Sajak Guru - Jasamu Dikenang
Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.
Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu sud semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.
Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut had
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.
Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.
Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan aku kenang sepanjang zaman.
by
Ahmad Sarju
Klang
masih kah kau ingat seorang wanita muda gigih membawa buku 45 buah buku latihan dihadapan kau semasa umur kau 10 tahun ? masih kah kau ingat ? dan masih kah kau ingat seorang lelaki tu berjanggut putih berjalan membawa rotan dihadapan kau semasa kau berumur 15 tahun ? masih kah kau ingat ? jika kau sudah tak ingat , pesanan akuu baik kau ambil pisau dan tusuk kat kepala otak kau ! takkan kau lupa ? guru gelaran yang kita beri , cikgu selalu yang kita cari di sekolah . mereka lah yang selalu berdamping dengan kita selama 7 jam tanpa henti . mereka bagai kan hantu raya yang berdamping dengan kau selama mana kau kat sekolah. kau pergi sorok kat celah kelengkang mana pon kat sekolah , cikgu kau , guru kau masih dapat jumpa kau .
AHA , bajet serius tak ayat aku tu . ah kau memang , aku serius , kau kata aku main-main . see my eyes and look dalam dalam . tu pon kalau kau nampak lah .
sempena hari guru yang disambut di malaysia pada 16 mei ni , aku ada cerita yang membosankan untuk kau baca . aku rasa bosan , tapi kalau kau baca tak bosan , mungkin kau tak normal kau .. krok krok krok . dah dah ikhlas hati kau nak baca kisah aku masa sekolah dulu , kalau tak aku sumpah kau jadik comel macam
teddy bear BoBo . sebelum tu aku izin kan kau pergi beli popcorn . 5 minit je . tak boleh lebih .
5 minit kemudian............
sebenarnya entry kali ni aku juzt nak ucap terima kasih kepada cikgu-cikgu yang mengajar aku . aku akan cuba senaraikan nama cikgu yang masih melekat kat kepala otak aku . kau kan tau , aku ni banyak makan semut tu yang cepat lupa . semut tu sedap tau . kau kena rasa lah . lagi-lagi semut api.
Sk Sri Rengit (2001-2005)
1. Cikgu Syima
2. Cikgu Nurkhiriah
3. Madam Faizah
4. Sir Ahmad
5. Cikgu Shukor
Sk Banang Jaya ( 2006)
1. Cikgu Saufi
2. Cikgu Ilham
3. Madam Vijaya
4. Cikgu Suria
5. aku tak ingat nama mereka tapi aku masih ingat muka mereka la
High School Batu Pahat (2007-2009)
1 . Cikgu Anita
2. Cikgu Zulkifli
3. Cikgu C'hng
4. Cikgu Vijayaa
5. Cikgu Shanti
6. Ustaz Yusuf
7 . tidak !!!!! teruk memori aku , aku tak mampu nak ingat nama mereka .. hehe *tembak diri sendiri
Smk Bandar T6 (2010-2011)
1. Cikgu Manisah-
2. Uztazah Nazneen
3. Ustazah Liyana . lawa gila kot ustazah ni . kau tengok boleh melting beb. HAHA
4. Cikgu Nurminah. cikgu ni paling aku takuti kerana suara dia . garang tapi bagus dalam mengajar
5. Cikgu Herda
6. Madam Roslinda
7. Cikgu Akma . cikgu paling sporting . dah macam budak-budak beliau ni . dia ajar biology .
8. Cikgu Sarah . cikgu yang aku rasa paling comel .. hehe
9. Cikgu addmath form5 .. hehe aku lupa nama dia
10. Cikgu Fazlinda
11. Cikgu Northip . im not sure betul ke tak ejaan dia.. dia ajar sejarah
12 Cikgu Azila
cikgu yang aku tak boleh lupakan ialah cikgu nurkhiriah . masa tu aku belajar kat SK sri Rengit. memang ngeri gila bila dengar nama dia . kadang-kadang bila ada orang baru nak sebut nama dia je , dah berbulu telinga aku . garang kau jangan cakap lah . kau, kalau kau tengah pegang pinggan nak makan bakso , bila dia sebut je nama kau , aku boleh kopem bakso tu masuk tong sampah . bila dia bersuara je , kita boleh dengar dari beberapa kelas . memang mantap . masa aku darjah 4 , dia ajar aku matematik . aku masa tu , macam bodoh bodoh je . lepas beberapa bulan dia mengajar , dan dalam beberapa bulan dia mengajar tu lah aku pernah kena lempang , cubit tu memang selalu . rotan kat tangan jangan cakaplah boleh patah pembaris dia buat . aku masa tu nak je mengadu dekat jabatan kebajikan masyarakat yang aku kena dera . masa tu aku kecil lagi , taktau pape pon . kau bayang kanlah pernah sekali beliau marah kawan aku sebab tak hafal sifir , budak tu sampai terkencing-kencing kat situ . naseb baik tak berak . kalau dia berak . memang aku nak tengok cikgu tu cuci taik kawan aku tu . tapi alhamdulillah , akhirnya result matematik sentiasa gempak sehingga dapat anugerah pelajar cemerlang matematik selepas pindah sekolah baru .
sebenar tu je aku nak cerita . kau ada rasa nak tembak aku tak? ke kau nak lempang aku? HAHA.. papepon Selamat Hari Guru kepada semua cikgu-cikgu yang mengajar saya secara langsung atau tak langsung . and tanpa didikan kamu semua , tidak mungkin aku bisa masuk Universiti dan dapat tengok tandas , lubang jamban , kerusi meja , katil koridor Unisza . again , thank you teacher !
hebat kau baca entry aku tak lepas nafas . kau tahan lama lama kenapa !
#notakaki : doakan aku dapat result gempak untuk final kali ini.

No comments:
Post a Comment