// sdown && bubbx[i]>0) { if (Math.random()

Umur Blog saya :-)

PitaPata Cat tickers

Tuesday, 16 April 2013

Hello Crush


hye hye hye hye hye


sweet tak?? *sila muntah di lappy anda


Hello Crush,

Terima kasih kerana awak terjumpa surat ini yang saya letakkan di bawah ketiak Usain Bolt yang busuk masam pahit kelat dan payau tu , tetapi entah macam mana surat ini telah melayang-layang bagaikan tiada bertali lalu terus terbang ke dalam hand bag Azwan Ali dan seterusnya Azwan Ali telah mengambil surat ini untuk mencuci beraknya ketika di Pavillion dan seterusnya beliau telah memasukkan surat saya ini untuk awak di dalam tong sampah berdekatan tandas pondan di Sogo. Tahniah, awak hebat sebab terjumpa surat ini. Saya terharu awak sebab awak akan baca surat yang saya tulis khas untuk crush saya yang saya telah meminati sejak bangku sekolah lagi. Awak saya merayu kat awak supaya baca surat saya yang saya tulis kat dalam jamban ini dengan penuh penghayatan. Kalau tak saya humban awak dekat loji kumbahan dekat sebelah rumah Mak Jemah..



Awak.. Kita kan dah kenal sejak umur 5 tahun dulu kan. Awak ingat tak lagi masa kita first time kita jumpa dekat Lorong Haji Taib?? Saya ingat lagi masa tu awak.. Masa tu awak tengah sedap makan ais krim yang mak ayam belikan awak dekat orang bangla yang penuh berbulu masa tu. Sebelum saya sempat beritahu awak something, awak dah jilat aiskrim tu dengan rakus dan pelbagai gaya. awak masa tu saya nak cakap yang uncle bangla tu sebenarnya sebelum menceduk aiskrim awak dengan tangan dia , dia baru lepas berak kat tepi longkang . masa tu tak cukup air , so dia guna tangan dia untuk cebok , saya nampak bangla tu awak . hitam lebat . lepas dia cebuk tu, dia basuh tangan dia guna air longkang. Lalu dia cium tangan . dahlah tu dia siap korek hidung!.. lepas tu awak dengan mak ayam tu pon datang kat dia untuk beli aiskrim. tak sempat mak ayam tu bayar, awak dah habeskan aiskrim tu. sangat rakus. tapi saya tengok awak sedap je makan aiskrim tu . sedap sangat ke??



ingat tak awak masa kita sekolah rendah dulu-dulu. Masa tu awak kena ejek dengan budak-budak nakal ni sebab ketika itu awak takde gigi langsung. dahlah tu mata pon juling. masa tu saya selalu bersama dengan awak kan?!.. sweet masa tu saya rasa . masih ingat memori kita pergi camping sama-sama kat gunung ledang tu awak. masa tu awak sesat kan sebab tertinggal dalam hutan.. sedar-sedar je awak dah tertinggal dalam hutan dah 2 hari.. awak sebenarnya saya minta maaf sangat-sangat sebab masa tu disebabkan saya awak tertinggal. lagipon salah awak jugak yang awak tu yang pengsan tiba-tiba tu apasal lepas saya masukkan ular sawa dalam seluar awak masa awak tengah tidur. masa tu saya baru nak bergurau. tapi tiba-tiba awak pengsan. saya jadi takut. lalu saya heret awak hampir 100 meter dari khemah kita masa tu. lepas saya heret awak, saya nampak sebangkai gajah dan selonggok sampah sarap kat tepi sungai. so, saya terpaksalah menggunakan critical thinking masa tu. di sebabkan saya bijak, saya angkat bangkai gajah dan sampah sarah tu dah letak kat atas awak .. masa tu awak dah tak kelihatan langsung. saya pon jadi lega. bila saya balik ke tapak khemah saya tengok diorang dah nak gerak balik. so saya follow la mereka sehingga saya lupakan awak yang tengah pengsan ketika itu.. lepas dua hari tu, parents awak baru perasan awak dah hilang.. lepas tu kami segera kembali ke hutan tu untuk mencari awak.. dan ketika itulah saya jadi hero tiba-tiba sebab saya berjaya jumpa awak dulu sebelum pihak berkuasa.. bila saya jumpa awak ketika itu, awak dah tak macam orang saya tengok dan akhirnya awak masuk icu 10 hari..



tak cukup itu, awak ingat tak masa saya ajak awak ikut saya dating dengan awek saya masa kita umur 17 tahun. masa tu awak pon bawa pakwek awak. masa tu saya jealous sangat dengan awak. awak tenung mata dia. dia tenung mata awak. dia pimpin tangan awak masa lintas jalan. dia suapkan awak makanan. semuanya awak dan dia buat sweet-sweet depan saya dan awek saya. di sebabkan saya geram, saya mesej ayah awak macam ni :



"Salam pakcik, saya Rafiu.. saya nak bagitau pakcik anak pakcik accident dekat depan Sogo. Harap pakcik bersabar dan saya minta pakcik datang segera untuk mengecam mayat"



mesej tu saya hantar 10 minit sebelum awak dengan dia melintas jalan. awak kata awak nak pergi kedai pakistan yang berbulu tu.. saya izinkan tapi mintak awak jangan pergi lama sangat sebab saya nak pertemukan bapa awak dengan awak ala-ala jejak kasih gitu. tapi entah macam mana belum sempat saya dan awek saya pusing.. tiba-tiba:



"tolong ! Tolong !"



saya toleh kebelakang dan ketika itu air mata saya terus mengalir. saya nampak awak dah kat bawah kereta katak ala-ala mr bean tu,, saya lari dan datang pergi kat awak.. saya tengok awak dah separuh nyawa.. saya tak sampai hati tengok awak masatu. lalu saya buat CPR kat awak masa.. dan pakwek awak pulak terus melantun lalu terjatuh di tanah perkuburan.. Dan masa tu driver tu tak keluar langsung dari keretanya.. bila saya ketuk je pintu dengan perasaan marah,. tiba-tiba :



"pakcik !,. pakcik langgar anak sendiri .. Tabik spring lah kat pak cik" sambil buat gaya ala-ala comel..



kemudian awak dimasukkan kat ICU selama sebulan, pada masa yang sama, bapak awak suruh saya diam dan rahsiakan . tapi saya rasa dah macam terbongkar je.. Maafkan saya ye pak cik!,,


 awak.. awak baca lah lagi . saya tahu awak dah bosan kan . sebelum saya tamatkan riwayat awak dengan suruh awak cium ketiak bangla better awak baca sampai habis . awak sekarang kita dah besar. semuanya besar kan ?.  sekarang kita pon dah masuk Universiti sama-sama . duduk satu kelas sama-sama . cuma tak duduk hostel sama-sama je. awak sebenarnya saya dah lama menyimpan perasaan ini kat awak dan saya tinggal tunggu luahkan saja pada awak satu hari nanti. saya sedar saya terlalu handsome kacak dan bargaya bagi awak.. tapi awak, saya lagi sedar awak jauh lagi comel dari kak Ton,. awak ada rambut kutu ,. gigi ronggak . lesung batu dan sebagainya .. awak satu hari nanti mungkin saya akan lafazkan jua kat awak macam:


"Syu sudi kah kau menjadi crush aku selama setahun selepas kau berjaya mencukur bulu hidung dan misai kau .. ! sudikah kau ?!.."


atau mungkin :


"Syu saya sedar saya terlalu handsome bagi awak, tapi izinkan saya untuk menganggap awak sebagai crush saya selama setahun selepas awak buang tahi lalat yang bebulu dan besar gedabak tu dari muka awak?? boleh kan ?!


walau apepon jawapan yang awak berikan ,. saya tetap akan bunuh awak dengan racun tikus , sebab awak lah saya begitu taksub dengan awak.. walaubagaimana pon, saya tetap akan doakan kebahagiaan awak dengan azwan ali.. semoga berbahagia crush :'(




comel tak dia buat mata juling?



#nota kaki: tiada kena mengena dengan orang di dalam gambar..

No comments:

Post a Comment