Aku nak cakap sikit kat kau bakal abang iparku. Walaupon aku pon belum tahu lagi siapa bakal abang iparku, tetapi aku dapat rasakan abang iparku seorang jantan yang gagah kacak bergaya macam Azwan Ali.. OPpss. Bukan Azwan Ali, tapi macam Saheizy Sam. Tapi yang paling penting kau sebagai bakal abang ipar aku kenalah kacak sekacak aku dan adik aku, Fuad. Harap kau tahu abang muka aku ni macam Justin Bieber dan adik aku pulak tu macam Greyson Chance. Kau ada? *terasa nak baling boxer basah tak kat aku?!.. HAHA. Wahai bakal abang ipar yang akan aku panggil abang Long satu hari ni. Terasa geli pulak nak panggil abang Long. Apa kata kalau kita bahasakan diri kita Wa dan Lu, baru gempak kan? Kau nak mampos Rafiu!. kang Daddy Johar sepak laju laju jangan tanya kenapa. Untuk bakal abang ipar aku yang jumpa surat layang ni di dalam loji kumbahan di sebelah rumah Kak Kiah jual kuih karipap daging berserta rempah ratus dari india timur. Aku respect kat kau bakal abang ipar aku sebab kau berjaya mengharungi air taik yang bau nya dah macam ketiak orang bangla yang duduk kat depan rumah Rosmah tu semata-mata untuk mendapatkan surat layang-layang dan semata-mata ingin menikahi Kakak Ku yang dicintai. *mata terkebil kebil sebab proud with you!.
Untuk pengetahuan bakal abang ipar ku yang bakal aku buli, sebelum kau berjaya memasuki rumahku syurgaku milik Mommy Kamariah dan Daddy Johar. Kau kena harungi rintangan demi rintangan.. Cabaran demi cabaran. Bukan mudah. Bukan senang dan Bukan susah dan bukan bukan.. Dengan kepala otak-otak geliga Mommy Kamariah dan Daddy Johar serta Aku, terpaksalah kau hadapi dengan tenang dengan tangan ada pistol air dengan diisikan air loji kumbahan sebelah rumah Lisa Surihani dan tunggu masa untuk melepaskan dimuka aku je. Tapi wangi sikit taik LIsa. Ok dah mencarut pulak..
#Daddy Johar
Kepada bakal abang iparku yang entah kau duduk kat mana tu, kalau kau tak kenal Daddy Johar memang nahas lah kau. Tak layak kau jadi menantu mithali. Daddy Johar ataupon dikenali sebagai Johari Bin Minhad. Untuk pengetahuan kau, Daddy Johar ni garang ada misai tebal. Janggut aku rasa macam takde. Kat tangan dia selalu ada pistol. Ni bukan pistol main-main na, tapi pistol yang betul-betul kau tau. Kami kalau gaduh selalu dia tembak kami.! 44 hari kami masuk hospital koma dalam ICU 22 hari, bacaan Yassin 9 hari berturut-turut diadakan. Dan Alhamdulillah kami masih hidup. hoi yang kau pergi nyorok kepala kau bawah badan gajah pehal?!. Kau baca betul-betul ni. Kau kan bakal jadi Abang Ipar aku yang paling akan ku buli. Daddy Johar ni tak kesah kalau kau nak kawan dengan anak gadis nya yang macam Nora Danish.. Akak aku kalau baca entry ni mesti terus kembang punggung. Dia kalau dah kembang punggung 5 kerusi belum cukup untuk dia duduk. Kalah Azwan Ali kau. Tapi Daddy Johar tak suka sangat kalau kau selalu bawah anak gadis dia ni keluar selalu tanpa ikatan sah. Sebelum Akak aku ni kene kebas dengan Brad Pitt better kau kumpul duit banyak-banyak. Daddy Johar ni tak letak banyak sangat pon untuk hantaran tuk akak aku ni. Tapi kau belum tahu lagikan bab nak bagi hantaran kau kena tanya dengan Mommy Kamariah,. Ha baru kau tau nanti macam mana dia letak berapa hantaran lagi., boleh terkencing-kencing kau sampai bladder kau pon nak terkeluar sebab terkejut.. So konklusinya. Daddy Johar lebih suka kalau kau betul-betul nak akak aku tapi kenalah beriman agak boleh membimbing akak aku ke syurga nanti :D
#Mommy Kamariah.
Mommy Kamariah ni orang nya sporting kalau anak-anak dia nak kawan dengan siapa-siapa pon. Tapi kalau bab Kahwen, aku rasa Mommy Kamariah ni leceh sikit. Bagi aku lah. Sebab Mommy kamariah ni teliti sikit. Masa Ucu nak bertunang dulu, beliau lah paling busy antara kami. Dah macam Rosmah aku tengok.. HAHA Mampus aku kena baling pisau kalau Mommy Kamariah terbaca pasal entry ni . Ha apa? pasal hantaran? ha yang aku tahu Mommy Kamariah pernah cakap kalau siapa nak anak dia mestilah kena ada RM20 000 dalam tangan!. Ha kau ada? kalau takde kau campak balik surat ni kat loji kumbahan semula. Biar orang lain pulak yang baca. Dan aku harap siapa yang jumpa balik tu biarlah Dato' Dato' yang kaya raya tapi umur biar 70 tahun keatas., Kenapa tua sangat? opkos lah senang sikit akak aku nanti., kahwen seminggu laki dia mati. Ha kau Janda kaya akak aku!.. HAHA jahat tak aku? amacam nak baling aku dengan lapan biji tembikai tak?!. Ha kan aku dah mencarut.. Ok ok.. hei fokus dengan apa yag aku tulis ni, yang kau oergi cabut bulu ketiak tu pehal!. Ha lagi satu yang kau perlu tahu, Mommy aku kalau boleh nak menantukan menantu yang ada kereta sendiri dan rumah sendiri. Paling kurang pon kereta tu kereta Ferrari manakala rumh pulak, kau kena sedia kan rumah banglo 7 tingkat untuk anak gadis nya itu.! Ha yang paling penting, kau kena sediakan 9 rantai, 50 gelang*nak pakai sampai bahu*, 70 anting-anting.. 100 cincin. Tapi semua tu kena emas tulen. Emas tulen ok bukannya Silver. Kau kalau tak tau apa itu Emas tulen baik kau bunuh diri terjun bangunan KLCC. Mommy Kamariah bukan nya tamak, tapi kalau boleh nak tumpang sekaki rasanya. Dan yang paling penting bagi beliau. kau sebagai bakal menantu kenalah menjamin masa depan anak gadisnya dan cucu-cucunya itu. Get it? Ha kalau kau nak lebih tahu lebih lanjut sila hubungi nombor ni 999 untuk dapatkan no Mommy Kamariah.
#AKU
Ha kalau aku simple je syaratnya dan rintangannya,, Kau nguap ea? aku lempang laju-laju guna ekor anjing baru tau. Fokus fokus. Untuk akak aku yang paling dicintai dan disayangi, aku nak kau kena pastikan kau tu benar-benar jantan. Kalau boleh hari-hari kau kena minum Tongkat Ali 10 kali sehari. Untuk pengetahuan kau, akak aku tu 20 kali sehari minum kacip Fatimah. So kau boleh tahan ka? sebab itulah aku kena pastikan kau benar-benar jantan. Kalau boleh kau kena buktikan kat Daddy Johar.. HAHA.. ha yang pasal hantaran untuk akak aku pulak aku nak kau sediakan 21 dulang. tetapi 7 dulang utama yang kau perlu sediakan isinya ialah 7 Kg lemak Azwan Ali, 7 kg rambut Rosmah, 7kg Jerawat batu Mak Jemah, 7kg Tahi hidung Megan Fox, 7 Liter peluh kumpulan Big Bang, 7 Liter darah kutu, dan 7 bladder dinasour. Ha gempak tak hantaran yang aku mintak. Bukan apa, walaupon akak aku tu bukan Puteri Gunung Ledang, tapi dialah kakak aku yang satu-satunya aku miliki. Harap kau paham. Seterusnya, aku kalau boleh kau kena lah support perbelanjaan parents aku. Bukan apa sebab masa tu aku belum kahwen lagi. Aku pon kena kumpul duet. Aku nak kahwen juga. takkan kau dengan akak aku je kan. kalau boleh sponsor aku kahwen ok?!. bagus bakal abang iparku. Sayang kau ketat-ketat.. *hug and kiss.. Lagi satu, pasal anak saudara pulak aku nak anak yang lahir dari akak aku 4 orang je. Kau jangan nak lebih-lebih,, Kalau nak lebih pergi kahwen lain tu pon selepas aku dengan Daddy Johar cincang kau 99 kerat
Dear Abang Ipar ku,
one day nanti aku pasti akan tahu siapa diri sebenarnya kau setelah sekian lama kau nyorok kat bawah ketiak kawan kau yang busuk masam pahit hanyir hitam ligam dan sebagainya. Aku harap sangat kau dapat jaga akak aku dengan baik sekali. Jangan pernah sesekali menyakiti hati dia sebelum Mommy Kamariah tusuk hati kau dengan kapak dia yang dinyorokkan kat bawah katil janda muda tu. Aku tahu kau pasti akan berasa tragis bila membaca segala isi perut surat ini kan?? kan?? kan?? Ok sampai disini sajalah ye..

#nota kaki: Good Luck kat budak matrik yang nak final.. :D

No comments:
Post a Comment