// sdown && bubbx[i]>0) { if (Math.random()

Umur Blog saya :-)

PitaPata Cat tickers

Monday, 13 May 2013

Kau Baca Masti Bosan


hye hye hye hye hye


hello readers ? fuyoo ! dah lama aku tak menghupdate aku punya blog !. berapa hari dah aku tinggal kat blog aku ni yang orang gila mana entah yang sanggup baca cerita aku yang merepek yang kadang kala dah macam kerepek lalu kau akan rasa nak je kepek kan kepala aku sebab kau dah tak paham apa yang aku start merepek kan ? lalala . k memang terasa ayat aku dah macam tunggang langgang yang  menunggang kuda sampai kau rasa nak tunggang unta lalu pergi jauh dari blog aku kan ? kau memang saja nak kena kejar dengan hantu kan , siap siapa yang berani tak baca sampai habis entry aku kali ini . hari ini aku nak cerita kejadian yang memalukan aku sampai aku rasa kemaluan aku  menjadi besar gila kuda . sila jangan fikir bukan bukan !


dalam pukul 10 something nak ke 11 pagi macam tu , kelas aku dengan pensyarah aku dah tamat , aku pon tergesa-gesa lah pergi pejabat pensyarah aku untuk membuat kekonfeman dengan pensyarah seterusnya untuk masuk kelas  pukul berapa . masa tu nysa pon ikut aku sekali . lepas je aku dapat tau, aku dengan nysa pon gerak ke library . kami berdua je . tiba- tiba kan , tiba- tiba kan ,  tiba- tiba kan ,  tiba- tiba kan ,  tiba- tiba kan kau mesti rasa  nak tau kan lepas tu jadi apa kan ? haha . lepas tu sebenar nya tak jadi pape pon . oit , mentang-mentang aku kata tak jadi pape , kau dah start menguap kan? sia sia je hidup kau kang kalau aku masukkan tangan aku dan tarik anak tekak kau pastu lari lari keanakkan semasa kau menguap tadi . better kau baca sampai habes . aku saja nak bagi saspen. HAHA


sampai je ke library , aku dengan nysa pon bercerai , cewah ayat tak boleh nak kalah !. HAHA . k, kami berpecah , nysa pergi kat bawah sebab nak cari buku , dan aku pula gigih naik tingkat tiga naik tangga , aku rasa Mommy Kamariah mesti bangga kalau dia dapat tahu aku naik tangga semata-mata nak sihat . sejuk perut beliau dah macam letak aiskrim vanila beserta strawberi dah aku rasa kalau dia dapat tahu. lepas tu , aku pergi lah print surat aku untuk pelepasan pratikal. siap print , aku turun bawah dan cari nysa , kau nak tau tak aku punya lah bertawaf kat tempat buku tu nak cari dia , dah macam apa entah aku rasa masa tu, . sampai tawaf yang ke sembilan, aku pon stop . buat cair lemak aku je cari budak ni , haha kan dah ada teknologi telefon , kenapa lah aku ni bijak sangat tak telefon dia dulu . then , aku pon call dia , lepas cakap-cakap aku pon minta izin dulu sebab nak jumpa KJ .


ea kau ! baca lagi , lagi sikit je ni , penat aku nak menaip semata-mata nak naikkan pegeviews aku ni . nampak tak batak nya aku , katak pon tak macam . k , sebelum aku mencarut baik kau teruskan baca !


lepas keluar library, aku pon jalan lah berlenggang menuju ke office , cara aku jalan kau jangan  tanya lah macam mana kan , dah konfem lah aku jalan macam top model , ala-ala catwalk gitu , aku rasa yana samsudin pon tak jalan macam aku , sampai kan kucing yang jalan sebelah aku pon terus mati tengok aku jalan catwalk tadi , kesian kucing tu tak sempat nak mengucap . belum sempat sampai je kat bangunan nursing , aku pon terasa tiba-tiba bladder aku rasa berat . nampak sangat aku perlu buang apa yang tersimpan tu . aku pon gesa-gesa masuk tandas , dalam tandas tu aku pon terus cari tempat port yang selamat . tutup pintu dan terus kunci , pandang ke lubang jamban . tangan aku pula sudah start bukak tali pinggang , bukak zip , dan seterus nya . hish kau ni , takkan tu pon aku nak cerita kan , macam kau tak pernah buat apa  yang aku buat kat dalam tandas je kan. masa aku tengah-tengah tu , tiba-tiba bunyi pintu terbuka .


tapi aku agak budak lain kot yang nasib nya sama seperti aku , ingin melepaskan hajat yang kecil , kau nak tau, tiba-tiba  aku dengar suara perempuan tengah cakap hello , mula - mula aku pelik juga , terus dalam fikiran aku banyak tanda tanya tiba-tiba , siapakah mak nyah yang masuk dalam tandas tu . wujud kah mak yah dalam U aku ni , agak-agak kalau aku keluar dia rogol aku tak ? kalau aku kena rogol , habeslah teruna aku. naya je . aku pon cepat-cepat membersihkan apa yang patut . takkan aku nak cerita kan macam mana aku nak basuh bende tu . aku pon stay jap, aku pon cuba-cuba lah curi dengar apa yang budak tu cakap, thn dalam bapa minit entah aku pon selak pintu and decide nak keluar . masa aku selak je pintu , tiba-tiba aku nampak budak perempuan mana entah yang cakap dalam fon kat depan cermin tu . aku nampak dia , dia pon nampak aku , naseb baik tak jatuh cinta je masa tu , kalau tak habislah . cuma yang sempat masa tu aku tengok dia agak terkejut , dan aku pon terkejut, kalah beruk . kalau beruk terkejut pon tak macam aku rasa nya ! terasa kemaluan aku di tahap yang tinggi untuk aku keluar dari tandas masa tu,   then aku pon tutup balik pintu tu and aku dengar :


Sori Sori Sori * tup..


lepas je dia cakap macam tu , aku pon selak balik pintu tu dan cepat-cepat keluar , bila aku keluar je , aku pon tengok balik tanda sex yang terdapat kat pintu . kau nak tau masa aku toleh tu , aku buat buat slow motion and bila aku tengok je . tadaaaa ~ ok tanda laki . fuh lega aku , nak gugur jantung aku kalau aku masuk tandas perempuan !. and naseb baik aku tak kena tangkap basah tadi dengan perempuan tadi , kalau tak kahwen free la aku gamak nya. aku pon keluar lah and toleh-toleh tengok budak perempuan tadi , dan malang nya dia menghilang . mungkin dia hantu kot !.


masa dalam perjalanan ke office tu aku pon tersengih sengih lah sorang sorang . aku rasa kalau kau tengok aku masa tu pon mesti kau kata aku gila . choi !. teruk kau . sampai Office , aku buka pintu dan bagi salam , nampak tak baiknya aku kat situ . mesti kembang hidung akak aku kalau dapat tau adik dia ni baik gila . aku pon jengah lah bilik KJ and aku nampak dia tengah busy meeting dengan pensyarah lain , and aku decide lah nak jumpa petang tu . then , aku pon nak keluar balik dari office , masa aku buka pintu je and tiba-tiba :


HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA *sambil tangan aku kat dada


kau nak tau tak , aku punya lah terkejut tengok kawan aku , Lily , yang terkejut tengok aku yang masa tu terkejut dengan kehadirannya yang secara terkejut . sumpah aku kata , memang buruk gila kot muka dia terkejut , dah macam nenek umur 99 tahun cucu 87 cicit 500 orang !. tu yang aku terkejut . yang Lily pon satu menjerit kuat-kuat tu pehal , dah aku pon ikut jerit sekali sebab terkejut . naseb baik aku tak sepak dia masa dia jerit tadi tu . kau nak tau , Lily tu aku tengok dia macam takde perasaan , even kalau kau letak taik depan muka dia pon , dia still steady beb !. tapi ini baru first time aku nampak dia terkejut macam beruk dengan aku aku sekali kau nak tau . HAHA sori Lily aku kutuk kau , nanti raya aku minta maaf ye..  lepas aku dengan dia terkejut , aku pon tergelak lah dengan dia . memang aku rasa slange je bila aku terkejut macam tadi .



naseb baik Lily tak buat muka macam ni . kalau tak boleh pengsan aku !

comel tak muka aku yang terkejut ni ? HAHA


#notakaki : doakan aku dapat pelepasan ye !

bye bye bye bye 

No comments:

Post a Comment