hye hye hye hye hye
masa aku tengah belek belek buku kat library unisza ni, aku terjumpa satu buku yang di tulis oleh Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah. entah mengapa hati aku tergerak untuk mengambil dan meminjam buku tersebut. mungkin aku lebih tertarik dengan tajuk buku ataupun mungkin content dalam buku tu.
ni buku nya... student unisza boleh memimjam buku ni library unisza di kampus gong badak!
apapun aku tak kesah yang penting aku nak share content dia yang memberi panduan mengenali pasangan kita semasa kita belajar.. so, selamat membaca
nie untuk KAUM ADAM
Makwe anda belum benar-benar Mencintai anda jika:
- sering mengajak anda keluar jalan-jalan(buang masa)
- selalu sangat meminta anda belanjanya makan dan minum serta shopping
- asyik menghubungi anda siang malam
- selalu meminta anda menyiapkan assignmentnya
- tidak pernah mengingatkan anda untuk bersolat apabila tiba waktunya
- tidak berminat membincangkan soal pelajaran
- sering mengelak daripada bercakap hal agama
MAKNANYA: jika semua atau salah satu ciri-ciri di atas dimiliki oleh makwe anda , confirm dia memang TIDAK TELUS mencintai anda, tetapi lebih berminat dengan poket anda!
apa macam sekarang BRO?!
*jika diteruskan hubungan dengan wanita seperti ini, bukan poket anda sahaja yang akan kering, pelajaran anda juga terganggu atau merosot!*
nie pulak untuk KAUM HAWA
pakwe anda Belum benar-benar mencintai anda jika:
- sering menggangu dengan menelefon atau SMS ketika anda sedang mengulang kaji
- sering mengajak anda ke tempat-tempat sunyi
- cuba mencium anda walaupun anda sering memberikan amaran agar menghentikannya
- selalu memegang tangan anda. kadang-kadang dia pura-pura tidak sengaja
- selalu meminta tolong siapkan assignment
- banyak alasan dan tidak ikhlas menolong sekiranya anda memerlukan bantuan
- selalu minta dibelanjakan makan tengah hari dan duit topup telefeon
- tidak membenarkan anda ulangkaji bersama lelAKI lain
- sering mengajak anda ke tempat- tempat tidak elok
- bercakap isu-isu 18SX
- sering menghantar SMS lucah dengan anda tanpa ada rasa malu
- tidak berminat membincangkan soal pelajaran
- anda tidak pernah melihatnya menunaikan solat atau bercakap hal-hal agama
MAKNANYA: jika beginilah ciri-ciri yang terdapat pada pakwe anda. jangan segan-segan untuk memutuskan hubungan dengan segera, jelaslah bahawa dia TIDAK JUJUR mencintai anda dan kasihnya bertunjangkan nafsu serakah semata-mata. dia tidak mengambil berat terhadap pelajaran dan masa depan anda. tidak layak menjadi ketua keluarga yang sepatutnya memimpin anda dan anak-anak. jika hubungan seperti ini diteruskan, bukan sahaja anda keciciran dalam pelajaran, malah maruah dan kesucian anda juga mungkin akan tergugat!
so, amacam korang punya pasangan ada ciri-ciri macam itu kah?? dah cukup kenal ke pasangan anda :D? hahah..
bye bye bye bye
No comments:
Post a Comment