// sdown && bubbx[i]>0) { if (Math.random()

Umur Blog saya :-)

PitaPata Cat tickers

Tuesday, 31 December 2013

Bye 2013 , Hello 2014

hye hye hye hye hye




Lagi beberapa jam lagi , maka ramailah penduduk bumi membilang detik-detik bagi meraikan tahun baru , jeritan demi jeritan pasti kedengaran di pelusuk dunia, bagaikan satu pesta , mereka meraikan tahun baru , ada segelintir mereka menyambut tahun baru di luar rumah , dan ada yang sambut di dalam rumah bertemankan televisyen mahupon laptop di sisi , post demi post dalam facebook bebudak malah orang tua yang membuat wish kat facebook , tak cukup facebook , instagram , twitter dan media social yang lain .


Dalam masa kau kira kira saat tu , eloklah juga kau cuci cucii mata kat dalam blog aku yang serba serbi canggih bak azwan ali ni , bukan senang aku nak tulis , dengan kemalasan botingket tingket aku kuatkan semangat juga menulis cerita ceritu cerito yang membuat kekuatan sepanjang tahun 2013


Walaubagaimanapon , kita perlu mensyukuri kerana telah menjalani kehidupan pahit manis masam tawar masin sepanjang tahun 2013 , ada bagi sesetengah orang , tahun 2013 meninggalkan memori terindah , dan ada yang meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan diri mereka , dan sesungguhnya memori indah mudah dilupakan , dan memori yang duka tulah sentiasa berada diingatan dan sukar dilupakan .


Tahun 2013 telah mengajar aku erti kesabaran , sabar dalam menangani masalah , dan dalam sabar aku kenal erti persahabatan , dengan persahabatan kau mampu bangkit melawan segala emosi bercampur baur , sakit dengan mereka , dan yang paling aku terharu pabila tika aku kesulitan , ada yang mereka kisah akan makan minum aku disini , berjauhan dengan family ketika sakit itu adalah satu cabaran , semua orang pasti akan rengek kepada ibu ayah mereka tatkala mereka sakit , terima kasih kepada semua sahabat yang sentiasa di sisiku ketika aku jatuh mahupon bangkit ,


Sepanjang tahun 2013 , dan sepanjang itulah aku lalui dua sem sebagai pelajar nursing , memang tak dinafikan banyak benefitnya pabila belajar nursing , contohnya , bayangkanlah sepanjang aku belajar biologi kat sekolah , aku anya dapat gambaran saja apa itu falapion tiub , Rahim wanita dan seangkatannya , tetapi dengan tahun 2013 , secara rasminya , aku dapat lihat dengan realnya falapion tiub , kau tau tak real punya , bukan dalam gambar tapi yang real , yang di keluarkan dari badan seorang ibu , bukan itu saja , ovary pon aku dapat tengok , see , bertuahnya tahun 2013 bagi aku ,






pengajaran bagi tahun 2013 :

  • saat kau sulit , carilah mereka yang bergelar sahabat dan bukannya musuh 
  • senyuman itu perlu sebagai tanda pertahanan kesakitan
  • mencintailah mereka yang telah mencintai diri kau
  • bangkitlah kau walaupun terseungkur terjunam dari tingkat 9
  • jangan mudah mengalah , sebaliknya berusaha melawan kekalahan itu
  • bersahabatlah kau dengan mereka yang mengenali dan memahami apa itu persahabatan
  • cenderunglah sesuatu dengan apa yang kau minati dan lakukan dengan sukarela
  • jangan terus melakukan sesuatu yang bodoh demi kepentingan orang lain
  • teruskan usaha tanpa kenal erti lelah dan sakit
  • jangan pandang kebelakang , sebaliknya teruskan perjalanan tanpa henti
  • gocanglah semangat yang kau ada dengan kekuatan hati yang tabah
  • menangislah selagi kau mampu dan selagi belum puas
  • menjaga perasaan sendiri kekadang itu lebih baik berbanding menjaga perasaan lain
  • bersamalah mereka yang telah bantu kau bangkit
  • tanamkanlah kesilapan dan suburkan semula kehidupan
  • jangan bermain dengan api , jika takutkan air 
  • jangan hampiri ombak jika takutkan tsunami
  • berusahalah menjadi naga yang mampu mengawal tindakan diri sendiri




Dan untuk tahun 2014 ni lah , perubahan umur belasan akan bertukar pada puluhan , sesungguhnya gua rasa semakin tua , walaubagaimana pun , gua rasa gua dah layak kahwin , tetapi calon masih tiada , ciri-ciri yang gua nak mudah jek , kalau boleh janda kaya raya cantik meletup dan tip tup , kalau boleh anak sorang dan ada bisnes yang banyak , tu jek , dan azam aku pada tahun 2014 , nak jumpa janda yang aku ciri kan * mohon baling bom pada aku !

papepon , happy new year , and may Allah always bless you all ,

thanks for the people who made 2013 beautiful for me , 

thank you

welcome



bye bye bye bye

Saturday, 21 December 2013

Surat Untuk Kekasih

hye hye hye hye hye




kenapa awak pergi ? kenapa awak tak tunggu saya ? kenapa? kenapa? kenapa awak buat saya macam ni ? awak tak sayang saya?

bertalu-talu soalan yang diberikan oleh Shasha kepada Aiman , dan Aiman pula seakan-akan kaku dengan bicara Shasha , tiada jawapan yang mampu Aiman beri kepada dia , dia tahu dia memang silap , silap meninggalkan Shasha tanpa berita beberapa tahun yang lalu , hampir 8 tahun Aiman menghilangkan diri , puas Shasha mencarinya , hampir setiap hari Shasha menintiskan air matanya , begitu susah Shasha hendak melupakan ,

pada hari tu juga , Aiman tetap pergi meninggalkan Shasha keseorang ketika dalam hujan , bagaikan tiada hati perut , Aiman melangkah jauh pergi . Shasha pula yang seakan kaku dengan perlakuan Aiman bagaikan tidak percaya kejadian berlaku lagi setelah 8 tahun yang lalu , Shasha terduduk , menangis dan seolah-olah tiada nyawa lagi , begitu hebat penangan cinta pertama Shasha kepada Aiman.

sayang , sayang dah ok ? , bicara Puan Haryati kepada anak tunggalnya

mama , kedengaran suara Shasha dengan sayu .

kenapa dengan sayang , nasib baik aunty Maya terjumpa Shasha , risau mama kat Shasha ? , kata Puan Haryati sambil memeluk erat Shasha .

Shasha , tadi ada budak lelaki bagi surat dan patung ni , katanya untuk Shasha .

mama , mama , mama , mama , budak tu dah balik ke ?

sudah , kenapa ?

mamaa , i need some privacy ,

lalu Puan Haryati melangkah pergi meninggalkan anak gadisnya keseorangan dalam keadaan binggung .


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Dear Shasha ,

saya harap awak sudi baca surat saya ini , walaupon entry kali ni macam merepek , tapi Rafiu tetap nak readers tahu pasal cerita cinta fantasi kita , awak sebelum tu saya nak mintak awak sediakan tisu bebanyak , sebab saya tahu awak akan nanges bila baca  surat ni , sedih tau surat ni .  ok dah ambik tisu ? sila lap hingus awak tu dulu .


awak , ingat lagi tak macam mana kita jumpa dulu ? masa tu saya baru masuk daftar sekolah , bila sampai kat kelas baru tu , saya terus duduk belakang awak , masa tu kita buat taktau saja , sampailah satu masa saya rasa hidup dilimpahi dengan kemalasan sehinggakan saya memerlukan seseorang untuk menyalin kerja sekolah , teruk kan saya ? dan ketika itulah permulaan perkenalan kita , saya cuba mintak nombor awak dulu , masatu saya pikir awak ni boleh lah dijadikan bibik untuk menyiapkan kerja sekolah saya , akhirnya awak pon bagi nombor tu besertakan senyuman indah awak tu , maka bermula dengan mesej pertama kita , awak ingat kan ?


bila hari-hari mesej , bila hari-hari jumpa siapa yang tak jatuh hatikan , lagipon awak memang cantik putih , siap ada yang cakap muka kita hampir sama , tu pon sebab pakai cermin mata  yang sama brand , warna dan bentuk , tu semua kebetulan , saat inilah , kita mula cari keserasian antara kita , bila nak exam kita belajar sesama , buat kerja sekolah sesama , malah hampir semua bende kita buat sesama , cuma nak berak jek lain-lain.  sungguh indah waktu tu , sehinggalah kita tak sedar yang kita sudah nak habis spm , dan lebih tepat habis sekolah .


bila dah habes sekolah maka bermula lah kisah yang sukar saya gambarkan , seminggu selepas tamat spm , saya dapat kerja di sebuah kedai kasut , pada permulaan nya hubungan kita masih lagi ok , dan awak sempat bergurau dengan saya jangan gatal dengan perempuan lain . masa tu saya janji pada awak , saya janji saya tak cari lain , tapi saya tak mampu menepati janji saya .


lepas sebulan saya kerja , saya bertemu dengan Hairah , rakan sekerja saya , banyak saya habiskan masa saya dengan dia , kami saling bertukar cerita dari hal sekecik semut hinggalah sebesar gajah,  saya senang dengan sikap dia , saya selesa dengan dia , sehinggalah saya tak balas mesej awak selama seminggu , dan awak pulak setiap hari telefon saya , akhirnya saya bosan dengan panggilan awak lalu saya menukar telefon saya , masatu saya sudah takk paham dengan sikap awak , awak seakan akan ingin mengongkong saya ! . saya seolah tidak bebas .


hari kian berlalu dengan laju , sehinggalah tibanya keputusan spm keluar , pagi tu saya rasa kurang selesa dengan diri saya , saya seolah olah takut hendak berjumpa dengan awak , saya takut hendak bertentang mata dengan awak dan apa yang perlu saya katakan pada awak , adakah saya perlu mengaku yang saya sudah .......... dengan dia beberapa hari yang lepas.


ye awak , silap saya . iman saya tak kuat , saya kecundang dengan nafsu serakah setan bilis yang menghasut saya , saya sudah terlanjur dengan dia selepas sebulan mengikat percintaan , saya rasa berdosa , saya rasa dunia  saya seakan-akan gelap gelita , saya tak kuat untuk berhadapan dengan situasi sukar dalam kehidupan saya , sehinggalah kita bertemu 4 tahun lepas di tempat awak sambung belajar , masatu Hairah sudah di sahkan hamil 5 bulan , saya tiada pilihan melainkan melepaskan awak dan menikahi Hairah atas desakan keluarga , ini semua silap saya , silap saya .*kesat air mata .


saya tahu bila awak dah baca surat saya sampai tahap ini , awak dah menguap  , sebelum saya tampar awak dengan tangan Azwan Ali better awak baca lagi ,


setelah bernikah 4 bulan , akhir Haikal dan Hailina di lahirkan pada jam 4.08 pagi di Hospital Kandang Kerbau . Hairah kena menjalani pembedahan untuk melahirkan mereka , saya lihat keseksaan yang dialami oleh Hairah , Hairah seakan tak mampu menahan kesakitan , kami hanya mampu mendoa dan bertaubat dengan kesilapan yang kami lakukan . Ya Allah , peritnya .


selepas seminggu kelahiran Haikal dan Hailina , Hairah telah di jangkitan kuman di bahagiann site operation , akhirnya dia disahkan septicemia , perlu hati saya pabila melihat keadaan dia , mungkin ini balasan saya terhadap awak . di saat hampir kematian dia , Hairah berpesan pada saya :



"hubby , sayang dah tak larat , nyawa sayang bagaikan telur di hujung tanduk kerbau , sayang tau silap sayang yang merampas hubby dari Shasha , dari sekolah dulu lagi , sayang sangat jeles dengan dia , sayang cuba dapatkan hubby dengan cara yang salah , hubby , sayang harap hubby dapat teruskan kehidupan denagn Haikal dan Hailina serta Shasha , harap hubby menyampaikan keribuan kemaafan kepada dia ,"


dan kerana  itulah saya muncul kembali di pandangan awak dengan harapan awak dapat mengingati saya , saya tau cerita saya langsung tak sedap , awak buat-buat lah sedih , takpon buat-buat kelakar , k memang tak kelakar .


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

lalu pintu bilik Shasha terbuka , Shasha segera mengelap air mata nya , Shasha seakan-akan tekejut dengan kehadiran dua budak comel , pakaiannya sangat kemas , lalu salah seorang budak tu menarik tangan Shasha, diciumnya tangan Shasha , ketika sedang syok melayan perasaan dengan kehadiran dua budak comel tu , Aiman telah datang membawa sejambak ferrero rocher yang jumlah dianggarkan lebih 500 biji . lalu Aiman berkata :


sudikah awak menjadi ibu kepada anak-anak saya dan memberi adik yang baru untuk anak-anak saya ? sudilah lah eak ?.



psssttt : pengakhirannya boleh pikir sendiri , jari gua dah penat nak menaip , HAHAHA

TAMAT

bye bye bye bye












Friday, 20 December 2013

Perubahan

hye hye hye hye hye



harini 20 Disember , dah nak sampai penghujung 2013 dah , seriously aku cakap masa cepat berlalu gila-gila . diam tak diam , dalam beberapa minggu lagi usia di dalam borang akan tertulis 20 tahun , so takde main belas-belas lagi ni , boleh lah bangga sikit sebab aku ni dah layak buat menantu , dah besar kan , peningkatan umur menyebabkan aku rasa semakin dewasa , semakin matang , dan sepanjang aku melalui fasa-fasa kehidupan ni macam macam aku dah tengok , tengok orang terberanak , tengok orang terberak , tengok orang muntah , tengok orang terkencing dan paling dasyat tengok orang tidur berdengkur . k memang tak lawak .

tengah duduk diam-diam tadi , maka terkeluarlah hobi aku iaitu mengatalkan tangan belek-belek gambar lelama , seriously aku cakap aku terasa nak ketawa berguling-guling kat salji sesorang sebab tengok gaya aku pose macam kayu balak jek , bila difikiran balik kenapala aku buat posing macam tu , kenapa lah aku tak posing macam justin bieber ke , aaron aziz ke takpon maya karin . tettttttttttt

masa berlalu dengan pantas , sampailah tak sedar dengan perubahan yang berlaku kat dalam diri , dan semalam kawan aku dari HSBP whatsapp kat aku ,








so motif entry aku kali ni saja nak buat modal berlagak dengan kau dengan mengatakn lepas ni aku boleh jadik model baju dari saiz xsssssss hingga ke xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxlllllllllll... kau hado? ok jom tengok cara aku posing .







































scroll lagi .






















































scroll lagi sikit , sabar sikit nak tengok gambar aku , yang gadis lap air liur tu


































sikit lagi .



















































































































akhir kata , baca lah pantun ini dengan nada yang kuat:

makan nasi pucuk paku,
daun campur pucuk ciku,
datanglah hantu datang pada ku ,
datanglah engkau tidur sebelah aku .


bye bye bye bye bye




Saturday, 7 December 2013

Hari Ini , Kehidupan Kita

hye hye hye hye hye




gigih aku buka laptop untuk meneruskan minat aku dalam bidang penulisan ni , even aku just menulis kat blog dan ayat aku pon terabur sana sini , aku tetap akan akan menulis , manalah tau satu hari nanti aku tiba-tiba nak menulis novel cinta ke , dan akhirnya novel tu di angkat menjadi drama dan filem ke kan , kita mana tau masa hadapan . kehidupan memang berubah dari satu masa ke masa yang lain , jika kita berdiri pada hari ini dan mulai merindui masa lalu itu perkara yang sangat biasa , bezanya pengalaman masing-masing . ada orang pengalamannya mampu mematangnya , dan ada juga orang pengalaman tidak mampu mematangnya lagi .


bila berhadapan situasi yang sukar dalam kehidupan , aku akan senyum . bila mendengar orang mengumpat aku mampu senyum , bila melihat kejayaan orang lain , aku akan senyum , bila melihat kesedihan orang lain , muka aku terus takda perasaan . mohon tampar orang macam aku . aku bukan nak cakap yang aku ni gila senyum sorang-sorang tapi aku senyum ni pon bersebab . aku senyum sebab dapat melihat kehidupan , melihat pentas kehidupan , dapat melihat cabaran kehidupan dan dapat melihat sedih , gembira , duka , perit kehidupan .


kalau dulu masa kekecik tu , mesti kita rasa apa yang kita nak kat dunia ni boleh dapat . masatu kalau kau mintak pelempang Encik Polis pun , confirm kau dapat . begitu juga hari-hari kita , kalau kita tidak bersedia menghadapi hari-hari akan datang , kita boleh tersungkur jatuh terjunam dalam gaung tingginya 180 meter kat pantai barat bangladesh . ada hari kau boleh tersenyum dari pagi hingga ke malam , ada hari kau bersedih dan berduka sepanjang masa . kekadang , mesti kita rasa nak menjerit jek kat puncak ala-ala pontianak , tapi apa salahnya kalau ianya menjadi terapi dalam menghilangkan tekanan yang ada dalam diri kita .


bila kita happy , kita akan lupakan waktu kita dalam kesusahan , takkan masa kita tengah-tengah enjoy tiba-tiba mood kesedihan datang , kan tak best kan . begitu juga kalau kita happy kita akan lupa tentang kita dalam susah , aku bukan nya nak suruh kau buat documentary pasal life kau , at least kau kena ingat jugak agak dia menjadi pengajaran dan pengalaman pada diri kau , untuk melalui fasa gembira kau perlu jugak melalui fasa kesusahan , bak kata orang tua tua , bersusah-susah dahulu , bersenang-senang kemudian .


kehidupan kat dunia umpama kita A4 yang kosong , kalau kau pandai warna dan corakkan , insya allah indah kehidupan korang ,. kau kenalah atur sendiri kehidupan kau , kau kena bijak dalam membuat keputusan , dalam mencari kawan sahabat dan teman , ingat , setiap yang berlaku ada hikmahnya , misalnya , kau putus dengan GF/BF kau , kau takyah lah sedih sesangat siap nak tulis kat FB , twitter dan bla bla bla lagi , kemonlah . kau baru umur berapa , muda lagi . kekadang pmr dan spm pon tak lepas lagi . lain lah kalau kau dah cecah 25 takpon 30 tahun . masa ni kau dah perlu risau tentang kehidupan perkahwinan kau . ingat , tak ramai yang berjaya dengan cinta monyet ni .


kau perlu bersyukur dengan kehidupan kau sekarang , iri hati dan jealous dengan kejayaan orang lain itu perlu untuk menjadi pendoman dalam kehidupan , untuk menjadi motivasi dalam kehidupan kau , jangan mengeluh , kang aku hantar kau ke pakistan baru tau . kekadang dalam waktu kau susah tu , kau kena fikir jap , yang bahawasanya ada orang yang lagi susah dari kau , macam penduduk luar negara , ataupon yang paling dekat mangsa banjir waktu sekarang ni kat pahang , terengganu , johor .


kehidupan ni kau perlu bijak mengatur dari sekarang , aku pon akui aku takut nak jadi dewasa , sebab bila nak jadi dewasa kita kena belajar , pastu kerja , lepas tu kahwin , lepas tu buat anak , lepas tu dapat anak . lepas tu kahwin kan anak , lepas tu dapat cucu , lepas tu bla bla bla bla bla . itu lah kitaran kehidupan .




bye bye bye bye

Thursday, 5 December 2013

Meningkat Usia








hye hye hye hye hye



tengah gua duduk duduk di dalam gelap sambil mendengar lagu Justin Bieber bersertakan air teh O dan di temani malam yang sepi senyap sunyi gelap gelita bagai yang bakal mengundang hantu pontianak , poncong , toyol , hantu raya dan berbagai lagi , ceh , mukadimah jek dah lebih-lebih bagai , kena baling taik lembu dengan readers baru tau ! gua bukan pe , cuma tengah bosan-bosan ni , tiba-tiba idea datang melimpah ruah bagaikan ingin dimuntahkan dalam blog lapuk gua ni


T U A .

tiga perkataan yang selalu menakutkan setiap golongan , terutamanya golongan perempuan . terutamnya golongan lelaki , terutamanya golongan artis , terutamanya golongan ahli sukan , terutamanya golongan super model , dan akhir sekali terutamanya kau yang tengah baca blog aku yang cantik lagi meriah dan indah ala-ala azwan ali gituu , mesti bangga azwan ali bila dia dapat tau ada juga peminat fanatik macam kau , kau , dan kau yang tengah baca ni , penampar nak ?

disebabkan takut sangat dengan perkataan tua , maka ramai lah dengan beraninya mengambil susuk yang berhantu bagai , berhabis duit untuk pembedahan plastik , pakai botox , dan sanggup mengEDIT gambar muka yang berkedut macam baju kemeja aku yang didalam bakul tu , tapi , dapatkah korang bayangkan muka korang masa tua nanti , manalah tau lag 40 tahun tiba-tiba muka kau jadi Aaron Aziz ke , Justin Bierber ke , Yoona SNSD ke , tak pon macam Kak Ton tu ? sesungguhnya , aku pon takut jugak dengan tua , tak sampai sebulan akan cecah 20 tahun . masa cepat sangat berlalu . dan lagi satu sesungguhnya entry ni merapu . HAHA . k , jom tengok gambar selebriti bila diorang dah tua , scary k .


LADY GAGA . 

sekarang .



10 tahun akan datang 





BRITNEY SPEARS

sekarang.



43 tahun akan datang.





PARIS HILTON

sekarang.


20 tahun akan datang




aku .

sekarang




50 tahun akan datang .





bye bye bye bye