// sdown && bubbx[i]>0) { if (Math.random()

Umur Blog saya :-)

PitaPata Cat tickers

Thursday, 7 March 2013

Mereka :)

hye hye hye hye hye


Lepas beli makanan, aku bergerak ke arah epa, nysa dan kiera. Aku letak makanan di meja dan masukkan kembali duit baki ke dalam dompet. Aku tengok epa tak sihat. Nysa dan Kiera segera bawa balik Epa. aku angkat beg. Semasa aku nak ambil payung, ada suara yang seolah-olah memanggil nama aku..


"meow, meow, meow,meow"


Kucing. Ya itu kucing. Aku tengok kucing itu. Dia mirip macam kucing aku. Muka nya sama macam Mickey. Sama macam Chomel. Aku duduk balik ke kerusi. Aku cubit sikit sosej. Aku bagi dia makan. Sambil itu aku makan sekali.




 Dalam aku bagi dia makan, fikiran aku melayang ke rumah. Ya rumah. Aku rindu akan rumah, Baru semalam mak call, mak pesan supaya aku berhati hati. Pada masa yang sama, aku terbayang wajah Mickey. Wajah Mickey yang berhasad dengki kepada aku. Pantang aku balik, pasti dia nak terkam kaki aku.


Bulan Feb 2012

Mak: Rafi tengok ni!.. kucing terbiar, bunting pulak tu

Aku: ye lah mak, mak kita kasi dia makan ea mak. Kesian tengok. Dahlah dia bunting., apa lah anak dia nak      makan dalam perut dia tu

Mak: boleh, Tapi kau jaga dia,. nanti bila dia beranak kau jaga anak-anak dia.. Betina, mari ikut mak ke dapur

Aku: yes!


Bulan Mac

Betina dah beranak. Dia beranak kat tepi rumah, Dan pagi tu ayah menjadi bidan kepada Betina untuk kali kedua selepas menjadi bidan semasa adik aku lahir. Kelakar pun ada bila mak cerita saat Ayah menunggu bakal 'anak-anak' nya itu. Betina melahirkan 4 ekor anak kucing. Comel. Bulunya lembut. Adik-beradik aku gembira seolah olah kami mendapat 'adik-adik' baru. Mula lah tugas aku menjadi abang kepada 'adik-adik' baru aku ini. Malangnya, selang beberapa hari, dua adik baru aku itu diragut nyawa oleh kucing jantan kejam. Mak sangat marah. Marah kepada Betina yang tak reti jaga anak-anaknya. Ayah terus buat rumah untuk 'anak-anak' nya itu. Aku. Aku pagi-pagi selepas sidai baju, aku akan membersihkan rumah 'adik-adik' aku. Aku jaga kebersihan Mickey. Aku jaga kebersihan Chomel. Mandikan mereka setiap hari Jumaat. Cebok kan selepas mereka berak. Setiap hari aku akan pastikan mereka sentiasa wangi dan bilik mereka sentiasa bersih.



Mickey dan Chomel membesar dengan sihat. Kalau dia sakit, aku dan emak akan suapkan susu pada mereka. Najwa pulak seakan akan beralih arah daripada kucing kami Pak Labu kepada Mickey dan Chomel, begitu juga Fuad dan Along. Kesian Pak Labu. Pak Labu seakan memahami kami menyayangi Mickey dan Chomel. Pak Labu pun sayang mereka. Dia lah menjadi pelindung kepada mereka tatkala kucing lain ingin ganggu mereka. Jelas wujudnya kasih sayang. Mereka semakin manja dengan kami sehingga orang luar mereka takuti. Aku pula setiap kali ambil Najwa pulang dari sekolah pasti aku akan Mickey atau Chomel. Semasa aku hendak ke sambung belajar, mereka seolah-olah tahu aku akan berjauhan dengan mereka. Hari itu, mereka buat perangai. Mereka tidak berganjak langsung tatkala Ayah hendak mengalihkan kereta. Sebelum aku pergi, aku cium mereka puas-puas.

mirip macam Chomel dan Mickey


Hari demi hari. Mickey dan Chomel semakin membesar. Mak sering menceritakan kisah-kisah nakal mereka. Aku tersenyum disini sambil membayangkan kenakalan mereka. Cuti sem. Cuti itu aku mengambil peluang untuk peluk cium dan beri kasih sayang kepada mereka.


Setelah kembalinya aku ke UniSZA, mak call. Suara sendu jelas kedengaran. Ianya menimbulkan keresahan aku.

Mak: Rafi, Chomel mati!

Aku: Apa??!

Mak: Rafi, Chomel dah mati. Kena langgar. Kepala dia pecah. Berdarah

Aku: Lah!,. macam mana boleh terjadi??!!


Bertubi tubi soalan aku bertanya kepada Mak malam itu. Bayangkan. Dari kecil kami jaga. Dari lahir. Kami bagi susu. Jaga kesihatan dia. Bagi makan. Bagi tempat tidur yang selesa. Memang sedih.





Tiba-tiba

Hani: Rafi! Rafi! Rafi! Rafi

Hani panggil aku. Segala khayalan aku kini tertumpu kepada dia.

Aku rindu Chomel. Aku rindu Mickey. Aku rindu 'adik-adik' aku.



bye bye bye bye

No comments:

Post a Comment