// sdown && bubbx[i]>0) { if (Math.random()

Umur Blog saya :-)

PitaPata Cat tickers

Saturday, 1 June 2013

heret beg balik ke Unisza

 hye hye hye hye hye


hello readers , apa khabar semua ? eleleleleh , konon buat baik pulak aku ni kan !. ha kau kalau tanya khabar aku malam ni , aku akan cakap aku demam teruk , batuk , selsema , hidung air meleleh je dah macam paip air , tak cukup tu aku akan cakap aku sakit pinggang , tangan lengan , bontot , kaki , peha dan seangkatnya . kau belum tengok rupa aku lagi agaknya sekarang , memang dah macam justin bieber sekaranf even aku diserang oleh pelbagai bacteria yang paling berbahaya di pluto ni . k mesti kau tertanya kan kenapa aku cakap aku sakit bagai kan ? kan ? ha sebenar itu nak di jadikan alasan untuk tidak :


BALIK KE TERENGGANU

BALIK KE UNISZA !



kukuh tak alasan aku tu ! entry aku kali ni gratis betul . kalau kau nak tau , masa aku buat entry kali ni , aku tergolek-golek menangis dengan Mommy Kamariah untuk beliau tidak menghantar aku ke terengganu semula . kalau boleh aku nak stay je kat rumah dan jadi anak bujang pingitan yang menunggu pinangan anak dara orang-orang kaya . ha , gituu kau ? kau ingat aku tak boleh jadi anak bujang pingitan ?! wey aku ni pakej lah . dah lah pandai masak , buat air , sopan santun , lemah lembut and pandai mengambil ambik mentua , ha dasyat tak ? dasyat tak ? but after this kalau ada yang mesej aku and nak melamar aku , aku akan terima seandai nya bapak kau tu ada banglo 10 tingkat , 100 bilik air , dan 1000 bilion dalam bank . lepas tu hantaran untuk aku pulak , aku nak 7 pasang seluar jeans Justin Bieber , 7 jenis boxer Justin Bieber , 7 jenis singlet Justin Bieber , 7 helai rambut Justin Bieber dan 7 pasang Kasut Justin Bieber . but untuk my old classmate aku , aku akan bagi discount .. HAHA 



semakin jauh aku nerapu wey !. patotnya kau nanges baca entry kali ni ,but kau still gelak kan ?! aku lempang kau lelaju kang baru tau . bagi aku , sejak bergelak menjadi student nursing , cuti itu sangat berharga . kau tau gratis tau nak dapat cuti lama-lama , cerita aku ni kalau lawan dengan cerita setia hujung nyawa tu , aku rasa cerita aku lebih banyak episod air mata berbanding cerita itu . sadis kau tau . dah lah aku ni balik rumah punya lah payah . jauh . sampai 8 jam perjalanan . kekadang aku rasa macam belajar kat luar negara jek , padahal kat dalam malaysia je . k memang tak lawak



kau tau , kekadangg malam-malam aku akan selalu berharap ibu peri hadir dalam bilik aku kat unisza , ala macam cerita indon tu la . dengan ibu peri pakai baju pinky pinky gitu , aku nak dia tunai kan hajat aku yang ingin memindah kan unisza ke sebelah rumah aku . ha aci dop ? ke guana? kalau lah hajat aku tercapai , kopem bagi aku hari-hari adalah cuti bagi aku . memang goyang bontot la aku masa pensyarah ajar kat depan !



secara rasminya 2hb bersamaan 9 p.m , di bus stand batu pahat , aku akan naik bas , so kepada peminat fanatik aku kalau nak signature aku boleh la datang . ceh macam ada peminat je kau ye rafiu . !.. HAHA 10 hari aku dapat merehatkan minda , otak badan , mulutt tangan peha kaki kuku daripada nursing . bahagia gila biila cuti dan melupakan pasal nursing . haha jahat kau rafiu. 10 hari tu sekejap je wey , tolak kenduri Ucu aku , pergi shopping cari barang aku dah sehari , then cari baju seluar, seluar dalam semua pon dah sehari ,and then memenuhi undangan sebagai tetamu vvvvvvip pon dah sehari . pergh memang rasa sekejap je wey . memang tak cukup . even nak jumpa kekasih pon aku rasa memang tak sempat . ehehe .. dan malam ni , aku kena kemas barang .. huahuahuahuahuah . dan besok malam aku kena heret beg!  aku tak mau lei . tolong la pahammmm


IBU PERI TOLONG LAH PINDAH KAN UNISZA KE SEBELAH RUMAH AKU.. HAHA




puan , boleh tambah cuti seminggu lagi tak?



#ibu peri hanya khayalan semata-mata

bye bye bye bye

No comments:

Post a Comment