// sdown && bubbx[i]>0) { if (Math.random()

Umur Blog saya :-)

PitaPata Cat tickers

Thursday, 28 February 2013

merungut??

hye hye hye hye hye

Penat?
 Ya memang aku penat.

Letih?
Ya memang aku letih.

 Kau merungut?
Tak, walau penat dan letih sekali pon aku akan berusaha tidak merungut

kenapa kau tak merungut Rafi?
Sebab, aku tak pernah dengar ataupon melihat ayah merungut mencari rezeki untuk keluarga aku! Ayah pon tak pernah merungut tatkala aku mintak wang perbelanjaan dari nya. algipon aku sentiasa berfikiran positif!




memang penat, memang letih, untuk minggu ni je aku keluar jam 7.45 pagi untuk ke kuliah dan balik ke hostel hampir jam pukul 7 petang. tapi, aku tak kan pernah merungut! complain! atau sebagai nya! aku dah besar dan boleh berfikir sendiri.. kenapa aku perlu merungut padahal ayah dan emak tidak pernah sesekali merungut membesarkan aku dan adik beradik yang lain! bagi aku, JIKA KITA HENDAK BERJAYA JANGAN PERNAH SESEKALI MERUNGUT... ya memang aku dah terbiasa dari sekolah lagi. balik lewat kat rumah, pastu malam ada kelas, kadang kadang hujung minggu pun ada kelas!.. begitu juga semasa aku di Universiti.. kuliah yang panjang, dangan test lagi dengan assignment yang berlambak dan bla bla bla.. dan sepatutnya sebagai pelajar Universiti, aku sudah dah boleh adapt dengan semua setelah hampir setahun bergelar mahasisiwa...






dulu sebelum aku masuk Universiti, aku selalu berfikir masuk Universiti mesti best, kuliah tak banyak sangat, kerja pon tak banyak dan lain lain lagi.. mungkin masa tu aku dah terpengaruh sangat dengan TV!.. tapi aku silap, setelah memasuki bidang nursing, semua anggapan aku salah.. banyak kali penyarah aku pesan, corse nursing tak sama dengan corse lain... "corse lain diorang cuti semester sebulan malah ada yang dua bulan, tapi kamu semua cuti seminggu".. tu bersyukur lah dapat cuti seminggu daripada tak dapat cuti langsung.. memang lah ada yang wujud perasaan iri hati bila melihat kawan-kawan yang balik ke rumah setiap hujung minggu!.. bohong kalau aku tak cemburu. pernah sekali aku bermimpi Unisza ni terletak sebelah rumah aku! see?? tu belum lagi kira duit perbelanjaan.. sebagai pelajar nursing kami memerlukan duit yang sangat banyak! lihat saja dari segi yuran yang jauh mahal berbanding dengan corse lain.. kebanyakan kawan aku cakap duit PTPTN habis kat yuran je lah.. itu memang tak di nafikan!

bagi aku, kalau kakak aku pon tak pernah merungut sepanjang dia belajar menjadi Nurse dulu, aku pon tak boleh merungut.. kalau kakak-kakak abang-abang senior pon aku jarang tengok mereka merungut aku pon tak boleh merungut,.. sebab itulah, dalam sesuatu perkara kita perlu mengambil seseorang untuk di jadikan idola!..  kalau nak kata aku penat, aku rasa Perdana Menteri kita lagi penat! jadi berhenti-henti lah merungut



kalau nak merungut memang banyak.. sebab itu lah aku susah nak merungut kalau sentuh bab belajar!.. walaupon letih sekali mana pon, dalam kuliah jangan pernah sesekali menunjukkan kita tengah merungut sehingga boleh dilihat oleh orang lain.. lebih baik senyum saja :) tak perlu lah nak marah marah! nanti cepat tua hahahah..muhasabah diri..! hanya pandangan saja!

bye bye bye bye



2 comments:

  1. ehem ehem... xyah nk merungut sgat rafi...nnti Allah tarik nikmat yg ko ade..ape akan jadi.....setiap yg ko lakukan tu niat kena IKHLAS!!!! bkn sume boleh sematkan sikap ikhlas....kiter dlam nasib yg sma...kejap je tu...mgkin tu slah satu test allah nk bg nk tgok sehauh ane hmbaNya hadapi test tu....say cooolllll...hehehehe

    ReplyDelete
  2. oh yeah hani,, memang setiap perlakuan kena ikhlas,, sebab itu lah aku jarang merungut.. kalau penat sekalipon aku diam dan fikir benda yang aku suka.. see me in the class k? btw,, good luck test anatomy!

    ReplyDelete