakap dengan Staff Nurse.. Mereka berkata pakcik perlu makan sikit ataupon minum susu!.. ( tiba-tiba rasa ayat BM aku teruk).. Pakcik ada Gastric kan?
Others Relative: Gastric? Apa tu?
Others relative: Dik gastric tu masuk angin ke? (sambil buat muka bertanya)
Aku: I dont think so. Saya tak pernah kena Gastric. Tapi yang saya tahu gastric tu sebab tak makan (sambil buat muka blur)
Others Relative: Gastric bahasa melayu apa dik,?
Aku: Huh? Gastric dalam bahasa melayu? hmm saya pon tak tau, rasa nya gastric jugak kot!
Belum sempat aku berpaling, ada suara memanggil aku lagi
Spouse: Dik, air ni tak jalan!
Aku: eee orang tua ni1 (dalam hati)..*sila jangan follow kebiadapan saya!.. HAHA
selang beberapa saat aku tengok.....................................................................
Aku: Oh, ada bubbles dalam tubing ni. jap makcik ye.. (sambil berlalu pergi)
Aku capai kidney dish. Kalau tak tau apa itu kidney dish, sila sila lah search kat Google! Aku pakai glove and back to the pakcik again.
Others relative: Ea adik nak buat apa ni??
Aku: huh? saya nak kuar kan bubbles dari tubing ni..
Others relative: apa? bebel dari tubing?
Aku: Ea bukan bebel,, apa ni, ala buih.. ea bukan ala gelombang! (dengan yakin nya sambil tersenyum sinis)
Others relatives: Ha? ada gelombang dalam tube?
Aku: #$^&*(^$@#$
Semasa nak kuar bubble dari tubing tu. aku berfikir sejenak..
Aku: oh mak cik sorry!.. i mean ha gelombong.. Ea jap ada angin dalam tubing ni.. ehehe
Others relative: Oh, ada angin. Dik, lain kali nak cakap dengan orang tua cakap lah bahasa melayu tu elok-elok!... teruk bahasa melayu awak tu eak?
Aku: Ha? @#$^*%$##$%^
Damn!.. Malu aku dia cakap macam tu. dah lah ramai orang pulak tu. Ada dalam 10-15 orang kat situ. Per Terasa maruah aku tercalar. Nak je masa tu aku balut muka aku dengan kain langsir sambil terguling-guling kat lantai hospital!.. atau pon aku nak je hentak hentak kepala aku kat katil pak cik tu!..
Terpaksa aku senyap dan selesa kan pesakit cepat-cepat demi untuk menutup kemaluan aku yang besar tu. Ok besar ok.. Terasa besarnya kemaluan aku masa tu. Maksud aku, kemaluan kerana tidak berbahasa melayu dengan betul! Get It?? No lucah lucah in this blog before i kick you into the lubang jamban!..!
Terpaksa aku senyap dan selesa kan pesakit cepat-cepat demi untuk menutup kemaluan aku yang besar tu. Ok besar ok.. Terasa besarnya kemaluan aku masa tu. Maksud aku, kemaluan kerana tidak berbahasa melayu dengan betul! Get It?? No lucah lucah in this blog before i kick you into the lubang jamban!..!
Panas tiba-tiba muka aku masa tu. Dalam hati macam-macam alasan aku ada nak cakap ngn mak cik tu sebab aku berbahasa begitu. The problem is.. aku dah terbiasa dengan term term tu lah mangai. HAHA jangan tanya kenapa aku tiba-tiba jadi sopan sebegitu.. Dan sekarang ni aku mempunyai masalah nak explain kat patient bila nak buat sesuatu procedure!.. That is my big problem now. Im need an assistant to explain to the patient!.. Luckily, i have my sporting group member. Macam kes nak buat procedure ECG., naseb baek aku ada Lily yang can give explanation to the patient about the procedure!..
Moral the story, I must speak Bm properly next time even i got BM A+ in SPM. It doesnt mean that i very terror in BM.. Shit!.. malu ok lepas kejadian tu. CI aku pon tegur the same thing! yelah mana tak marah CI kalau aku tulis buku log campur BM dan BI.. HAHA..
bye bye bye bye
Friday, 22 March 2013
Pedih~
Panas. Memang panas hari ni. Peluh di dahi mula membasahi. Masih setia menunggu bas. Bas untuk menghantar kami ke Masjid. Aku malas jalan hari ni. Bila dah start pratikal, malas aku makin menjadi-jadi. Entahlah. Dalam 20 minit aku tunggu. Masih tak sampai bas. Tiba-tiba ada suatu suara yang memeranjatkan aku.
"Dik, jomlah jalan kaki dengan kami, rasanya bas takde kot"..
"Oh yeke. hurmm.. takpelah abang jalan dulu.. Nanti saya follow dari belakang"..
Seperti biasa, orang tidak aku kenali akan aku buat tak endah tak endah je.. Nampak tak keberlagakan aku di situ. HAHA. Bukan apa, cuma aku just berhati-hati dalam mengenali orang. Aku follow dua orang abang tu. Mungkin abang tu Sem 4/6. Aku ikut berlakang mereka. Aku melihat gelagat mereka. Aku melihat gaya mereka bergurau. Memang kelakar. Jauh di sudut aku mungkin mereka dah kenal lama.
Kadang-kadang aku di sapa oleh mereka. Seorang pegang payung, dan seorang jalan berlenggang. Entah payung siapa mereka rembat tengah jalan pun aku taktau. aku berhenti seketika. aku membalas mesej dari kawan aku. Mereka dah jauh meninggalkan aku. Beberapa budak sudah pon melintas aku. Aku pon follow dua orang budak yang melintas aku tadi dari belakang..Tiba-tiba
"Wey kau tengok tu bapok tu tergelak-gelak kat depan siap pakai payung"
"Ish kau ni, nak pergi masjid ke nak ngumpat orang!"
(ada perubahan sikit dalam dialog diatas)..
Langkah mula perlahan. Fikiran aku mula melayang.
Jika kita lihat masyarakat kita kini mereka mudah menghukum sesuatu tanpa usul periksa. Betulkah abang2 tu bapok? Bagi aku nampak biasa je.
Mungkin orang yang mengata tak pernah bergurau seperti mana abang2 tu bergurau. Aku rasa budak budak tu perlu meletakkan diri mereka pada keadaan abang2 tu. Ye, mungkin mereka telah di jadikan lembut. Tapi lembut mereka itu lain. Kita sebagai manusia tidak boleh sesuka hati melabelkan seseorang dengan gelaran ini gelaran itu. Macam mana nanti kalau anak-anak kita pula yang jadi macam tu. Memang senang mulut berkata, Tapi perit bila kena tanggung. Sedarlah. Jangan senang-senang melabelkan seseorang dengan sesuatu. Pedih orang tu rasa seandainya mereka dengar.
Friday, 15 March 2013
Hang Out Again. Pantai
hye hye hye hye hye
Hari Khamis, Hari last aku dalam kelas teori. Pagi tu aku ada test. Semangat sungguh aku baca. Aku baca nota sampai pukul 1 pagi, then pukul 5 pagi bangun balik. Nampak tak semangat nye kat situ. Orang nak duk final exam pon tak bersemangat macam aku. HAHA.. Yelah aku memegang amanah. Amanah dari ayah dan emak yang nak tengok anak lelaki dia ni berjaya :D.. Lepas test pagi tu, Aku selesai beberapa perkara sebelum pratikal. Buku cross. Pip. Guideline study case. Merit. Assignment. Attendence pensyarah/pejabat. Ok banyak ok terpaksa aku settel kan. Termasuk lah menjadi CI kat tiga orang budak yang nak belajar dressing dengan aku.. HAHAHA.. Bajet CI konon. Tak lawak k, kalau aku jadi CI lelaki pertama di Unisza..
Tapi bukan benda tu yang aku nak highlight kan. Pukul 5 petang khamis tu, aku, Epa, Nysa, Dirang, dan Nadang pergi ke pantai untuk menghirup udara pantai dan merasa angin pantai yang sempoi-sempoi bahasa.. Tiba-tiba aku rasa ayat BM aku ni macam terabuk.. haha sebelum tu, jangan tanya aku kenapa aku panggil Nadhirah menjadi Dirang, dan Nadiah menjadi Nadang. Itu semua nya rahsia budak budak ni.. Bajet penyimpan rahsia negara konon. Aku cepuk kang.. haha. Pantai tu tak lah jauh sangat. Dekat je. Dalam 5 minit dari Unisza..
Dek kerana jadual kelas teori yang amat padat, Aku dapat lihat terpancarnya wajah riang mereka. Kami duduk-duduk kat batu-batu besar. Tangkap gambar dan sebagai nya.. Menghirup udara segar. Udara segar yang bebas dari asap rokok, asap kereta. Tenang. Datang lah ke Terengganu.. Promote sekejap. HAHAHA.. Sementara Aku, Nysa dan Dirang tengah makan-makan, Epa dan Nadang cari tempat port nak main air. Epa memang, dia seronok main air.. HEEE~
Jauh gila kot Epa dan Nadang cari tempat port nak main air. Hampir 150 meter rasanya dari tempat kami duduk-duduk. Dah la tu, diorang tinggal kan makanan kat kami. Terpaksalah kami angkut makanan tu. Cebuk laju-laju kang baru tahu. HAHA. Masa Aku, Nysa dan Dirang jalan ke arah mereka.. Tiba-tiba Nysa cakap macam ni
Nysa : Untung orang duduk dekat kawasan pantai. Boleh tengok laut selalu.
Aku : Kan, dah la laut ni cantik.
Nysa : Untung mereka, hari-hari dapat pahala
Aku : Pahala? Pahala sebab kutip sampah kat pantai (dengan secara melulu je aku cakap macam tu.. HAHA)
Nysa : Bukan. Tengok laut kan dapat pahala. Kan ada tiga bende yang kita boleh dapat pahala bila kita melihat nya. Satu, melihat ibu bapa kita, Kedua, melihat Al-Quran. Dan ketiga, melihat laut dengan mengakui kebesaran Allah
aku : Masya Allah.. Maha Suci Allah!.. (tapi dalam hati je)
Satu ilmu lagi aku dapati dari Nysa!.. Thanks Nysa. Akhirnya kami sampai jugak kat tempat Epa dan Nadang. Masa aku sampai kat, Epa terloncat-loncat memanggil kami. Dah macam bapak balik rumah je Aku rasa bila Epa buat macam tu! HAHA..
Masa 2 jam kami habis kat situ. Macam-macam gaya mereka buat. Terutamanya Epa!. kelakar beb. Tak kering gusi kami ketawa melihat gelagat Epa.. Apapun jom tengok gambar-gambar kami bermain air di pantai!

Epa dah start berangan. Siap nyanyi lagu Zarina!

Aku pon tak paham apakah motif Epa buat camtu.. HAHA

kalau takut dilambung ombak, jangan barmain ditepi pantai :D

Nadang, Dirang dan Nysa

again. See?? kelakar gila kot tengok gelagat Epa

merenung masa depang dengan seseorang :D.. HAHA

malu-malu nak turun konon. Last2 depa pon duk main ayaq dangan kami.. hikhik

ok cun this photo!
BTW, best gila tahap gaban pergi main air pantai!.. Ohsem kamu semua!
bye bye bye bye
Thursday, 14 March 2013
Syaitan punya Nurse??
hye hye hye hye hye
aku agak terkejut juga dengan kenyataan budak ni. Kalau lah aku dapat atau bertemu budak ni, aku mahu tanya dia beberapa soalan!
*Adakah dia tahu apa itu kerja seorang Nurse?
* Adakah dia tahu pengorbanan seorang Nurse?
* Adakah dia tahu apakah rutin seorang Nurse?
* Adakah dia tahu seorang Nurse selalu bermain dengan nyawa orang?
* Adakah dia pernah rasa apa yang pernah seorang Nurse alami.?.
* Adakah dia pernah dia tahu risiko yang seorang Nurse perlu hadapi?
Sedih.. Memang sedih. Bila ayat ni di ungkap kan!
dan aku, Aku setuju dengan kenyataan ni..
fikir fikir lah der
kerja kami perlu penuh kesabaran, ketelitian dan sebagainya
bye bye bye bye
Sunday, 10 March 2013
Hang Out, Epa, Kiera & Azam
hye hye hye hye hye
Ini cerita semalam..Epa call pagi tu. Baru pukul 10.40 a.m.. Masih awal. Tidak ka Epa tahu yang aku tidur lewat malam tu, lepas tu aku perlu jaga seawal pukul 10.40 a.m semata-mata untuk menjawab panggilan darinya. Aku cebuk juga kang Epa ni :D. Tapi. Tapi aku dah berjanji dengan Epa haritu. Kami setuju nak keluar bersama. Dah lama aku tak hang out. Asyik terperuk je dalam UniSZA. Epa beri aku masa sebelum pukul 11 a.m untuk bersiap. Hakiki nya, aku perlukan 20 minit untuk bersiap dan masa yang diberikan oleh Epa memang terhad. Ok memang perlu diabaikan muka aku hari itu kerana agak kelam kabut.
Epa tunggu di foyer asrama. Kiera pon ada di situ. Sesudah aku ambil Kad Siswa 1 Malaysia, kami pun menaiki van kuning. Sebelum itu, terima kasih NAJIB sebab bagi aku kad siswa itu. Dan sekali lagi terima kasih NAJIB sebab bagi aku Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M. Aku menghargainya. Harap tahun depan meningkat lagi :)
Mydin. Tujuan utama kami untuk kami untuk membeli barang kat Mydin. Sebelum kami memulakan misi kami untuk memunggah barang di Mydin, kami perlu segera mengisi kekosongan perut kami. Epa tak boleh makan lewat, nanti dia sakit. Kami melantak ayam kat KFC. Tiba-tiba terimbau kenangan aku bekerja di KFC K1. Memang best kerja kat situ. Banyak pengalaman aku dapat.
Epa sokmo semangat kalau tangkap gambar ^_^
Pliz abaikan rambut aku -_-
Epa dan Kiera
Aku lapar balik!
Habis melantak ayam, kami gerak ke Mydin. Misi memunggahkan barang pon berlaku. Dari satu sudut hingga ke satu sudut yang lain aku mencari barang. Kiera tolak trolley, dan nampak kat situ aku ni malas nak tolak trolley :D.. Epa segera mencari barang keperluan nya di tingkat satu. Begitu jugak Kiera. Seperti biasa aku selalu usha dulu harga barang sebelum beli. Habis tingkat satu kami punggah, kami menaiki ke tingkat dua. Berbaki kan BB1M yg banyak ni, kami segera mencari alat-alat tulis. Tapi sebelum itu, Epa, Kiera dan aku melihat baju-baju di situ. Menjadi kebiasaan aku, aku akan carikan baju yang terus fashion nya dan kenakan di badan Epa. Baju yang sentiasa menarik perhatian aku ialah baju yang ada alas meja di leher :D begitu juga seluar yang seumpama kulit harimau. Gojes gitu!,, kahkahkah
Pensil, pen, buku nota, stapler, bekas pencil, fail, kertas dan banyak lagi kami pilih. Tengok benda menarik je pasti aku capai. Bagai kan mainan explorace, kami mencari barang secukup-cukup dengan baucar. Memang susah untuk mencapai harga yang di tetapkan. Pusing kiri, nampak Epa pilih barang.Pusing kanan, nampak Kiera penuh dipeluknya alat-alat tulis. 3 jam. 3 jam kami cari barang. Fuhh. Memang tak cukup masa tu. Kalau boleh nak lagi. Tapi. Disebabkan aku ada date dengan my friend, terpaksalah aku batalkan niat aku hendak belanja lagi :D
Epa suka sangat tangkap gambar goyang -_-
kerana kecomelan Epa, dia kena ngurat oleh abg-abg baju putih :D
ok. Kesian pulak aku tengok akak cashier tu. Bayangkanlah satu trolley plus satu bakul kami belanja. Sampai letih aku tengok akak tu duk ambik barang, scan barang, then masuk kan kedalam plastik. Aku yang tengok pon letih. ahaha. mesti akak tu cakap kurang ajarnya customer, kau habeskan barang mydin ye.. haha. Aku masa akak tu duk kira-kira,. aku tengok akak tu hampir semput dibuatnya. Lepas kira-kira, ada barang lagi yang tak cukup. Yelah ingat kan kad siswa tak laku kat mydin. Hurm rupanya laku gila tahap babun!.. apa lagi? capai lah 3 barang lagi. Aku tengok muka budak budak ni start letih dah. Aku pon sama. Then, we decide to go solat dulu before balik.
Masa aku tunggu si Epa selesai solat, kawan aku pon membuat panggilan. Azam. Ye Azam, my cute friend :D. We meet there. I can see hows he happy meet me. Look at him, there a lot of memory with him. He came with his friend. He shy at first during look at Epa and Kiera. Shy konon budak ni. Dengan aku tak pulak, terkeluar sikap kau yang suka sakat aku. But , what can i say, He is fat, however he still cute like before this!. Im happy see him. We went KFC. And me again eat Ayam KFC sampai muak! Ok duduk kat situ, kami berborak. Kami bergurau senda. Kami saling menunjukkan "kasih sayang" kami.. Bayangkan hampir 0ne year aku tak jumpa dia,. masing-masing busy dengan kehidupan masing-masing. Pada masa yang sama, aku terus tak kenang budi Epa dan Kiera yang teman aku belanja tadi, hihi Aku tinggal kan mereka sebentar semata mata untuk berjumpa dengan AZAM.. hihi.

aku pon taktau kenapa aku letak gambar ini :D.. Thanks Azam! sexy mata i!.. hahah
Borak punya borak., Aku tak sedar dah nak pukul 4 ptg. Ok meminta izin diri dari Azam untuk bersama sahabat-sahabat aku kembali. Manakala Azam pula pergi kak Rock dengan kawan-kawan dia. Ok bye Azam. Kalau ada masa aku jumpa kau lagi :)
Sebelum balik, kami singgah ke Giant dulu untuk cuci-cuci mata. Tengah kami menyuci mata., kami jumpa CI kami. terkezut beruk aku. haha. Lepas pergi Giant, kami pergi menebus Kad Meriah di Mydin.
Dalam bas.
Mak Ai, sesak gila kot. kami naik bas "keranda" tak bernafas aku rasa dalam tu. Dah lah tu, masa aku tengah diri tu, adalah satu makcik ni melentokkan kepala nya kat bontot aku. Gangguan sexual tu! sepanjang perjalanan pulak tu. Melampau mak cik tu! dia ingat bontot aku ni bantal ke? kang aku cebuk kang baru tau.. Hahaha
Lepas sorang-sorang turun, aku pon dapat lah duduk. Masa aku tengah duduk-duduk tu minah kat depan aku jawab panggilan tepon dia. Ok rasa menyampah aku mula membuak bila di cakap B, BABY.. Ok geli aku dengar macam nak muntah hijau pon ada. kahkah Niat aku nak cebuk dia tak menjadi apabila kawan di sebelah dia senyum melihat aku. Suka aku lah tu.... haha perasan.. haha
Dalam pukul 6, kami sampai di hostel. Balik kerumah dan terus tido! best hang out dgn korang! :)

bye bye bye bye
Friday, 8 March 2013
Aku. Opah. Pak Cik dan Anaknya
hye hye hye hye hye
Longlai. Langkah aku longlai masa tu. Tekak aku mula kering. Masih berjalan. Berjalan menuju ke Masjid Unisza untuk menunaikan kewajipan. Pagi itu aku tak makan. Dah menjadi kebiasaan aku pada hari Jumaat yang mulia untuk makan selepas solat. Nak jimat katanya. Matahari mula rasa bahang. Aku teruskan perjalanan menuju ke HEPA UniSZA.
Aku lihat banyak kereta sudah parking di situ. Di satu sudut, kelihatan satu keluarga se olah olah berkhemah di bawah pokok. Ayahnya berlalu di hadapan Masjid. Ya, sama seperti tujuan aku. Aku senyum kepada mereka. Fikiran aku terus terlintas Familiku. Along dah kerja di KL. Tinggal Mak, Ayah, Fuad dan Najwa saja di rumah. Agaknya apa yang sedang mereka lakukan agak nya.
Aku teruskan perjalanan. Tinggal beberapa meter je lagi nak sampai ke pintu Masjid. Fuh lega. Ya lega aku sampai di Masjid selepas berjalan di bawah bahang matahari. Sedang aku melangkah ke rumput, mata aku tertumpu pada seorang pak cik.
Pada mulanya aku ingin mengalihkan pandangan aku daripadanya. Aku berhenti seketika di bawah pokok. Aku mula memerhatikan pak cik itu balik. Di sebelahnya ada anak lelaki nya. Mungkin dia sebaya dengan aku. Aku perhatikan pak cik itu bersama anaknya itu. Pak cik itu berjalan terhenjut henjut semasa berjalan di rumput. Kini, mata aku beralih ke arah kakinya. Jelas mataku lihat kaki pakcik itu cedera. Mungkin accident ataupon mungkin kena kaki macam orang yang kena diabetes.
Mulanya anaknya pegang tangannya, tapi setelah itu dia lepaskan tangan ayahnya. Aku lihat anaknya berlari anak-anak menuju ke tempat rakan rakan nya. Jauh dia tinggalkan ayahnya yang berbalut di kaki. Aku tenung pak cik. Pak cik itu seolah olah tahu aku sedang memerhati dia. Dia senyum kepada aku. Dan aku pun senyum balik kepadanya dan terus aku alihkan pandangan aku agar dia tidak terasa. Nampak sangat aku ni kurang ajar sebab tak bantu dia jalan, HAHAHA. Tapi dalam hati aku berasa sedih!
Lapan tahun lepas..
Umur aku ketika itu 11 tahun. Rumah atuk dan rumah aku tak jauh. Jarak nya tak sampai 1km. Aku rapat dengan arwah Opah. Kalau korang taktau apa itu Opah, sila lah Google. Bayangkan, Opah adalah nenek dan juga selaku guru tadika aku. Masih aku ingat dulu masa aku di alam tadika, arwah Opah lah membonceng aku bawa balik rumah. Di tadika, Opah sangat menjaga kebajikan aku. Aku membesar di depan mata Opah bersama adik beradik aku yang lain. Masa kecil segala kemahuan aku pasti Opah akan cuba tunaikan. Setiap perkerjaan aku lakukan, pasti Opah akan beri aku upah. Semua nya jelas di ingatan aku.
ni bukan gambar sebenar
Sehingga lah suatu hari, aku dan Opah berjalan kaki hendak ke rumah Mak. Kami lalu jalan pintas ikut masjid.
Opah: Rafi, jalan lah dulu tak payah tunggu opah.. Opah boleh jalan sendiri
Aku: Opah!. tak boleh Rafi kena jalan sebelah opah. Biar rafi pimpin opah, mari
Opah: Tak payahlah, nanti kamu penat opah ni jalan lambat. pergilah dulu
Aku: Tak boleh opah. Nanti oaph jatuh siapa nak tolong, biar Rafi pimpin opah sampai rumah.
Opah memang jalan tak laju. Dan aku yang selalu tunggu dan pimpin opah ketika jalan. Kalau orang lain dah jalan jauh di hadapan, aku pulak gigih membawa opah. Dan menjadi kebiasaan aku setiap kali berjalan, aku akan berjalan lambat seperti opah. Tahun 2007, Opah di sahkan menghidap pelbagai penyakit di Hospital Batu Pahat.
Pagi tu, Ayah minta Along dan aku datang ke hospital. Aku melihat Opah yang di cucuk banyak wayar. Aku lihat satu persatu wayar-wayar itu. Sebelum kami balik, aku dan along membaca yassin untuk opah. Sambil aku membaca yassin, aku lihat air mata opah gugur di kelopak matanya. Setitik demi setitik air matanya jatuh. Keadaan opah semakin kritikal sejak keluar dari wad ICU. Selesai membaca yassi, aku rapati mulut aku ke telinga opah.. Aku membaca syahadah di telinga Opah. Makin berderai air mata opah.
Malam itu selepas kami pulang, ayah menelefon jiran aku. Jiran aku cakap "Ila, Opah kau dah meninggal". Terkaku. Bagaikan tidak percaya malam itu. Baru saja kami melawat Opah dan tiba-tiba.... Al-Fatihah~
Memang sayu. Memang sayu jika aku teringatkan kenangan bersama Opah. Kini, Mak pula seakan akan mengantikan arwah Opah. Aku akan sentiasa berjalan di sebelah Mak, Memang lambat. Tapi mak masih gagah lagi. Aku akan menggunakan setiap saat untuk berjalan di sebelah mak. Masih belum terlambat lagi. Aku guna kan peluang itu untuk berjalan bersama Mak.
Wahai anak-anak,
Tidak kira ibu atau bapa,
Jagalah mereka sebelum mereka menutup mata,
Pmpinlah mereka seandainya mereka tidak mampu,
Ceriakan lah mereka selagi mereka ada,
Jagalah maruah mereka selagi mereka hidup
Dan,
Jangan sesekali engkau meninggalkan mereka jauh di belakang.
Masihkah kau ingat??,
Waktu kecilmu ayah memimpin kamu!
Waktu kecilmu ibu menunggu kamu untuk bangun semula selepas kamu jatuh
Masihkah kau ingat??,
Hargailah mereka selagi mereka ada disisi :)
dear boy,
Aku harap kau tak buat lagi perkara yang sama kepada bapa kau lagi. kasihani dia. Please take a note!
bye bye bye bye
Subscribe to:
Posts (Atom)
















