// sdown && bubbx[i]>0) { if (Math.random()

Umur Blog saya :-)

PitaPata Cat tickers

Sunday, 14 July 2013

EA , ULAR !

hye hye hye hye hye





semalam hujan punya lah lebat . and malam tu ada meeting my group for presentation besok paginya . so sebelum aku terpanah dengan anak panah oleh group members aku , terpaksalah aku menjejak kan kaki ke tempat perjumpaan kami . di sebabkan hujan malam tu lebat , jantan tak jantan aku kena ambik payung jugak sebelum laptop aku basah . selalu orang kata , ala anak jantan tak payah pakai payung . for ITU SALAH ! , kang kalau aku tak pakai payung , tak ke basah melencun aku ? pastu nampak keseksian aku ? k sekarang ubah pandangan kau . JANTAN TAK JANTAN  , still kena pakai PAYUNG . get it ?



tengah aku jalan-jalan kat atas jalan raya , takkan aku jalan kat atas papan kan , air punya lah melimpa ruah , dah lah masa kat bawak blok aku tuh , air taik maybe terkeluar dari tempat takungan nya . k memang menghengat bau hidung !. was-was jek aku nak lalu , kang tak pasal-pasal terpijak taik sendiri . k memang tak kelakar . masa aku duk jalan-jalan tu disamping menyanyi ala-ala Rihana lagu Umbrella disamping pegang payung warna kelabu tu , aku terpijak something . dalam hati kau jangan tanya lah , berdebarlah jugak . aku rasa lebih berdebar dari menunggu mak cik bersalin anak tujuh . lepas tu something tu macam terselit kat selipar aku . k dalam hati aku terpikir nak jerit . tapi kang kalau aku jerit , tiba-tiba terpanah petir kang , tak kahwen pulak aku . memang tak dapat menikmati malam pertama lah gamaknya . dengan tenang nya disamping perasaan takut , aku pon tengok bawah .  k memang gampang ! . ranting jek kot yang tersangkut kat selipar aku . dalam hati mula-mula terpikir , ular ke sangkut , takpon anak biawak kan . manatau . and the , masa fefeling jalan tuh , aku teringat pasal ular masa banjir melanda U aku ni . undur masa sekarang .


10


9


8


7


6


5


4


3


2


1



biasa lah , kalau masuk musim tengkujuh kopem lah hujan kan , takkan turun salji tiba-tiba . disebabkan masatu aku banyak assignment , maka aku decide dengan Nysa nak buat assignment kat library . k bajet rajin masatu . boleh la buat modal nak berlagak bajet bagus kat kengkawan , padahal masatu nak facebook jek , sebab kat bilik tak dapat line . macam gebang jek . then , masa fefeling dengan facebook dengan Nysa , hujan kat luar still tak stop ,even masatu dah nak dekat pukul 6 . then , tiba-tiba masa aku tengah senyum sorang-sorang sebab baca status entah pape , ada yang post yang cakap U dah banjir . macam nak percaya , macam tak percaya . aku biarkan je dulu , sebab nak kasi hujan reda , even dalam hati dah melompat-lompat nak main banjir .



hujan still tak reda , then we decide nak rempuh jek , ada dua jalan . masatu ada yang pesan jalan pertama dah bahaya , air dah paras pinggang . siap boleh buat aktiviti berkayak  ! . diorang ingat ni Universiti terapung ke apa  . kalau aku rempuh jalan tu kang , memang aku tak balik lah , memang aku nak berenang jek kat situ , even aku tau air banjir tu dah tercampur dengan air taik , air kencing , air sirap , air limau , air teh dan pelbagai air . then , kitaowg jalan ke jalan lagi satu . masa otw , ternampak pensyarah masih tak balik lagi . kete diowg tak boleh lalu dah sebab banjir. malah terpaksa bawak kete ke tempat tinggi lagi . ha kau nampak tak betapa  teruknya . aku rasa dah macam tasik jek .


then , masa nak jalan ke hostel tu , air dah paras sampai ke lutut . fuyoo , tengok macam best jek , padahal .. paham-paham lah , k dalam hati excited gila kot , kalau ada bot kat situ dah lama aku naik . nak call 999 , kang dia kata aku biadap pulak , so terpaksalh rempuh dengan relanya , masa tengah-tengah jalan tu , siap ambik gambar bagai . nak upload kat facebook katanya , nak minta simpati kat satu malaysia yang aku pon salah seorang mangsa banjir . manatau ada yang hulurkan bantuan , tak gitu? then masa jalan-jalan tu jumpa lah Iefa and the geng .



kami jalan slow-slow jek , manatau bahaya menanti masa jalan , tiba-tiba ombak ke , manatau biawak ke , anaconda ke , babi hutan ke kat depan kitaowg kan . masa jalan-jalan tu , masing-masing siap bergurau bagai . kang aku lepuk masing-masing kang sebab nak sedarkan kitowg ni mangsa banjir kang baru tau . and then , one of them cakap :



EA , ULAR !



dalam hati aku masa tu :

 ea budak ni kang aku tembak kau sia-sia jek . dah lah dalam banjir ......


belum sempat aku nak habiskan ayat , ular tu memang dah sampai antara aku dengan Nysa . Ular k Ular . bukan ulat , bukan kayu . tapi Ular . aku toleh belakang , semua dah lari lintang pungkang macam tengah dalam perang , padahal aku dengan Nysa boleh selamba badak je tengok ular tu sebelum kitaowg lari . kalau kau tengok muka aku dengan Nysa pon masa tu  , aku kopem kau takkan berhenti ketawa 40 hari 40 malam . k memang macam gampang , ular dah dekat baru terperasan , yang ular ni pon satu , bagila signal dulu ke apa ke . takpon bagi salam pon dah ok dah . kalau masatu ular tu patuk aku ke atau Nysa , memang aku buat sup ular dah . lepas ular tu hilang kemana , kitowg berhati-hati , siap berlari-lari nak balik hostel , tak sempat aku nak menunjukkan kehebatan aku berenang .


bye bye bye bye 



#notakaki:so lepas baca ni boleh lah kau buat modal buat karangan dalam spm kan , HAHA

No comments:

Post a Comment