mata aku tiba-tiba berair bila melihat wajah Mommy Kamariah and Daddy Johar , maybe aku rasa agak sedih malam ni sebab tahun ni tahun kedua aku menjalani bulan ramadan seorang diri tanpa mereka . mungkin ni ayat manja , tapi ini lah aku . aku yang tak pernah mau berpisah dengan mereka . if dulu Daddy Johar pernah menyuruh aku stay asrama masa di High School Batu Pahat , aku masih mampu menolak lagi even masa tu sekolah itu terbaik bagi aku , tapi takkan dah masuk universiti ni aku masih kena ngelak lagi nak masuk asrama , lain lah rumah aku ni sebelah universiti aku ni . k memang ianya satu harapan palsu .
dulu pernah aku mencorak karangan impian aku dalam buku karangan aku masa form 3 dulu-dulu , masa tu impian aku nak jadi cikgu . cikgu sejarah katanya , dengan result sentiasa agak cemerlang , aku meneruskan cita-cita tu sampai akhir tahun form 3 . tu pon sebab masa aku form 4 aku ditawarkan masuk jurusan sains tulen , padahal masa tu aku berminat dengan jurusan sains kejuruteraan even tangan aku ni langsung tak reti lukis , kalau kau suruh aku lukis pon , aku hanya mampu lukis orang lidi je , bila cakap dengan parents nak ambik jurusan sains kejuruteraan , mereka cakap teruskan dulu manatau nanti minat kan ? then aku teruskan ambik jurusan sains tulen yang sememangnya mencabar tahap gaban , awal peperiksaan , memang hancus result aku , and aku masih ingat lagi markah add math aku masa tu hanya 16% . itu pon antara yang tertinggi k .
bila aku dah ambik sains tulen , maka bertukar lah cita-cita aku , tapi kali ni aku berminat dengan Bahasa Melayu , even bila kau baca blog aku ni bahasa nya tunggang langgang , tapi bila kau baca karangan spm , aku confirm yang kau boleh menangis terguling-guling sebab tak percaya karangan tu aku yang tulis , karangan jelah , tapi kalau pemahaman , memang teruk gila , im not used speak malay actually , k memang mintak penampar . tak cukup dengan tu , cita-cita aku sekali lagi berubah , tiba-tiba je aku rasa nak jadi lawyer even orang lain tengok aku boleh loya . tu pon sebab masa tu aku telah melibatkan diri dengan debat , masa dalam persidangan , cewaah ayat , aku rasa aku pon boleh jadi lawyer ni , tambahan pulak dengan markah sejarah aku masa tu sentiasa A+ katanya , sampai habes spm cita-cita aku masatu tak berubah .
tapi tu ceter dulu , ceter zaman purba aku , tapi bila aku dapat tawaran masuk ke Universiti and course nya ialah nursing , aku tergamam sekejap dan akhirnya aku terima , aku akur dengan keputusan mereka , aku cuba yang terbaik even aku tak minat . tapi sementelah aku memlalui dua sem sebagai student nursing , and boleh la terima sikit sikit . dan masa pon telah mendewasakan aku untuk terima course ini dengan seadanya . and bagi aku even kau tak minat pon , tapi kalau kau belajar insya Allah boleh punya . tu je aku nak ceter , mesti kau rasa nak lempang aku lelaju kan?

No comments:
Post a Comment