
Sunday, 16 June 2013
Selamat Hari Bapa
hye hye hye hye hye
Harini macam free sikit , tapi malam nanti aku ada meeting
dengan mak cik kat kafe , ada hal , tapi sebelum aku pergi bermeeting dengan
mak cik tu , aku cuba jugaklah bukak blog aku ni . aku nak kena capai target
aku dalam blog ni . aku ni seorang yang bermatlamat . ecewah puji diri sendiri
kau . HAHA . actually aku baru perasan harini hari bapa . tu pon sebab akak aku
yang sengal tu tulis status dia kat fb dia . kalau dia tak tulis memang aku tak
tau pon pasal hari bapa ni . aku bukan tak nak ingat pon tapi bagi aku
hari-hari merupakan hari bapa . mithali kan aku ? kali ni aku akan tulis pasal hari bapa dengan harapan nanti anak-anak aku pon akan update blog diorang jugak and cerita pasal papa diorang yang sememang nya comel kelak . k memang panampau .

Dear ayah ,
Sebelum ayah baca surat ni , rafi nak mintak ayah ambik tisu
dulu sebelum membaca surat ni , *tu pon kalau ayah baca lah . maybe ayah akan
rasa sedih sikit bila baca surat ni , sebab masa rafi tulis ayat ni pon air
mata rafi dah jatuh keguguran bak mutiara . kalau lah mutiara ni boleh jual ,
takdelah lah ayah susah susah tanggung pelajaran rafi di university . mungkin ayah akan rasa kembang kot sebab cerita ayah terpilih dalm entry rafi kali ni . k memang derhaka kau , dan ayah kalau nak baca , ajaklah mak sekali , biar sejuk jek perut mak baca entry kali , macam letak ais empat guni dalam perut mak tu . mesti mak bangga kan dapat anak yang semestinya bijak dalam penulisan even bahasa kadang-kadang terabur semacam jek . kadang-kadang ada rasa juga nak bermanja
dengan ayah , tapi misai ayah tu menyebabkan rafi takut , maybe along , fuad
dan najwa pon takut . kami tau ayah penat bekerja di pejabat , and then bila
ayah balik , kami bantai gaduh , kami baling cerek antara satu sama lain , kami
lempar mangkuk ayun , kami pecahkan cermin rumah dan sebagainya . bagi kami tu
cara kami bergurau , tapi malangnya kami dah menganggu ayah untuk berehat di
rumah . kami minta maaf ayah .
Dulu pernah juga rasa kesal kenapa ayah hantar rafi
jauh-jauh ke Terengganu untuk belajar . padahal peluang yang lebih ada di depan mata , and dekat jek dengan rumah . masatu ada juga rasa nak lari dan
panjat bangunan KLCC dan terus terjun .
masatu masih kecil lagi . otak pon maseh tak berkembang dengan dunia luar ,
asyik nak bermanja dengan bawah ketiak mak je masa tu . tapi mungkin ada hikmah
nya jugak ayah hantar rafi ke sini , kalau dulu , masa kat rumah , mak sedia
kan semua bende , makan , pakaian dan sebagainya , tapi kini , rafi dah kena
buat sendiri , kalau nak makan kena tatih sendiri beli kat kafe , kalau malas
nak turun kafe , kena masak maggi , kalau malas jugak , memang tak makan
langsung lah jawabnya . basuh baju pon gituu jugak . kena basuh sendiri , kalau
sikit kena basuh pakai tangan . dah lah tangan rafi tak boleh kena sikit sabun
, kalau kena habes pedih . kulit halus macam baby kan . so terpaksalah
menggunakan duit ayah untuk basuh baju di mesin basuh yang berbayar tu .
Ayah masih ingat tak ? dulu ayah pernah cakap macam ni . “kau
ni asyik call mak je , dengan ayah kau tak nak cakap pon “ let me explain ayah
. bukannya rafi tak nak call ayah , tapi rafi tak aktifkan nombor ayah pon , so
kalau call mahal , kalau nombor mak memang rafi aktifkan dari dulu . so , bila
call tak lah mahal sangat . boleh jimat . Nampak tak kat situ ? bila ayah
hantar belajar rafi jauh jauh ni , rafi dah mula control belanja , kalau dulu
kalau Nampak apa jek , mesti minta mak belikan ni belikan tu . padahal bende tu cuma seluar dalam ada gambar ultraman dan akhirnya bende duduk kat tempat pembuangan sampah takpon along buat batu seremban . rafi dah pandai jimat dah
sekarang . kalau along masih belum tau ayah , masih boros . campak jek along
kat sungai . biar dia kena baham dengan buaya . sehinggalah suatu hari tu ,
ayah ada call pada malam tu . rafi agak terkejut jugak , bila rafi tanya kenapa
call , ayah Cuma cakap rindu nak dengar suara anak ayah yang comel ni . hampir
nak gugur jantung ni ayah cakap macam tu . malam tu , rafi terus tanya along ,
rupanya ayah pon ada call along jugak malam tu . terus mengalir air mata ni ,
sebutir demi sebutir air mata ni jatuh bagai berlian yang jatuh dari langit .
mesti ayah rindu kami kan ? along di KL dan rafi di Terengganu . siapa yang tak
rindu kan kat anak-anak yang dah mula berjauhan ? maybe ayah rindu nak dengar
kami bertengkar pasal tv , basuh kain , sapu rumah , masak dan sebagainya . takpon ayah nak dengar bunyi kentut dan sendawa kami . if
ayah tau kami pon sentiasa merindui ayah . bila berjauhan , kami baru tau
betapa rindu nya kami pada ayah . rindu nak dengar omelan ayah , ceramah ayah
dan bebelan ayah .
Kami tau pergorbanan ayah terlalu besar , ayah dah menjadi
bank gerak kami , kalau tulis dalam blog ni pon tak cukup ruang rasanya . kang ayah lebih popular daripada rafi pon susah jugaknya . k memang derhaka .daripada along belajar sehinggalah rafi sambung belajar dalam
bidang yang sama , ayah terpaksa tanggung kami . kami tau ayah penat kerja dari
pagi sampai petang , kangg malam keluar ronda pulak . tapi itulah ayah , ayah
yang sentiasa tidak pernah penat untuk bekerja even di cemuh sekalipon .
walaupon kami tidak mewarisi pekerjaan ayah pon , tapi kami berjanji untuk
menjadi anak-anak yang bakal menjaga ayah dan mak bila tua kelak . tapi ayah
nanti tinggal kat rumah along dulu , maybe masa tu along dah kahwen dengan duda
kaya mana entah and mampu bawa ayah ke makkah . tapi jangan risau bila ayah dan
mak puas duduk dengan along , ayah dan mak boleh stay dekat rumah rafi . masatu
pon boleh la ayah dan emak tengok-tengok cucu-cucu ayah dan emak yang semamangnya
comel seperti papa mereka ni .
Dear ayah ,
Terima kasih kerana berkahwin dengan mak , kalau ayah dan
mak tak kahwen tak mungkin kami dapat rasa jejak kat bumi ni . kiranya kami
antara sperma ayah yang Berjaya berenang di tiun fallopian sehingga berjumpa dengan
ovum . kehebatan kami yang Berjaya mencari ovum menwarisi kehebatan ayah dalam
menjalankan tugas . bukan mudah ayah nak jaga kami yang nakal dan manja ni .
bila rafi dah besar dan bakal jadi papa ni *tiba-tiba , baru rafi tau susahnya
jadi bapa . terima kasih menjaga mak , terima kasih jaga kami . and lastly kami mengucapkan : ..
SELAMAT HARI BAPA !
Dari
Nabila Syazwanee Binti Johari
Mohd Rafiuddin Bin Johari
Mohamad Fuad Bin Johari
Norish @ Najwa Syazwanee Binti Johari
bye bye bye bye
#rindu itu boleh datang tiba-tiba sebenarnya . hanya kau saja boleh apa itu rindu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment