// sdown && bubbx[i]>0) { if (Math.random()

Umur Blog saya :-)

PitaPata Cat tickers

Friday, 15 March 2013

Hang Out Again. Pantai

hye hye hye hye hye


Hari Khamis, Hari last aku dalam kelas teori. Pagi tu aku ada test. Semangat sungguh aku baca. Aku baca nota sampai pukul 1 pagi, then pukul 5 pagi bangun balik. Nampak tak semangat nye kat situ. Orang nak duk final exam pon tak bersemangat macam aku. HAHA.. Yelah aku memegang amanah. Amanah dari ayah dan emak yang nak tengok anak lelaki dia ni berjaya :D.. Lepas test pagi tu, Aku selesai beberapa perkara sebelum pratikal. Buku cross. Pip. Guideline study case. Merit. Assignment. Attendence pensyarah/pejabat. Ok banyak ok terpaksa aku settel kan. Termasuk lah menjadi CI kat tiga orang budak yang nak belajar dressing dengan aku.. HAHAHA.. Bajet CI konon. Tak lawak k, kalau aku jadi CI lelaki pertama di Unisza..

Tapi bukan benda tu yang aku nak highlight kan. Pukul 5 petang khamis tu, aku, Epa, Nysa, Dirang, dan Nadang pergi ke pantai untuk menghirup udara pantai dan merasa angin pantai yang sempoi-sempoi bahasa.. Tiba-tiba aku rasa ayat BM aku ni macam terabuk.. haha sebelum tu, jangan tanya aku kenapa aku panggil Nadhirah menjadi Dirang, dan Nadiah menjadi Nadang. Itu semua nya rahsia budak budak ni.. Bajet penyimpan rahsia negara konon. Aku cepuk kang.. haha. Pantai tu tak lah jauh sangat. Dekat je. Dalam 5 minit dari Unisza..

Dek kerana jadual kelas teori yang amat padat, Aku dapat lihat terpancarnya wajah riang mereka. Kami duduk-duduk kat batu-batu besar. Tangkap gambar dan sebagai nya.. Menghirup udara segar. Udara segar yang bebas dari asap rokok, asap kereta. Tenang. Datang lah ke Terengganu.. Promote sekejap. HAHAHA.. Sementara Aku, Nysa dan Dirang tengah makan-makan, Epa dan Nadang cari tempat port nak main air. Epa memang, dia seronok main air.. HEEE~

Jauh gila kot Epa dan Nadang cari tempat port nak main air. Hampir 150 meter rasanya dari tempat kami duduk-duduk. Dah la tu, diorang tinggal kan makanan kat kami. Terpaksalah kami angkut makanan tu. Cebuk laju-laju kang baru tahu. HAHA. Masa Aku, Nysa dan Dirang jalan ke arah mereka.. Tiba-tiba Nysa  cakap macam ni

Nysa  : Untung orang duduk dekat kawasan pantai. Boleh tengok laut selalu.

Aku  : Kan, dah la laut ni cantik.

Nysa  : Untung mereka, hari-hari dapat pahala

Aku  : Pahala? Pahala sebab kutip sampah kat pantai (dengan secara melulu je aku cakap macam tu..    HAHA) 

Nysa  : Bukan. Tengok laut kan dapat pahala. Kan ada tiga bende yang kita boleh dapat pahala bila kita melihat nya. Satu, melihat ibu bapa kita, Kedua, melihat Al-Quran. Dan ketiga, melihat laut dengan mengakui kebesaran Allah

aku  : Masya Allah.. Maha Suci Allah!.. (tapi dalam hati je)

Satu ilmu lagi aku dapati dari Nysa!.. Thanks Nysa. Akhirnya kami sampai jugak kat tempat Epa dan Nadang. Masa aku sampai kat, Epa terloncat-loncat memanggil kami. Dah macam bapak balik rumah je Aku rasa bila Epa buat macam tu! HAHA..

Masa 2 jam kami habis kat situ. Macam-macam gaya mereka buat. Terutamanya Epa!. kelakar beb. Tak kering gusi kami ketawa melihat gelagat Epa.. Apapun jom tengok gambar-gambar kami bermain air di pantai!

Photo: Hang out
Epa dah start berangan. Siap nyanyi lagu Zarina!


Photo: Hang out
Aku pon tak paham apakah motif Epa buat camtu.. HAHA


Photo: Hang out
kalau takut dilambung ombak, jangan barmain ditepi pantai :D


Photo: Hang out
Nadang, Dirang dan Nysa


Photo: Hang out
again. See?? kelakar gila kot tengok gelagat Epa


merenung masa depang dengan seseorang :D.. HAHA

Photo: Hang out
malu-malu nak turun konon. Last2 depa pon duk main ayaq dangan kami.. hikhik

Photo
ok cun this photo!

BTW, best gila tahap gaban pergi main air pantai!.. Ohsem kamu semua!

bye bye bye bye 



No comments:

Post a Comment