Thursday, 27 December 2012
hye hye hye hye hye
untuk entry kali ini kesinambungan dari yang lepas.. kali ini rafi ingin menceritakan pengalaman pratikal di hospital untuk tahun 2012. seperti sedia maklum rafi mengikuti kursus diploma sains kejururawatan, jadi rafi perlu menjalani latihan pratikal di hospital, dan ianya menjadi antara moment yang terindah pada tahun 2012.
Hospital pertama yang perlu rafi jalani pratikal di Hospital Sultanah Nur Zahirah (wad 7CD). Hari tersebut masuk petang dari jam 2pm hingga 9pm, boleh dikatakan sepanjang malam tersebut rafi tidak boleh lelapkan mata sebab takut tak tahu nak buat apa semasa di hospital.
pengalaman hari pertama rafi di hospital merupakan pengalaman yang pahit, masin, masam dan seangkatan nya,, nak tahu kenapa?? ha, mula-mula masuk wad, rafi rasa excited tahap dewa, takut tahap gaban dan macam-macam lagi. tapi rafi dapat atasi dengan kehadiran tiga orang kakak senior,, control cool kot masa tu,, hahaha, dahlah tu, rafi dan rakan-rakan lain pula kena dengar pass report dari staff nurse di wad itu. yang paling tak boleh blah,, satu patah haram kejadah nya rafi tak tahu apa yang staff nurse tu ckp. nampak sangat muka rafi blurr masa tu. selepas kami dengar report dari staff nurse yang berjam-jam tu,, ada seorang pesakit Y(bukan nama sebenar) memanggil kawan rafi, s(bukan nama sebenar) untuk membasuh dan menukarkan pampers dia , mula-mula si S nie memanggil si kwn laki rafi untuk bantu dia,, tapi entahlah masa tu si S nie geli-geli dan kwan laki rafi pon sama. akhirnya rafi jugak kena tolong kawan laki rafi cuci sementara si S pergi ambil barang. masa duk siap ambik barang, rafi pun pakai lah apron, gloves and mask, dah siap pakai semua tu,, rafi pun tunggu lah kawan laki rafi tu,, duk tunggu-tunggu dia, rupa-rupanya dia dan yang lain tengah dengar briefing dr sister.. Wahhhh geram nye masa tu,, jadi rafi lah kena buat sorang2!! ok masa tu rafi tak tau nak ckp apa sebab bau feces dia BUSUK!!... rafi pun pergilah kat Y nie,, dia nie banyak cakap pastu nak membebel,, panas hati wooo,, dahlah rafi nak tolong basuh kan tahi dia,, pastu nak bising2 pulak,, kang lempang makan nya,, dahlah rafi baru first time basuh berak orang and sorang2! yang tak boleh blah lagi nie,, dia siap kotor kan cadar dia,, dah terpaksa rafi kena tukar cadar dia,, masatu tuhan je tahu isi hati rafi,, dah habis rafi cuci dan tukarkan pampers sorang2 akak senior dan kawan rafi pun datang,, masa tu rafi rasa dah macam tak cukup oksigen dek bau nya yang kuat.
sepanjang minggu pertama rafi pratikal disitu, Y ni tak habis2 menyusah kan orang. dia nak KFC lah, mee goreng lah dan sebagainya.. tetapi semasa rafi masuk minggu kedua keadaan dia semakin nazak, masa sebelum beberapa jam dia meninggal, kami menyuruh dia pergi mandi, rafi bantu dia pakai baju dan juga memakai pampers, Y pun sempat berterima kasih dan memuji rafi memakaikan Y pampers! ok fine masa tu pun dah rasa lain. selepas itu kami menolak Y ke bilik rawatan, hari itu, detik itu, jam itu, minit itu, saat itu rafi dapat saksikan keadaan yang cemas antara doktor dan staff nurse untuk menyelamatkan Y apabila keadaan begitu genting, dan di depan mata rafi dan beberapa student dari KTB, Y telah kembali ke rahmatullah,, dan Y merupakan patient pertama yang rafi lihat saat-saat kematiannya, saat itu terdetik macam2 perasaan dalam diri.. apa apa pun mari kita sedekah kan AL Fatihah pada Y. moga roh nya dicucuri rahmat..
sampai sini jelah rafi bercerita,,
bye bye bye bye
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment