15 may 2013 , tarikh yang aku rasa paling mencabar dalam diari tahun 2013 aku . apa ? tarikh apa tu ? ha , tu lah tarikh Pilihan Raya Umum negara afrika selatan dan timur . hurm tapi sebenar nya takde kena mengena pon dengan apa yang aku nak cerita kat kau pon . mungkin kali ini , kau akan rasa menyampah dan rasa nak bunuh aku dengan penyapu nenek kebayan bila baca cerita tentang apa yang aku akan bakal cerita kan kau ni . besok , kalau keluar metro tajuknya , 'STUDENT NURSING UNISZA PALING COMEL KIUT MIUT MATI DIPIJAK RAMAI-RAMAI' tu , aku la tu .
by the way , hari ini merupakan oscee aku . apa tu oscee? ha berani kau tanya aku soalan macam tu ! . kang aku teranjang kau , sia sia je kau hidup . HAHA sebenarnya aku pon tak tau oscee tu stand for what . but , kau cuma perlu tahu oscee tu macam exam di mana student nursing membuat procedure di depan pemeriksa sorang sorang . susah kau tau . aku yang normal ni , time oscee je terus kena parkison . mengigil satu badan , lidah kelu tak terkata dan otot senyum aku terus rosak tiba-tiba . memang hebat penangan oscee kau tau ?
dan alhamdulillah aku lulus even aku tak tau berapa markahnya . dan aku dapat idea nak tulis ni pon masa lepas dapat oscee . tu pon lepas ada budak tanya aku something semasa aku tengah result . dah lah berdebar , boleh pulak tanya pasal rambut kat aku . kang aku baling kau tikus hidup hidup kang baru tau
tapi , sebenarnya bukan aku nak cerita pasal tu oscee pon , bende yang lepas jangan dikenang . tapi aku nak cerita mengenai rambut aku yang sebenarnya di cemburui oleh makluk makluk wanita sekalian alam . tak kurang juga dengan lelaki lelaki maskulin dunia seperti Cristiano Ronaldo , Justin Bieber , dan Azwan Ali serta BoBo . aku akui , rambut aku tak lah sehebat rosmah , tapi yang aku tahu rambut lagi comel dari rosmah . ha , acane tu ? kebiasaanya , budak-budak ni selalu tanya aku soalan yang begitu cepumas ., antaranya :
RAMBUT KAU REBONDING EA?
KAU IRON RAMBUT KAU EA?
KAU PERGI KAT SALOON MANA?
BERAPA KAU BUAT RAMBUT HA?
SYAMPOO APA YANG KAU PAKAI?
aku kekadang senyum macam orang gila je bila diorang tanya macam tu . rasa nak lempang teranjang sepak hayun tu memang ada , tapi bila di fikirkan kawan yang tanya , tak jadilah aku nak buat semua kerja kejam tu , kalau orang yang aku tak kenal tiba-tiba tanya macam tu , memang aku akan bogelkan dia kat situ juga . HAHA dari sekolah rendah sampailah masuk universiti , kebanyakkan mereka tanya soalan-soalan maut macam tu la , dan selalu nya jawapan yang aku berikan ialah :
AKU TAK PERNAH REBONDING , MEMANG SEJAK KECIL LAGI
GILAK KAU, AKU NAK IRON RAMBUT AKU . TERBAKAR KANG SIA SIA JE HIDUP AKU
SALOON , MANA DA , AKU KALAU PERGI PON MANAPERGI YANG KAT MALAYSIA *ni memang ayat bajet gila
BUAT RAMBUT? AKU TAK BAYAR PON , DAH DIA NAK TUMBUH SENDIRI
SYAMPOO ? HA YANG NI KAU SANGGUP DENGAR KA? BANYAK OK , AKU PAKAI 4 JENIS SYAMPOO BLA BLA BLA BLA *yang ni kalau aku cakap memang tak habes seminggu .
tapi sebenar nya hakikat rahsia rambut aku ialah gabungan antara gen Daddy Johar dan Mommy Kamariah . kau mesti pelikkan ? ha ni aku nak cerita sikit , Daddy Johar mempunyai rambut yang lurus , walaubagaimanapon rambut agak kasar sikit . maybe beliau tak suka syampoo kot . HAHA . ha , yang Mommy Kamariah pulak , rambut dia pulak memang lembut gila bak hang !. jeles aku tengok beb . tapi rambut dia agak ikal mayang . see ? sekarang kau paham kan kenapa aku boleh dapat rambut yang begitu lurus serta lembut ni . kalau kau tak paham lagi , aku rasa better kau panjat banguna 10 tingkat , lepas tu terjun , sebelum terjun tu pastikan kau mengucap dulu . ha , rambut aku bila kena angin , memang akan melayang-layang bagai layang-layang . apa apa pon . aku nak beterima kasih kepada Daddy Johar dan Mommy Kamariah kena berusaha keras dalam menjayakan misi mereka untuk dapat anak yang comel macam aku . k , tolong jeles dengan aku . wek wek wek..
ha ketika ni aku umur 18 tahun . dah semakin panjang . aku ingat lagi , Mommy Kamariah selalu bebel kat aku suruh potang rambut . tapi aku tak buat pon . derhaka tak aku ? HAHA
#nota kaki : harap aku dapat buat terbaik untuk final !..





No comments:
Post a Comment