// sdown && bubbx[i]>0) { if (Math.random()

Umur Blog saya :-)

PitaPata Cat tickers

Friday, 7 June 2013

kau tak reti bahasa ka pa . cari orang lain !


hye hye hye hye hye

hai !.. wink wink . actually aku nak cerita kat kau tentang kejadian yang menimpa aku dua minggu lalu . ianya sangat geram . bagi aku agak geram la , tapi takdelah sampai rasa nak mati bagai , ianya tak melibatkan parang . pistol , pisau , dan seangkatan nya . masa aku tengah tulis ni pon aku ada rasa sisa-sisa geram aku terhadap kejadian terbabit . aku rasa kalau kejadian ni terjadi kat mak cik jual karipap pon , dia pon boleh mati tetiba . pontinak pon boleh terkejut bila menghadapi situasi ini . saspen tak ? saspen tak ?



ha , kau kan tau , 2 minggu lepas aku cuti sem . kalau cuti sem , ini bermakna aku kena naik bas untuk pulang ke rumah . untuk naik bas , ini bermakna aku kena pergi ke station bas , untuk pergi ke  station bas ini bermakna aku kena naik kereta sewa . k , memang cam harem je bahasa aku . tapi lagi macam tahi je aku rasa , bila pak cik kereta tu caj mahal-mahal kat aku , rm 25 k . menyesal aku naik kereta pak cik tu , lain kali aku sewa basikal je nak pergi bus stand even station bas tu 100 km dari universiti aku . k , memang macam tahi . aku baru nak meloncat-loncat kat station bas tu masa sampai , then tiba-tiba pak cik tu minta rm 25 , k memang kurang ajar , lepas je aku bayar kat dia , dia pon bawa keluar bagasi aku dari bonet . maka , tinggal la aku keseorang kat bus stand tu macam pelarian . lepas tu je , aku terus ambik hepon , delete terus nama and nombor dia , baru puas hati aku . k memang rasa kejam .



tapi sebenarnya bukan tu aku nak cerita kat kau , yang kau baca tu , cerita kejam , ha , sekarang ni cerita agak mengeramkan . dah ready ? jom baca , kalau kau menguap aku sumbat mulut kau dengan selipar aku  saiz 10 .



bas aku malam tu pukul 9.30 p.m , and then kawan aku , syikin , bas dia 8.30 p.m . tepat jam 8.30 , bas dia pon mula bergerak , aku rasa agak kejam je bas tu yang memisahkan aku dengan syikin , aku bom kang bas tu baru tau . tak boleh ka dia tunggu bas aku dulu . memang tak lawak , imaginasi aku punya lah  tinggi sehingga aku rasa nak baling tahi banyak-banyak kat bas syikin then , bas tu benti and pergi car wash dulu even bende tu bas ! aku rasa tak guna je masa tu bila aku melambai-lembai tangan ala-ala ratu kat bas , sepatutnya aku buat kat syikin tapi bas tu yang menghalang !.



lepas je aku melambai-lembai tangan ala-ala ratu kat bas , aku pon membawa diri ke tempat duduk sambil mengheret bagasi . masa tu aku dah rasa aura nak jadi pramugara gituu !. hambik kau , kuat gila aku berangan ! sampai je aku kat tempat duduk , aku pon keluarkan kit kat , and terus makan dan tengok-tengok keadaan sekeliling . tiba-tiba :


abang , boleh tolong saya tak ? saya nak pinjam rm 20 , saya nak balik johor .


aku toleh sebelah tengok ada lelaki duduk sebelah aku , gaya seperti sebaya macam aku .  serta merta aku peluk beg yang ada bedak , cermin , contact lens , eyemo , fair and lovely . panadol , pen , kad matrik , kunci hostel , cermin mata , dan hepon . sementara ebelah tangan aku lagi , aku raba punggung aku . aku raba pon untuk memastikan wallet aku masih ada ke tak ..


apa , ? awak ni siapa ? mak saya takde lahirkan adik macam awak ? *yang ni aku baru tambah .


saya nak pinjam rm 20 , saya ada rm 30 je bang ..


sori , saya pon tengah pokai ni , cari orang lain .



boleh lah bang , saya nak pinjam je . saya sanggup buat apa saja untuk abang .


dalam hati * kang aku suruh kau menari bogel kat tengah jalan baru tau ,


kau tak reti bahasa ka pa . cari orang lain !


lepas je aku cakap , aku terus heret beg aku pergi ke tempat lain .  orang macam tu bahaya , kang tak pasal-pasal dia rogol aku kang , habis aku ada anak dengan dia , tapi dia lah yang hamil .. hehe . pastu , aku tengok dia ke hulur ke hilir meminta duit kat orang lain . aku pon mula ada rasa simpati kat budak ni , aku pon keluar kan wallet , nak tengok jumlah duit aku , aku pon 2 3 kali nak kasi ke tak nak kasi ke tak . and then , aku pon toleh lah kedai kecil kat bus stand tu , aku nampak budak lelaki tu lagi , kau tau , aku punya nak hangin kat budak lelaki tu sebab dia pergi beli rokok kat situ , perghh menyesal sejuta kali aku simpati kat dia . rasa tak guna je diri aku ni sebab simpati kat dia . masa tu nak je aku angkat kerusi batu bermozek and hentak kuat kuat kat dia sambiil menjerit cakap dengan dia :


bodoh , rokok memberbahayakan kesihatan ! , tadi kau kata takde duit , lepas tu boleh pulak kau beli rokok . ! memang kau nak kena dengan aku ni ,


kan aku dah cakap , punyalah imaginasi tinggi aku membayang macam mana nak hentak dia sampaikan bas aku sampai pon aku tak perasan , fuhh . naseb baik aku tak tertinggal bas malam tu , kalau tak memang menangis tergolek golek aku kat station bas tu . tak pon aku simbah asid kat budak tu . memang kejam imaginasi aku . lepas je aku tengok budak lelaki tu macam nak makan dia , aku pon tergedek-gedek naik bas , dan akhirnya aku pon naik bas dengan perasaan geram kat budak lelaki tu . kata takde duit , tapi rokok boleh pulak dia beli .naseb baik aku pegang kata-kata Mommy Kamariah , jangan mudah percaya kat orang luar !




#jangan mudah percaya pada orang luar


bye bye bye bye


No comments:

Post a Comment