// sdown && bubbx[i]>0) { if (Math.random()

Umur Blog saya :-)

PitaPata Cat tickers

Tuesday, 4 March 2014

Coretan Dunia




Dunia ,
Setiap detik harus kita lalui ,
Setiap minit harus kita tempuhi ,
dan Setiap jam harus kita teruskan jua .

semakin jauh perjalanan di dunia ini ,
semakin banyak kita pelajari,
dan semakin itu lah kita semakin berani ,
untuk menempuh cabaran yang bertubi .

kau perlu pilih dalam setiap persoalan ,
antara cita-cita dan percintaan ,
antara percintaan dan persahabatan ,
antara persahabatan dan kekeluargaan .

sekiranya ,
kau jatuh bangkitlah semula,
sekiranya,
kau tak mampu , teruskanlah jua .

norma-norma kehidupan kian mencabar ,
andai kau leka , kau rugi ,
andai kau tersesat,
pulang lah ke pangkal jalan .

dalam setiap senyuman ,
kau perlu tahu erti kesakitan ,
kau perlu tahu erti kesusahan ,
kau perlu tahu kesedihan ,

dan setiap kali kau menangis ,
kau perlu tahu erti kegembiraan ,
kau perlu tahu erti kesenangan ,
dan kau perlu tahu erti kebahagian




No comments:

Post a Comment